Monday, August 5, 2013

Mendiamkan diri...

Assalamualaikum semua..

Maaf, lama sangat menyepikan diri. Bukan sengaja tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menjadi punca kenapa aku diam. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan? Alhamdulillah, setelah setahun lebih kami berkahwin akhirnya aku disahkan mengandung pada bulan mac yang lalu. Rawatan demi rawatan, tekanan demi tekanan akhirnya alhamdulillah terlekat juga.

Aku mula-mula suspek diri aku mengandung adalah ketika aku rasa badan aku x sedap sangat-sangat 3 hari sebelum period. Cirit birit teruk dengan kepala asyik sakit dan badan rasa tak sedap. Dah due period 2 hari aku kuatkan semangat beli pregnancy test, mula-mula beli yang murah punya keluar dua line terus rasa happy tapi aku masih lagi x percaya terus beli clearblue dah memang sahih aku mengandung. Cepat-cepat kol suami bgtahu berita baik dan dia sangat-sangat seronok. Masuk jer minggu ke 6 aku mengandung aku dah mula rasa simptom-simptom alahan yang orang panggil "morning sickness". Tapi aku bukan setakat morning sickness sekali dengan satu hari punya alahan. Muntah-muntah sehari adalah dekat 5 kali terutamanya lepas makan. Dekat 4 minggu aku x datang kerja dan dijaga oleh kedua ibubapaku di kajang. 

Alhamdulillah makin lama makin sihat tapi orang cakap malang x berbau. Masuk minggu ke12 aku terjatuh dekat dalam tandas masa muntah. Mr. F waktu tue memang marah sangat-sangat dan muka dia memang serabut sangat2. Kami terus pergi cari klinik @ hospital malam tue tapi malangnya NILAI nie xde langsung hospital bersalin @ hospital swasta apatah lagi hospital kerajaan tapi alhamdulillah dalam pukul 12 lebih akhirnya jumpa juga satu klinik yang menawarkan khidmat scan baby. Alhamdulillah baby kami tiada apa-apa. Mr.F memang membebel dengan kecuaian aku tapi sekejap jerla.. 

Dalam pada kami berdua bergembira dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga kami, Mr.F dikejutkan dengan kehilangan ayahnya yang pulang ke rahmatullah pada bulan Julai yang lalu. Sebab tue aku banyak mendiamkan diri dari alam blog sehingga hari nie baru tergerak hati untuk menulis semula. 

Kla, kalau mood rajin aku datang nanti aku tulis lagi yea.. 

Lots of Love : Maisarah

Monday, May 13, 2013

Morning sickness

Lama betul x update blog. Aku ada berita baik. Setelah sekian lama menunggu akhrnya aku pregnant. Alhamdulillah. Tapi morning sickness mak aii, aku kena kuatkan semangat.

Saturday, March 30, 2013

Oops..Lama betul x update.

It has been one month since the last post. There are many ups and down in just one month. Laughter, happiness, sadness, depression in just one month. Life is not easy. 

Emm, apa nak cakap yea? Alhamdulillah sangat-sangat sebab akhirnya kadar prolactin turun. Akhirnya tuhan makbulkan doa kami. Tapi dalam masa yang sama ada sedikit kesedihan juga kerana kawan sepejabat yang kahwin lagi lambat sudah pun mengandung. Xdela rasa cemburu tapi gembira pada mereka. Alhamdulillah rezeki mereka cepat. 

Nak kata aku x tertekan dengan keadaan sekarang tipula, mestilah tertekan tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk menunjukkan yang aku x tertekan. Tidak sama sekali aku tunjukkan itu semua pada orang lain. Itu prinsip aku. Biarlah kekecewaan itu aku tanggung sendiri. 

Kla, nanti aku update lagi k. Nak layan tengok fear factor..hiks

Lots of Love : Maisarah

Wednesday, February 13, 2013

Aunty Aini's Garden Cafe

Kalau korang datang sepang pastikan korang singgah makan di Aunty Aini's Garden Cafe. Cafe nie terletak di tepi jalan laluan pekan lama nilai, Betul-betul tepi jalan dan ada signboard besar. Cafe nie style dia macam makan kat dalam taman. Ada pangkin dan juga boleh makan di bawah payung besar. 

Masa kitaorang sampai tempat dah separuh penuh dan ada yang sudah direserve jadi terpaksala duduk bawah payung. Memang best sebab macam candlellight dinner. Dengar bunyi lagu dimainkan ..hahaha. 

 

Aunty Aini's Garden cafe nie waktu perniagaannya kalau x silapla untuk lunch 12 smpi 3, dan kemudian untuk dinner 7 mlm smpi 11 mlm kot. X teringat pulak. Hari ahad tutup yea. Lauk bukan buffet tapi lebih kepada alacarte. Pilih lauk yang kita nak dalam menu, baru dimasak. Pilihan pun x banyak sangat. 

Hari tue kami pilih ikan jenahak masakk lemak cili api, sawi goreng, ayam kampung goreng dan ulam. Harga termasuk nasi dan air adalh RM37. Bagi aku okla, sebab ikan besar dan ayam pun besar tapi yang paling penting sedap!!! Nasi sikit tapi kitaorng suka sebab boleh makan lauk jer..hehe. 

Selain dari makanan melayu, ada jugak makanan barat. Tapi aku x pernah cuba lagi makanan barat. Nanti nak g cuba makan western food pulak..

Lilypie - Pregnancy