Tuesday, January 31, 2012

Seafood Dari Kampung

Setiap kali balik kampung x sah kalau x beli makanan laut yang segar bugar. Segar ok, lepas habis tangkap terus jual. Sampai jer kat rumah terus masak. Manala x terasa kemanisannya...huhu. Kepah nie mama masak mcm biasa jer letak cili kering potong pun dah bertambah aku makan apatah lagi kalau bawak udang besar-besar... Lagila heaven..hehe


Udang galah masak sambal.. Udangnyer besar dan isinya sangat manis. Sedap!!!! hehe

Masak pulak drummet terhangit sikit dicampur dengan kubis masak lemak tapi nasi kena sikit..hehe. Terangkat beb.

Lots of Love : Maisarah

Monday, January 30, 2012

Boling, memanah dan gol!!!

Selaku Pengerusi Kelab Staff aku diwajibkan mengadakan aktiviti staff setiap bulan bermula tahun 2012. Aktiviti Staff pertama untuk bulan Januari diadakan pada hari sabtu 14/1/2012 bertempatt di Ampang Superbowl Times Square. Aku suka main kat sini sebab x ramai orang kalau dibandingkan dengan Bowling Mid valley. Staff dipecahkan kepada 6 kumpulan dan dibahagikan kepada 6 warna yang berbeza.. AKu masuk kumpulan purple dan dengan bangganya aku mengatakan kami kalah pada tarikh itu. Tapi yang paling best sekali aku orang no.2 paling akhir bagi kategori individu..haha. Sorry, i x suka main bowling...hehe. Setiap kali main sekali jerla aku strike yang lain semua ke longkang. Gaya dah cantik tapi masuk longkang gak..hehe.




Habis jer main bowling nampak pulak ada tempat memanah. Apa lagi singgahla kat sana untuk mencuba nasib. Manala tahu kalau x pandai main bowling mesi pandai memanah. Rupa-rupanya sama jer, orang lain memanah pakai dewasa punya alat panah aku pakai kanak-kanak punya..hehe. Orang lain memanah kena kat tempat yang harus dipanah, aku memanah pulak kena kat dinding..haha. Best main memanah nie selain murah diaorng pun ajar macammana nak main. Tapi aku still x pandai nak main..hehe. Oh, kat sini ada pakej, x ingat pulak harganya. Yang paling murah kalau x silap RM10 untuk 12 arrow kot. 



Gaya jer lebih tapi hampeh. X reti main gak..haha.


Jalan-jalan terserempak pulak dengan maskot nie so apa lagi tangkapla gambar. Habis jer main kami pun jalan-jalan cuci mata tengok kedai kat times square. Times Square nie bukan kecik nak berjalan setiap tingkat jangan harapla. Ponat makcik. Bila penat carila tempat makan, nie pun masalah gak. Kedai semua penuh. Last-last pergi kat johnny's, tapi bukan makan steambot, makan set lunch..huhu. Smabil makan sambil borak. Sambil makan sambil pikir nak beli baju apa...haha. 




Chili Flakes

Cili Merah + cuka


Tomyam Soup

Thai tea dan juga ais



Oo..nie makanan yang aku pesan setiap kali datang johnny's. Pineapple fried rice. Sedap!!! 

Lots of Love : Maisarah

Sunday, January 29, 2012

Wordless Sunday :)





Lots of Love : Maisarah

Saturday, January 28, 2012

Duit syiling baru


Nampak perbezaannya? 


Lots of Love : Maisarah

Friday, January 27, 2012

Gardenia sungguh enak dimakan begitu saja

Beberapa minggu yang lalu, yang sebetulnya bulan 12 tahun 2011 aku buat lawatan ke kilang Gardenia. Tujuannya hanyalah untuk pelajar tahu cara pemprosesan roti...hehe. Xdela, adala sebabnya buat lawatan ke Gardenia. Kilang yang kami pergi ni terletak di Shah ALam. Seksyen berapa x ingat pulak tapi dekat dengan kilang panasonic. Sampai jer kat kilang perkara pertama yang kami dapat adalah bau roti yang sedang dibakar... Sangat sedap baunya.. Dan buat kami lapar..haha. 

Kami disambut oleh pegawai yang bertugas dan dibawa ke bilik untuk melihat slide presentation selama 20 minit. Lepas jer habis tengok slide presentation kami pun dibawa ke kilang. Masa nak masuk tue dah terbau-bau bau rotii yang sungguh enak sekali. Malangnya kami dilarang untuk mengambil gambar proses pembuatan roti. Kilang gardenia sangat-sangat bersih dan kualitinya memang betul terjamin. Habis jer sesi melawat kilang kami diberi peluang untuk bertanyakan soalan. 



Oops, sebelum pulang kami diberikan goodie bag yang penuh dengan barang gardenia. Tengokla student-studentku yang teruja pergi ke kilang gardenia. 


Gardenia... Sungguh enak dimakan begitu saja :)


Dalam beg ada roti butterscoth yang menjadi kegemaranku,  bun kacang merah, waffle vanilla dan kaya auntie rosie. 

X lupa juga buku resipi..hehe.


Lots of Love : Maisarah

Wednesday, January 18, 2012

Sehari di mahkamah

Korang pernah x pergi istana kehakiman kat putrajaya? 2 minggu lepas aku bawa student pergi lawatan di istana kehakiman. Kami diberi penerangan oleh pegawai bertugas dan kemudian dibawa peluang untuk melawat perpustakaan, muzium mahkamah dan jug akamar mahkamah. Peluang yang diberikan oleh pihak jabatan peguam adalah sangat-sangat berharga dimana  aku dapat melihat sendiri kamar mahkamah dimana sesuatu proses perbicaraan berlangsung. Iyela, selama ini asyik tengok kat tv jer. Kalau korang nak masuk muzium @ perpustakaan boleh ajer. Tidak dikenakan bayaran dan masa lawatan adalah masa bekerja kerajaan. 


Kerusi - kerusi untuk hakim

Gambaran sewaktu proses perbicaraan sedang berlangsung


Binaan dalam istana kehakiman yang sungguh cantik sekali



Lots of Love : Maisarah

Tuesday, January 17, 2012

Wordless Tuesday


P/s: My updates start tommorow.. :)

Lots of Love : Maisarah

Friday, January 6, 2012

Kenangan Tahun 2011 & Azam tahun 2012

Walaupun 2011 dah berlalu 5 hari yang lalu tetapi kenangan indah yang berlaku sepanjang tahun 2011 banyak mengamit perasaan dan memori tersebut tidak akan padam.. Cewah ayat..hehe. Kenangan yang paling indah dalam hidup aku mestilah bila aku berkahwin dengan kekasih hati yang telah dikenali hampir 6 tahun. Banyak onak dan duri sepanjang perkenalan kami..hehe. 


Untuk tahun 2012 pula akan ada banyak perubahan yang akan berlaku dalam hidup aku. Pertama sekali selepas hampir 30 tahun mama bekerja akhirnya mama akan pencen pada 16 April nie. Yea untuk mama!! Masa untuk mama berehat akhirnya tiba juga. Banyak rancangan yang mama susun untuk keluarga selepas pencen nie dan aku berdoa semuanya akan menjadi kenyataan. Amin. 

Tahun 2012 juga aku nak capai matlamat aku. Matlamat untuk berjaya dalam perniagaan dan yang paling penting dapat memberikan kesenangan untuk keluarga. Aku bertuah sebab dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang saling membantu antara satu sama lain. 


Lots of Love : Maisarah

Thursday, January 5, 2012

Kerawang Annual Gathering

Tahun 2010 gathering kerawang diadakan di PD untuk, tahun 2011 di Full house Jalan Yap Kwan Seng dan tahun nie di Shogun. Mont Kiara. Setiap tahun tarikh yang sama iaitu 1 Januari. Tetapi yang berubah hanyalah bilangan geng kerawang yang datang. Memandangkan tarikh 1 januari jatuh pada hari ahad dan isnin cuti ramai ahli kerawang yang mengambil peluang bercuti dan balik ke kampung. Jadi daripada 14 orang jadila 4 orang...hehe. Tahun nie sambut di shogun, Mont Kiara dan kurang meriah sebab kerawang x cukup korum kot.. Kalau x mesti tempat tue boleh jadi gamat dengan suara kami ajer..hehe. 



Interior design kat shogun nie okla not bad. Cozy tapi panas mungkin sebab tempat yang kami duduk tue dekat dengan dapurnya. Luas sebab kena tawaf banyak tempat tuk ambik makanan. Tapi yang aku paling x suka kat tempat nie adalah pilihan lagunya. Mak aii, boleh tertido ko sambil makan. Gila lagu mendayu-dayu pasang, orang makan pun jadi lambat sebab ikut rentak lagu. BOSAN kot. Pasang pulak kuat gila, lagila bosan. 
Lampu yang digantung. Cantikkan.. i like. 
Kalau akula kena susun macam tue tah berapa kali buat baru boleh berdiri dengan betul. Xpun terjatuh banyak kali. Eh, nie tempat dimsum tapi disebabkan dah kenyang x makan pun. Terus rasa rugi..Aish.

Yang nie pulak booth tempura @ makanan goreng2. 

Jom kita tengok gambar makanan pulak...hehe. Ada banyak booth makanan. Ada section sushi, makanan goreng, western, dimsum, dessert, ais kacang dan banyak lagila. X semua makanan aku ambik sebab dah kenyang kot. Tempat2 macam nie janganla ambik nasi. Rugi ok. Kena ambik portion sikit-sikit so boleh rasa semua tapi nie pun x rasa semua. Aku banyak ambik dessert sebab biskutnya sangat sedap!!!!!!!!! Panas-panas lagi. Yummy!!!

Pinggan pertama : Salad sotong, salad lobster, ikan dory, udang tempura, garlic bread dan kepah. Sedap woo kepah dgn salad lobster. 

Nie pinggan naba : kepah, ikan masak apa tah dengan telur.

Red bean mochi


Miso soup. Sheera punya. Aku x makan miso sup sebab rasa pelik sangat kot. 




Oreo and chocolate cake. kenyang kot. Sampai x hbs makan. Dessert kat sini sedap. Argh..terbayang-bayang biskut yang sedap tue. 


Green tea untuk mencuci perut yang kanyang...hahaha.


Dan yang akhir sekali mestilah gambar geng kerawang yang x cukup korum itu...hehe. Xper, nnt kita buat makan-makan lagi..hehe. 


Lots of Love : Maisarah

Wednesday, January 4, 2012

Pizza Hut Cheese Pizza

Pizza hut Cheese Pizza yang sangat banyak cheesenya.. First time gakla aku tengok end product pizza hut sama dengan gambar. Sebelum nie yang 10 layer pizza tue indah khabar dari rupa tapi yang nie thumbs up!!! Sedap tapi muak sebab banyak cheese. Nasib baik boleh pilih toping xdela cheese semata. Kalau cheese semata x termakan aku dibuatnya..huhu. 

Ada 7 jenis cheese dalam pizza nie, ada  cheeder, provolone, monterey jack, cream cheese, mozarella, parmesan dan romano. Yang aku paling suka makan sebenarnya yang roti dalam ada 3 jenis cheese berbeza iaitu mozarella, parmesan dan chedder. Sedap sangat dan x muak. Tapi cheese yang berbentuk bulat philadelphia cheese tue aku xleh telan langsung. Muak kot. Letak jer kat tepi..huhu. 







Lots of Love : Maisarah

Tuesday, January 3, 2012

Year End Sale!!





Year-end sale!! Time to shop till u drop!! hehe. I do have other mission but i have to wait until June.. :)


Lots of Love : Maisarah

Monday, January 2, 2012

Annual Dinner


Oops, lama gila x update blog padahal semua gambar dah ada dalam draft..hehe. Tengah ada sindrom M.A.L.A.S. Sekarang nie dah masuk tahun baru and my last update was on 19th December..huhu. Oh, mari kita menulis mengenai annual dinner yang berlangsung pada 17 December yang lalu..hehe.  Pagi sabtu tue ada staff excellence awards kat shah alam and semua staff kena ada kat sana. Dan haruslah aku x menang apa-apa award..hehe. Nk buat macammana prestasi x bagus...haha. Xper, tahun nie kita dapatkan award ek..hehe. 

Majlis bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengah hari. Habis jer majlis aku terus bergegas ambik husband kat rumah sebab malam tue ada annual dinner kat Shah Alam. Penat makcik drive kereta. 



Lepas Maghrib terus bergegas ke Shah Alam Convention Center untuk Annual Dinner. Tema tahun nie warna putih dan disebabkan aku tengah on bajet, pakai jerla baju nikah hari tue...hehe. Senang citer tahun nie semuanya recycle balik. Masuk jer dewan terkejut tengok sebab cantik sangat. Almaklumla tahun nie tema serenity garden so banyak betul bunga. Tema makanan pulak setiap tahun chinese food. I am not a big fan of chinese food tapi sebab lapar telan jerla.. Tp makanan tahun nie x sedap kalau dibandingkan dengan Royal chulan punya chinese food. Sedap. 



Dihidangkan dengan air oren. ingat ada chinese tea. Rupanya xde. Mana lengkap chinese cuisine kalau xde chinese tea. 



Me with my chinggu

Aku asyikla menelan cili nie sebab nak buangkan rasa muak dan mual . Nsb baik x pedas sangat dan sedap cili jeruk nie kalau x termakan aku makanan malam tue

Salah satu main dish malam tue dan ayam nie sangat sedap cuma sejuk jer. Dicicah pulak dengan sos cili yang disediakan lagila memikat hati. Cuma aku x paham dengan konsep garam yang disediakan. ayam tue dah cukup rasa pun nak kena letak garam lagi ke?

Hasil terjahan. Disebabkan aku x suka makan yang ada isi so ambik yang  bertulang dan daging yang lembut..hehe. 
Ikan siakap masak sos kot namanya..Yang nie pun sedap. Bertambah-tambah gakla makan. Aku x suka makan chinese food sebab nasi serve paling last. Lauk pulak awal-awal. Apsal macam tue? Orang mestila nak makan nasi dengan lauk.  Dah hbs makan lauk saper lagi nak makan nasi, mestilah dah kenyang.. Aish. 

Nasib baikla ada abang Tam dengan Kak ziana melembutkan hati kami dengan lagu-lagu dendangan mereka. Cuma kumpulan spider nie pakaian santai sangat macam nak buat konsert jom heboh. Pakaila eleok sikit abang oi.. niekan formal annual dinner. Malam tue ada cabutan bertuah dan seperti biasa aku kurang bertuah so x naik pentas ambik hadiah..huhu





Lots of Love : Maisarah