Wednesday, August 24, 2011

The Voice terbaik!!


American Idol merupakan perintis kepada rancangan realiti nyanyian yang popular kat dunia nie. Di antara artis popular yang lahir dari rancangan American Idol adalah Kelly Clarkson, Carrie Underwood, Fantasia dan etc. Dulu aku minat gak tgk american idol nie smpila season 4 sahaja dan kemudian stop tengok sebab dah naik muak tgk simon x cool tue duk mengutuk suara dan personaliti peserta.

Kalau kat M'sia nie kita disajikan dengan rancangan-rancangan realiti nyanyian contohnya akademi Fantasia. Semua peserta kat dalam tue harap jer muka cantik tapi nyanyi semua ke laut, lagi2 AF 7 hinggala AF9. Xde pun yg berbakat.

Baru-baru nie aku ada tengok promo iklan The Voice kat AXN. Rancangan realiti nyanyian dimana ada 4 orang "coach" iaitu penyanyi yang akan memilih anak didik mereka untuk dilatih. Cara diaorang pilih peserta untuk dilatih adalah sangat-sangat unik sekali... I like!!

The Voice Audition


Coach-coach dalam "The Voice" : Adam (maroon 5), Cee Lo Green, Christina Aguilera & Blake Shelton.



Peserta kegemaranku!! Javier Colon!! Best giler dia nie nyanyi!!

p/s : "The Voice" ditayang di AXN pada hari ahad pada pukul 8 mlm. Ulangan pada hari Isnin dan Selasa pada pukul 10 malam. Korang nak tahu saper menang? Carila sendiri!! hehe

Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment