Sunday, July 24, 2011

HIV Test : 20/7/2011

20/7/2011 : Me dan Mr.F telah sepakat untuk membuat HIV Test. HIV test merupakan salah satu syarat dalam proses perkahwinan. Setiap pasangan islam mesti mengambil HIV test kalau nak kahwin. Kami berdua buat HIV test kat klinik kesihatan yang terletak di Bangi, Selangor. Oh, Kalau nak buat HIV Test nie kena buat kat klinik kesihatan kerajaan @ hospital kerajaan sahaja.

Nak buat HIV Test kat klinik kesihatan nie bukan senang. Berapa kali kol nak buat appointment asyik full jer. (yea, kena buat appointment ek). Hari tue siap kol 2 weeks before baru dapat slot. Kat Klinik kesihatan bangi HIV test hanya pada hari Isnin hingga khamis dari pukul 2.00 petang sampai 4.00 petang.

Sampai jer kat Klinik tue terus ke kaunter pertanyaan. Kat situ kami diminta untuk mengisi buku dan borang untuk Hiv test. Selesai sahaja borang diisi kami diminta untuk membayar RM1 sebagai yuran. Tunggula dalam 10 minit sebelum turn kami berdua. Waktu buat HIV Test nie kena masuk sorang-sorang sebab dalam tue kita akan ditanya soalan peribadi contohnya "pernahkan anda bertukar-tukar pasangan @ melayan pelacur @ berkongsi jarum suntikan @ menerima darah tercemar". Pastikan korang jawab dengan jujur. X sampai 5 minit dah siap proses. Kitaorang diminta tunggu dalam 10 ke 15 minit sebelum keputusaan HIV Test diumumkan. Nak tahu x apa result kitaorang? Mestilah NEGATIF!!!! hehe...

Kalau ada diantara pemohon yang positif dalam hiv test nie ujian saringan kedua akan dilakukan. Kalau ujian kedua nie lepas so bolehla kawen tapi kalau ujian kedua nie x lepas, pasangan pengantin ini akan dipanggil untuk sesi kaunseling.


Peralatan yaang digunakan untuk HIV test.


P/s : ini no telefon klinik kesihatan bangi kalau nak buat appointment. 03-89258707.

0 comments:

Post a Comment