Monday, December 5, 2011

Langkawi Part 1

2 hari lepas majlis bertandang, kami berdua memulakan perjalanan jauh kami ke langkawi. Drive dari bahau ke kuala perlis. Niat awal nak naik flight tapi memandangkan kami nak singgah di tempat-tempat lain area kedah terus cancel naik flight. Gerak dari bahau pukul 9 pagi. Perjalanan ke kedah adalah sangat tenang sebab pergi pun hari selasa, kereta x banyak. Sewaktu dalam perjalanan kami ada melihat satu kereta myvi yang dipandu dengan laju, ada gak terdetik dalam hati yang kereta ini akan terbalik nanti. X sampai 10 minit, kereta myvi tue terbalik tapi nasib baik xde orang yang tercedera. Singgah sebentar di RNR untuk solat dan makan tengahhari. Sampai di Kuala perlis dalam pukul 4.30 petang. 

Sampai jer di Kuala Perlis kami mula mencari tempat untuk parking kereta. Alhamdulillah dapat parking kereta berbumbung untuk 3 malam dengan harga RM30. Beli tiket kapal dan menunggu sehingga pukul 6.00 petang. Aku nie pulak jenis yang x suka naik kapal sebab mabuk laut. Dalam kapal tue nasib baikla diaorng pasang citer KL Gangster jadi xdela rasa bosan sangat. Perjalanan dari kuala perlis ke langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam.


Sementara menunggu husband parking kereta. 


Sampai jer di langkawi kami terus kol orang kereta sewa. Kat sana kami sewa kereta toyota vios dengan harga RM70 satu hari. Ambik kereta pastue terus ke hotel Bella Vista Langkawi yang terletak di Pekan Kuah. Perjalanan nak ke hotel dari jeti kuah tue xdela lama sangat, dalam 10 minit dah sampai. Rehat-rehat jap pastue terus kuar g makan di pantai cenang. Masa nak g pantai cenang niela kereta xde minyak. Kol orang kereta sewa tue mintak dia hantarkan minyak. Rasa nak marah pun ada gak. 

Keesokan harinia kami mulakan aktivit kami dengan island hoping!!!! Satu kepala RM25. Kat sini korang semua kena pandai cari agent-agent yang boleh berikan harga murah. Ada tempat satu kepala RM30, ada tempat RM35. Nasib kami baik dapat RM25. Island Hoping nie akan pergi ke 3 tempat, Tempat pertama Pulau Dayang Bunting, Yang kedua Eagle Feeding dan yang ketiga Pulau beras Basah. 


Pemandangan dari hotel.


Inilah hotel yang kami duduk. Nampak scarykan? Hotel nie hotel lama dan diubah baru. Alhamdulillah time duduk kat sini xde apa-apa yang pelik berlaku. 




Cantikkan keindahan alam yang tuhan cipta? Nak pergi ke tasik dayang bunting nie memang mencabar kekuatan kaki. Sakit betul masa nak mendaki bukit.  



Kaki Husband dikelilingi oleh ikan keli semasa di pulau dayang bunting. 




Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment