Friday, January 6, 2012

Kenangan Tahun 2011 & Azam tahun 2012

Walaupun 2011 dah berlalu 5 hari yang lalu tetapi kenangan indah yang berlaku sepanjang tahun 2011 banyak mengamit perasaan dan memori tersebut tidak akan padam.. Cewah ayat..hehe. Kenangan yang paling indah dalam hidup aku mestilah bila aku berkahwin dengan kekasih hati yang telah dikenali hampir 6 tahun. Banyak onak dan duri sepanjang perkenalan kami..hehe. 


Untuk tahun 2012 pula akan ada banyak perubahan yang akan berlaku dalam hidup aku. Pertama sekali selepas hampir 30 tahun mama bekerja akhirnya mama akan pencen pada 16 April nie. Yea untuk mama!! Masa untuk mama berehat akhirnya tiba juga. Banyak rancangan yang mama susun untuk keluarga selepas pencen nie dan aku berdoa semuanya akan menjadi kenyataan. Amin. 

Tahun 2012 juga aku nak capai matlamat aku. Matlamat untuk berjaya dalam perniagaan dan yang paling penting dapat memberikan kesenangan untuk keluarga. Aku bertuah sebab dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang saling membantu antara satu sama lain. 


Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment