Monday, December 31, 2012

Kenangan 2012, Permulaan 2013

2012 berlalu dan tahun 2013 tiba, aku banyak lupa kenangan yang berlaku pada tahun nie. Malas nak ingat.. 

Aku rasa macam banyak kenangan pahit kot...hehe. Salah satu kenangan yang x boleh aku lupakan adalah sewaktu aku didiagnos ada Hyperprolactinaemia oleh doktor yang menyebabkan aku susah untuk mengandung. Mental breakdown bila dapat tahu tapi Alhamdulillah sekarang period dah mula beransur elok. Boleh dikatakan bila aku didiagnos begitu aku jadi murung untuk seminggu. Pergi hospital, ambik darah, makan ubat dah jadi perkara biasa. Permegian Arwah paktam sejarah mengejut dua hari selepas raya haji juga mendatangkan impak. Paktam masih lagi muda dan aku sudah mula risau dengan keadaan mak dengan ayah aku. 

Kalau kenangan manis pulak dapat masuk rumah sendiri dengan Mr F selepas 5 bulan duduk dgn family. Kami bina keluarga kami bersama dan menyambut usia perkahwinan kami yang setahun bersama. Dapat hadiah iphone dari suami. 

Tapi sebenarnya xde perkataan yang dapat gambarkan perasaan aku masa melalui tahun 2012 yang bagi aku tahun yang banyak dugaan. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Mr. F kerana sentiasa ada menemani, memberi semangat dan dorongan sepanjang tahun 2012. Terima kasih tahun 2012 kerana banyak mengajar aku erti kehidupan dan aku berjanji untuk menjadi wanita yang lebih matang. 

Untuk tahun 2013 ini, tiada apa yang aku harapkan cuma kehidupan yang jauh lebih baik dari sekarang. Peluang untuk melanjutkan pelajaran, pekerjaan yang lebih baik, kesihatan yang bagus dan penyeri atau pelengkap hidup kami berdua.. Amin. 

Lots of Love : Maisarah

POWERBANK IPhone for SALE

*scroll for new updates... :)

Powerbank iphone for sale. Satu untuk RM42 tak termasuk penghantaran. Ada tiga jenis warna iaitu ungu, hitam dan putih. Stok terhad. Sms @ wassap @ imessage ke no 0124832734.

Iphone 5 & 4 USB Cable for Sale

* Scroll for new updates :)

APPLE iPHONE 5 USB CABLE FOR SALE







- Price RM27 per unit + RM5 for shipping cost.

- For more inquiries please call me at this number 012-4832734 (maisarah) 

- Ready stock. 






APPLE iPHONE 4 USB CABLE FOR SALE






- Price RM10/unit or RM25/3unit including shipping cost.

- For more inquiries please call me at this number 012-4832734 (maisarah) or 012-7937308     (zura).

- Ready stock. 



Lots of Love : Maisarah

Saturday, December 29, 2012

Manisnya mcd oreo shake

Aku nie pantang sikit tengok iklan makanan. Kalau nampak jer mulala nak membeli, contohnya mcd oreo shake nie. Sekali minum rasa nak termuntah sebab manis gila-gila. Manis yang boleh buat korang pening kalau minum. SO, taubat dah nak minum. Sekali jer cukupla....

Friday, December 28, 2012

Rumah banglo kuala selangor

Sepatutnya entry nie sebelum entry makan kat pantai jeram tapi aku dah mls nak betulkan...hehehe. Sebenarnya tujuan utama kami pergi ke kuala selangor adalah sebab kakak dan parents aku nak tengok rumah kawasan nie. Banglo satu tingkat dijual dengan harga RM320,000 dan RM400,000. Yang harga RM400,000 nie siap ada alarm system dan automatic gate. Rumah memang sangat-sangat cantik. Aku pun teruja tengok.

Nie gambar dari depan. Luaskan porch.


Ruang tamu kat banglo. Aku suka tengok sofa tue, comel sangat2.

Laman kat luar rumah. Siap ada gazebo kecik lagi...

Aku suka tengok rumah nie, tapi masalahnya jauh sangat dan tak termampu nak bayar. Projek nie adalah dibawah PKNS. 

Thursday, December 27, 2012

Aik, mana rumah tadi?

Aku x tahula kenapa tv selalu sangat pasang cerita hantu kalau khamis malam jumaat.. Memang hantu kuar khamis malam jumaat jer ek? Hari lain x keluar? Minggu nie aku nak cerita pengalaman aku dengan makhluk nie lagi. Kita mulakan dengan pengalaman masa kecik ek.

Dua-dua kejadian nie berlaku kat rumah pakcik aku kat perak dengan pahang. Kita mulakan dengan kejadian di perak. Rumah uncle aku kat perak nie jenis rumah lama. Rumah utk DO yang lama, banglo papan yang lama... Masuk jer rumah tue xdela perasaan takut ke apa, aku cuma pelik satu benda jer kat rumah tue yang mana ada satu cermin kat dalam satu bilik pakcik aku tutup dengan cermin. Aku tanyala kenapa tutup, pakcik aku senyum jer. Pas jalan-jalan kat rumah tue sambil layan sepupu -sepupu lain borak aku teringin nak g toilet. Toilet nie terletak kat dalam rumah betul-betul kat area tv. Masa nie sepupu aku semua ada, termasukla ayah aku dan pakcik-pakcik aku. 


Pintu tandas tue lebih kurang macam niela, kena bukak dua-dua pintu kalau nak masuk tapi xdela pintu tue secantik pintu nie, buruk sikit. Masa aku masuk tandas aku ada satu sikap yang mana kalau aku takut aku takkan tutup pintu tue, tapi entah kenapa masa aku masuk terus aku tertutup pintu tue rapat. Jadi aku panik dan terus bukak pintu dan tengok semua orang xde dan tv tutup. Benda nie berlaku x sampai pun 10 saat. Aku terus tutup pintu tandas balik tapi x rapat dan buang air kecil. Disebabkan takut, aku buat semua tue x sampai 3 minit. Bukak jer pintu tandas aku nampak semua sepupu-sepupu aku ada kat situ tgh tengok tv dan aku tanyala diaorang g mana tadi, diaorng cakap ada jer kat sini tengok tv. 


Satu lagi kejadian adalah di pahang, nak g umah pakcik aku nie kena lalu hutan. Aku suka duduk tepi tingkap dan tengok pemandangan dan rumah-rumah kat situ. Aku ingat lagi bila lalu satu simpang ada sebuah rumah besar dengan budak-budak main kat rumah tue. Bila balik jer dari rumah pakcik aku, aku tengok rumah tue xde dan aku terus tanya mak ayah aku mana rumah tue. Diaorang terus senyap dan x bagi aku duduk tepi tingkap dah.

Wednesday, December 26, 2012

Nail polish remover

Period sebulan sekali masa period niela aku nak melaram pakai nail colour @ kutex. Mula-mula aku nak ambik warna merah tapi mesti nampak ketara sangat jadi ambikla warna pink nie. Dah lama x pakai kutex sekali pakai lain sangat rasanya.. Pasnie xnakla pakai lagi, rasa macam remaja sangat pakai kutex..hahaha.


Dah cukup 5 hari pakai kenala buang, mengagau aku nak pinjam nail polish remover. Aku malas nak beli sebab kalau beli kena beli yang besar. Mintak kawan aku bawak dia asyik lupa jer, x boleh jadi aku terus g guardian beli nail remover. Mahal sangatla kat giant nail remover nie walaupun harganya RM6 lebih. Kat kedai biasa baru RM2. Okla pakai nail remover jenama nie sebab kuku x rasa nipis atau sakit lepas pakai. Cuma nak buang kena tonyoh kuat sikit. 

Tuesday, December 25, 2012

Homemade lunch by me... :)

Selepas dua minggu tak masak akhirnya aku masak masa cuti tuk husband. Masak apa?
Masak : udang masak lemak Cili api
Sambal daging
Sayur campur
Ikan goreng
Husband loves it so much!!!

Aroma ikan bakar

Lepas habis jer kitaorang tengok rumah terus mama ajak g makan ikan bakar dekat Aroma Ikan Bakar yang terletak di Pantai jeram. Aroma ikan bakar nie sangat besar dan terletak kat tepi laut. Ada tiga jenis tempat duduk. Satu yang berhawa dingin, satu yang besar yang mana kita kongsi dengan orang lain dan satu lagi tempat duduk bersila macam pondok kecik. Yang pondok kecik nie kena bayar RM10, memangla kena bayar tapi privasi terjaga sikit. Aroma ikan bakar nie bukan setiap hari isnin hingga jumaat pukul 3pm smpi malam dan hari sabtu dan ahad pukul 12 tengahari sampai malam. 

Masuk jer korang akan nampak tempat pilih ikan, pilihan sangat banyak. Ada sotong, udang, ketam, kerang, kepah dan bermacam jenis ikan contohnya ikan kerapu, siakap, pari, merah dan ikan yang aku x tahu nama..hiks. Ikan memang fresh sebab kawasan pantai jeram nie banyak nelayan. Kat sini korang pilih ikan dan terus pilih nak bakar, kukus atau masak jenis apa. Bgtahu tempat duduk korang. Satu peraturan kat sini, kalau dah duduk x boleh dah tukar tempat duduk. 


Kitaorang pilih tempat duduk yang betul-betul mengadap laut. Masa kitaorang pergi nie tengah air surut dan panas. Ada kipas tapi masih lagi panas.

Aku order air kelapa sebab tengok banyak sangat kelapa, tapi sayang lupa mintak ais. Kalau sejuk lagi sedap.


Antara lauk yang kitaorang pilih adalah ketam masak sos kot. Sedap sangat kuahnya. Menjilat jari, ketamnya pun fresh.. Habis licin.

Selain ketam, kitaorang order udang jugak. Butter orawn yang sedap jugak. Selain lauk nie ada jugak kitaorang order pari bakar perapan sedap giler, sotong bakar sama jugak sedap, ikan siakap masak stim terbaik dari ladang dan sayur campur. Makan memang x hengat duniala. Nasik sikit tapi lauk banyak. 


Selepas makan... Sedap sangat ok. Lupa pulak nak bagitahu harga. Ada kisah sebenarnya bila nak bayar, kitaorang punya resit yang disimpan di cashier hilang so mama cakapla setiap lauk satu persatu dengan bagtahu iakan besar mana, sotong besar mana. Semua sekali orang tue kira RM120 sahaja termasuk air. Memang murah. Mama pun ada citer gak masa g makan dgn abah ambik ikan pari dengan sotong baru RM25 untuk dua orang. So kira murah sangatla tue. 


Kalau korang nak makan ikan bakar yang sedap dan murah aku cadangkan makan kat aroma ikan bakar Kuala selangor. Memang sedap dan berbaloi. Daripada korang makan kat sekinchan ikan bakar yang x sedap tue baikla korang makan kat sini. Lagi sedap.

Monday, December 24, 2012

Perjuangan kami

Kami sedang berjuang untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah period aku dah kembali seperti biasa selepas makan ubat dan jumpa doktor. InsyaAllah, aku percaya pada rezeki yang Allah s.w.t janjikan. Cepat atau lambat tuhan saja yang tahu. Kami akan mencuba dan tidak akan putus asa. Doakan kami ya.. Amin




Lots of love ;
Maisarah

Sunday, December 23, 2012

Pemanis hati... :)

My gula-gula hati..... Love them so much!!





Penggila Cekolat

Korang nak tahu x kenapa aku beli coklat nie? Sebab kat kotak besi tue ada tertulis '10 calories per piece'. Gaya macam coklat tue x sedap  mengemukkan sebab 10 kalori tapi nana ado. Sedap ok coklat tue. Sedap gila. Aku sorang jer boleh habiskan dekat 20 ketul coklat kat dalam tue....



Saturday, December 22, 2012

Sedap makan nasi...


Jemput makan ek semua...hehehe. 

Friday, December 21, 2012

Rumah idamanku

Rumah merupakan antara aset yang berharga. Kenapa? Sebab harga rumah makin lama makin naik. Buat apala korang beli kereta mahal-mahal contohnya BMw, Mercedez atau porshe sebab lama kelamaan harga kerata akan turun kerana susutnilai. Rumah pulak xde susutnilai, makin membangun tempat korang beli rumah makin meningkat harga rumah. Contohnya kajang, ada satu kawasan tue dibangunkan oleh Naza TTDI, harga jualan pada awalnya hanyalah RM270,000 untuk rumah teres dua tingkat sekarang dah naik harga 1/2 juta x sampai pun satu tahun. Kenapa? Sebab kawasan tue kawasan membangun. 

Kalau nak beli rumah untuk pelaburan, pertama sekali kena pastikan tempat yang korang nak beli tue akan ada pembangunan atau tak. Contohnyala kita tengok kawasan sepang atau nilai. Kawasan nie merupakan kawasan yang akan membangun dan meningkat naik harga hartanah. Kenapa? Sebab KLIA 2 sedang dibina dan ada kolej, universiti dan bangunan kerajaan yang sedang dalam pembinaan. 

2 minggu lepas, aku dan suami berjalan-jalan tengok kawasan perumahan di kawasan pajam, seremban 2 dan bandar sendayan. Rumah kat situ sangat cantik dan kami ada jugak tanam cita-cita nak beli rumah di kawasan itu. InsyaAllah ada rezeki nanati.... :) Rumah yang kami lihat nie rumah contoh di Seremban 2. X ingat pulak keluasan berapa tapi x silap 20 * 70 kot. 4 bilik tido dan 3 bilik air. Harga? X ingatla pulak tapi rasanya antara RM280,000 ke RM320,000 kot. 

Masuk jer rumah contoh terus jatuh cinta tengok interior design...Argh, nak buat rumah macam nie boleh x? Sangat-sangat suka!! hehe.... 

Aku paling suka bilik tido utama, lagi-lagi part ada kerusi kat tepi tingkap tue. Boleh feeling membaca buku sambil lihat rumah orang depan. Bilik utama memang luas dan ada bilik air kat dalam. 
Yang nie pulak ruang rehat di tingkat atas. Cantik jugak.

Bilik no.3 di tingkat atas. Ada bilik air yang dikongsi dengan bilik no.2. Cantikkan letak langsir macam tue. 
Bilik no.2, cantik jugak... Argh, semua cantikla

Ruang tamu dan ruang makan. 

Sebab tuela aku jatuh cinta tengok rumah nie. Jatuh cinta sangat-sangat sampai dah berangan nak buat rumah macam nie. InsyaAllah satu hari nie aku akan dapat rumah nie...hehe.


Lots of Love : Maisarah

Thursday, December 20, 2012

Khasiat Air Zamzam

Sebelum nie aku kurang suka minum air ZamZam jangan ingat bukan-bukan pulak tapi sebab rasa airnya yang lain. Aku tahu air ZamZam adalah penguhulu segala air dan merupakan air paling mulia dan paling baik di bumi Allah S.W.T. Orang sanggup berebut untuk dapatkan air ZamZam. Tapi orang zaman sekarang lagi suka minum air Evian sebab air tue mahal dan datang dari Switzerland...pfft. 

Mari kita tengok apa kebaikan dan khasiat air ZamZam... Rasullah s.a.w bersabda, maksudnya : 
"Air ZamZam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)"

Imam At-Tarmizi berkata :

- Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
- Jika dia minum untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
- Jika dia minum kerana Ahklaknya buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
- Jika dia minum kerana kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkanya.
- Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.

Ada banyak lagi khasiat Air ZamZam tapi itu diantara khasiatnya. Semuanya terpulang pada niat, kalau niat kita baik dan elok ketika minum Air ZamZam InsyaAllah, Allah s.w.t akan memakbulkannya. Amin. Wallahu 'Alam 

Sumber dari google...
Lots of Love : Maisarah

Wednesday, December 19, 2012

Kepak ayam kota warisan

Argh, tengok gambar nie terus terasa nak makan kepak ayam lagi. Beli tujuh ketul tapi makan 2 ketul jer sebab husband makan 5 ketul. Kepak ayam nie memang sangat-sangat sedap. Aku x tahula perapan apa pakcik nie pakai tapi rasa dia sampai ke tulang-tulang. Sangat sedap dan yang paling penting isi ayamnya sangat lembut. Kalau korang nak beli pakcik tue akan panaskan balik ayam untuk pastikan ayam korang panas. Kuah yang pakcik nie bagi pun sedap. Satu kepak ayam harganya RM1.50. Tongkeng ayam pulak harganya RM1.00 satu cucuk lidi. Kalau nak beli, korang boleh pergi dekat kedai mamak kawasan erl salak tinggi. Memang sedap dan berbaloi2





Tuesday, December 18, 2012

Kesilapan Lalu...

Tahun baru 2012 bakal berlalu, kalau dilihat dan ditenung segala apa yang aku lakukan sepanjang tahun 2012 tiada apa pun yang dapat dibanggakan untuk diri sendiri. Tiada kejayaan dalam hidup dan tiada apa yang dapat dicapai. Tapi aku anggap semua itu sebagai satu iktibar dan pengalaman untuk menjadikan diri ini lebih matang dan berjaya. Kalau tengok sepanjang tahun 2012 aku banyak buat kesalahan sebagai seorang anak kepada ibu bapa, isteri kepada seorang suami dan seorang manusia yang baik. Aku juga lalai dalam menjalankan ibadahku kepada yang satu.

Tahun depan usia pun dah meningkat ke 29 tahun, lagi satu tahun jer nak masuk angka 30..Takut ada, sedih ada, gembira pun ada. Aku rasa aku dah jadi makin matang dalam kehidupan. Aku bertuah sebab suami aku banyak sedarkan aku tentang tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Aku memang khilaf. Kadang-kadang kita x sedar walaupun kita sembahyang cukup lima waktu ilmu kita masih lagi x penuh di dada. Banyak kesilapan yang aku buat dan aku berjanji untuk menjadi seorang isteri, anak dan kakak yang baik. 

Dah naik 29 tahun dan 1 tahun lebih menjalani hidup sebagai suami isteri aku bersyukur kerana period aku dah kembali kepada normal. Alhamdulillah. InsyaAllah, ada rezeki dan usaha mungkin impian kami nak jadi mummy and daddy akan kesampaian. Doakan kami ya... Amin. 

Lots of Love : Maisarah

Monday, December 17, 2012

Fobia kapalterbang

Nie semua penangan tengok majalh 3 hari sabtu hari tue aku terus teringay pengalaman naik kapal terbang.. Aku memang x suka naik kapal terbang, sebab aku x dapat nak bayangkan diri aku duduk kat atas awan dan x boleh berhenti bila-bila masa kalau aku panik. First time aku naik kapal terbang adalah masa nak balik dari UUM ke kajang... Malas naik bus, naik flight jerla. Cepat dan murah. Pertama kali naik kapalterbang muka x payah cakapla, memang cuak lagi-lagi masa nak naik ke awan. Banyak kali jugakla aku mengucap. Perjalanan ambik masa 45 minit. Sejak hari tue setiap kali balik kajang aku naik kapalterbang. Sampaila hbs belajar dah x naik kapalterbang.

Bila dah lama x naik kapalterbang aku dah x tahu macammana perasaan nak naik kapalterbang sehinggala aku kerja dan kena pergi ke kelantan. X tahu kenapa masa naik flight kali nie perasaan lain macam. Rasa gabra dan pulak mengada nak duduk tepi tingkap. Padan muka ko Maisarah, terus muntah bila pesawat dah ada kat awan...hahaha. Masa niela aku menjerit sebab pesawat tiba-tiba jatuh ke bawah sikit sebab hujan lebat. Dahla aku sorang jer menjerit...hahaha. Terus pramugara tue bagi air dengan kacang suruh tenangkan jiwa...hahaha. Itu last aku naik kapalterbang which is 4 years ago...hehehe. Sekrang nak naik kapalterbang aku rasa aku kena makan ubat penenang bagi aku tido supaya x fobia...hehehe. 

Friday, December 14, 2012

Sesat Barat

Oops, aku x buat lagi post pasal annual dinner opis akukan. Tengokla kalau rajin aku letakla ek. Untuk pengetahuan korang aku nie bukanla orang yang pandai pasal jalan-jalan kat KL nie. Aku memang Gagal. Aku nie jenis menghafal jalan tengok bangunan, sekali ko tunjuk jalan aku akan hafal bangunan jer. Sebab tuela bila orang nak ajar aku jalan ikut telefon aku mmg x boleh.

Dipendekkan cerita, masa hari annual dinner akukan dari Shah alam nak gla check in kat hotel untuk bersiap. Mula-mula ingat nak konvoi sekali kawan aku bawak keta laju gila smpi aku x terkejar. So terpaksala pakai WAZE iaitu gps versi iphone. Hambik ko pakai waze lagila aku pening sebab waze nie x boleh detect nama hotel yang aku duduk sbb hotel bajet. Pukul 2 kitoarng gerak pkl 4 petang baru sampai!!! 2 jam sesat!!! Bila sesat apa lagi terus sumpah seranah. Nasib baikla petang nak g sime darby convention center x sesat kalau x nangis lagi...

Wednesday, December 12, 2012

Annual Dinner 2012

Me with my chingguya

Lots of Love : Maisarah

Tuesday, December 11, 2012

Sushi!!! Nyum

Makan sushi sorang-sorang. Nie jerla yang makan. Masuk makan pukul 2.00 pm, balik pukul 2.30pm. Nampak sangat x tahu nak buat apa makan sorang-sorang. Yela, kalau ada kawan best jugak borak-borak. Nie sorang - sorang nak buat apa? Tengok jerla convenyer tue berjalan.

Monday, December 10, 2012

Nasi arab damsyik

Aku x tahula bila orang suka makan nasi arab, tapi aku mula makan 2 tahun lepas. Yang itu pun parents aku kenalkan. Orang lain semua pernah makan 'saba dgn rawhsa tapi kalau korang tanya aku, kedai kat mana pun aku x tahu. Aku x berapa suka sangat makan nasi arab sebab xde kuah, kering + portion banyak. Tapi kalau makan kat Nasi Arab Damsyik nie lain sikit. 

Nasi Arab Damsyik nie terletak kat seremban. Bukan kedai tapi rumah lot tepi dijadikan restoran arab. Tempat jangan risau banyak, dalam rumah boleh, luar rumah pun boleh. Buka setiap hari kecuali hari selasa. Biasanya kalau aku dengan suami datang sini kami mesti makan nasi arab ayam + kambing satu set gabung. Tapi entah kenapa hari sabtu tue kami terorder satu set nasi arab ayam + satu set nasi arab kambing. Alamatnya, terlebihla portion untuk 2 orang makan. Dahla portionnya banyak...


Korang tengokla sendiri nasi arab kambing nie. Nampak x dagingnya? Jangan tertipu ingat ada satu ketul kecik jer, tapi ada TIGA!!! Ada satu macam ribs, pastue lagi dua daging yang besar. Tengokla nasinya besarkan. Kalau makan nasi arab biasanya diaorang akan bagi tairu dengan sambal. Sambal tue terbaik!!! X pedas sangat dan yang penting aku boleh makan...hehe


Yang nie pulak nasi arab ayam. Ayamnya sedap dan lembut. Memang sedapla.. Senang cerita. Tengok nie terus rasa lapar balik..Aish. 

Air pulak kami suami ister suka pesan air habbatus sauda.. Sedap.

Total yang perlu dibayar. Xdela mahal sangat kalau dibandingkan dengan portion yang diberi. Kalau korang teringin nak makan nasi arab bolehla cuba nasi arab damsyik nie. Berbaloi. 

Saturday, December 8, 2012

Last minute

Akukan memang cukup menyampah dengan orang yang suka bgtahu last minit. Contohnya besok kena buat sesuatu, hari nie baru nak bagitahu. Hoi, ko ingat kitaorang nie xde family xde plan lainla bgtahu last-last minit ada perjumapaan esoknya. Susah sgt ke nak bagitahu dua hari sebelum? Pissed off ok!!

Thursday, December 6, 2012

I hate u touch screen!!

Sejak pakai handphone touch screen nie aku asyikkkkkkkkkkkkk typo saja. Dahla mula-mula pakai asyik auto correct sampai kena perli dengan kawan-kawan. Almaklumla sebelum nie i pakai handphone nokia ekspress music jer.. Tapi baru-baru nie dekat group wassap lagila teruk aku punya typooooo yang mana ia memalukan aku ok!!! 

Mula-mula aku nak taip perkataan "bell memang gempak!!!" tapi tertaip "bell memang GEMPAL!!!" dan yang menyebabkan jadi igauan ialah orang yang aku maksudkan itu memang berisi.. Gila malu ok. Dah send baru sedar yang K tertukar dengan L!!! That's whyla i hate u touch screen. 

Wednesday, December 5, 2012

Easy aglio olio

Bila terasa malas nak masak untuk makan malam sorang-sorang aku biasanya akan masak western food. Husband is not a big fan of western food jadi kalau nk makan kena masak time dia xde...hehe. Kalau nak yang senang biasanya aku akan masak Aglio olio yang memang simple. Masa rebus spagethi jer boleh buat kerja lain. Senang + cepat. 

Korang perlukan spagethi, aku lagi suka guna angel hair dari yang nie sbb angel hair lagi senang direbus dan nipis. Rebus spagethi dengan air garam dalam 15 - 20 minit atau sehingga lembut. Ambik  bawang putih + bawang merah. Bawang merah potong dadu, bawang putih cincang. Udang @ sotong, capsicum, cili kering dipotong herot, lada hitam + garam. Barang pun x banyakkan? sebab tuela senang...hiks. Masak lagila senang. 

Tmis bawang putih dgn merah sampai layu + wangi, pastue masukkan udang + capsicum dan kemudian masukkan spagethi + cili kering + lada hitam + garam. Dah siap... Boleh makan!!

Tuesday, December 4, 2012

WORD inside my heart

Masyarakat kita nie pelik betul. Yang bunting pelamin dikatakan Mengandung anak luar nikah. Entah-entah first nite dia memang dah subur, laki pulak kuat terusla mengandung. Memangla kita tengok macam pelik tapi kalau itu rezeki dia alhamdulillah.

Yang x mengandung pulak sesuka hati dikatakan susah mengandung @ mandul. Eh, ko ada kuasa tuhan ke nak tahu orang mandul? Boleh x jangan nak bagi tekanan hanya kerana anak? Ramai orang bercerai hanya kerana tekanan nak anak.

Yea, anak adalah penyambung keturunan tapi kalau diri sendiri x terjaga. Ilmu pun tiada ko rasa anak ko akan jadi anak berguna ke? Aku tengah emosi jadi minta maafla kepada orang yang terasa...