Monday, January 31, 2011

Malas update...

Sekarang nie tengah aura malas nak hapdet..huhu. Padahal ada banyak jer citer nk blogkan. Gambar pun banyak... Mood oh mood datangla!!! hehe. Bila rajin nnt baru update blogla..huhu

Thursday, January 27, 2011

Meeting 3 1/2 jam!!

Semalam ada kuar memo pasal kena masuk meeting dengan big bos pukul 10 pagi. Bos pun masuk bebel2 for certain issues. One of the issue will be punctuality. Ramai yang buat opis tue mcm diri sendir yang punya masuk lambat. Oh, saya jarang masuk lambat ok. Utk 1st quarter hanya 7 kali jer dtg lambat compare to orang lain yang datang lambat dekat 40++ kali..huhu. Ada jugakla other things yang bos bebel2 tapi x memberi kesan sangat sebab bila kita x buat salah buat apa kita nak terasa betul x? Tengok2 jam dah dekat kul 1.30 bos benti bebel. Mak aii, 3 1/2 jam bos bebel. Penat ok dengar...

Tuesday, January 25, 2011

Pening oh pening!!

Pening melihat belanja-belanja yang akan dibayar pada bulan depan. Why oh why aku kuat sangat berbelanja? Nk g kursus kawen, nak beli kain for someone wedding + nak g hantar tailor, format laptop, beli some things yang aku rasa pakai pun mesti jarang...Nak nangis jap boleh x? Isk2...

Kadang-kadang rasa macam gaji x cukup tapi sebenarnya aku yang kuat berbelanja. Tapi nak buat mcmmana, kos makan kat opis tinggi sangat..hehe. Kalau gaji banyak pun mesti pening gak kepala untuk bayar hutang berbelanja..huhu.

Rasa macam nak berniaga jer bila tengok orang berniaga boleh untung. Macamla rajin sangat nak berniaga. Kalau nak jual baju yang x pernah pakai orang nak beli x? Selalu tengok kat blog orang ramai betul beli. Aku nak jualla baju-baju yang x pernah dipakai dan juga kasut yang jarang dipakai.

Oh, last but not least gambar-gambar masa kat MSU:

Kami di landmark MSU

Tingkat atas sekali tue ada gym, sauna, spa, kolam renang & studio jamming.

Negara yang ditunjuk itu adalah singapura..huhu. Sangat-sangat kecik


Peta dunia!!

Saja jer nak tunjuk body figure!! haha

Sunday, January 23, 2011

Selendang VS Tudung Bawal

I love wearing selendang rather than tudung bawal biasa. Sebab senang jer nak pakai, lilit dan kemudian pinkan berbanding dengan pakai tudung biasa yang kena pakai pin banyak-banyak... Tapi my darling cakap dia x suka tengok moi pakai selendang sbb nampk macam orang botak. So, setiap kali kuar dengan dia kenala pakai tudung biasa...huhu.

VS


Which one do you think i look better with?

Saturday, January 22, 2011

Hari yang sangat BEST!!


Pagi pukul 8.45 dah bergerak ke MSU. Jalan hari sabtu haruslah x congested with traffic. Itu yang paling menyerenokkan..huhu. Bawak kereta pun 90 km/j, malas nak bwk laju-laju bukan nak cepat pun. Sampai jer kat batu 3 tengok jam dah pukul 9.15 pagi. Alamak, dah lambat. Terus pecut g MSU. Sampai-sampai jer kat MSU tercari-cari dewan. Sangat-sangat cantik. Bangga jap..huhu. Assembly start kul 10 pagi, dahla duduk 3 dari depan dan tepi laluan, benci tul..hehe. Ada good news, starting from Februari dah x perlu kerja hari sabtu!! Sangat-sangat best!! Tapi kena kerja dari pukul 9 pagi sampai kul 6 petang. X kisahla..Asalkan x yah kerja hari sabtu. Pas habis jer assembly merayau-rayau kat dalam MSU, hajat di hati nak g library tapi x tahu kat mana..hehe.

Kul 2 dah gerak balik Putrajaya, g dating!! hehe...Sampai jer alamanda g beli tiket tengok wayang citer the seasons of the witch. Overall citer sangat bosan dan lebih kepada agama kristian berperang dengan ahli sihir. Panggung wayang sangat-sangat sejuk. X tahan ok, terlupa bawak pashmina. Pas tgk wayang g makan-makan dengan kekasih hati di bangi pas tue balik...huhu.


Muka orang teruja tengok menu, last-last pesan nasi goreng kampung..huhu

Teh o dan limau suam.

Bihun goreng dan nasi goreng kampung yang macam nasi goreng kicap.

Me and darl yang suka buat muka macam tue.

X bestla : Rate 2.5/5

Friday, January 21, 2011

Chilis!!!


Have been craving for chillis for quite some time. Last makan hujung tahun 2009 pastue dah x sentuh dah. Nak tahu x kenapa? Sebab keracunan makanan...huhu. Tapi bila tengok pic yang diambil oleh Geng Kerawang terus rasa nak makan chilis. Bencila!!


Lamb apa tah nama. Sedapnya

My all time favourite dessert kat chillis...Argh, nak g makan!!

Thursday, January 20, 2011

I LOVE FOOD!!

Bukak-bukak blog dah ada gambar makan..hikhik. Hidup nie kena menikmati makanan. Kalau memilih makan x nikmat hidup..huhu. Tapi makan pun kena berjaga-jaga. Paling suka makan ayam, ikan dan sotong. Kalau ada tiga lauk nie, memang akan bertambah. Kalau daging tue tengok cara apa oarang masak...huhu.


Rendang daging nie sangat sodap, bertambah-tambah makan. Makan waktu kat kenduri kawen sepupu.


Yang nie x sure udang apa, tapi macam lobster kecik. Hari tue kat kampung buat BBQ, sedap isinya manis sekali.

Nie kalau x makan memang rugi, tapi kena pastikan xde belacan. Kalau idak terbersin jerla gayanya.

Cili potong yang mesti dimakan dengan kuew teow. Sodap sekali. Tapi dah jarang makan sebab takut kena appendik dan buasir..huhu.

Last but not least, makanan wajib dimakan di Resipi Rahsia. Tomyam Kung!! Sodap

Diet VS Makan!!


Saya suka makan. Dulu waktu kat sekolah kawan-kawan semua panggil papan atau airport. Nak tahu sebab apa? Sebab kurus sangat, flat jer..hehe. Berat badan paling berat pun 39 kg, pernahla capai 42 kg tapi turun balik sbb sakit. Tapi yang paling best kuat makan , makan nasi bertambah 3 kali pun boleh ok walaupun waktu malam. Semua orang cemburu, diaorang boleh cakap "mai ko nie kuat makan tapi apsal x gemuk?"...hehe. Tapi itu dulu...10 tahun yang dulu.



Gambar baju purple tue waktu sekolah dulu tapi lagi kurus, gambar baju hitam tu waktu sekarang tapi kurus sikitla..hikhik.

Masuk jer matrik metabolisma badan dah kurang,
mulala operasi pengepaman badan. Mana badan x naik, makan 6 kali sehari... Lagi2 masak dalam kawah, tapi betulke apa yang orang-orang tua cakap yang kalau makan nasi kawah cepat gemuk? Time matrik tuela badan naik mendadak-dadak. Bila cakap pasal makanan di kedah, kat situ makan murah-murah dan senang dapat apalagi asyik makan jerla..hikhik.


Daging masak black paper yang sangat-sangat marveles..huhu.

Masuk jer UUM badan dah cecah angka 50!! Nangis ok. Menyebabkan keadaan x terkawal adalah apabila berjumpa dengan kekasih hati yang suka makan juga. Senang citer hidup disana sangat-sangat bahagia. Dia pun makin membesar..haha. Oo, last check tahun lepas berat badan mencecah 62kg!! That's IT!! X boleh jadi. Operasi mengecilkan badan pun bermula. Sekarang dah turun ke 55 kg... Ingat nk turun lagi ke 50 kg? Mampukah diriku? hehe

Tuesday, January 18, 2011

Lagu JIWANG


Tajuk x hingat, tapi bila tengah sedih dan stress nie dengar lagu jiwang memang best sangat2. Rasa terubat sikit hati. Lagu melayu jugak boleh buat hati terubat kalau dibandingkan dengan lagu english. Sekarang tengah minta giler dengar lagu korea, kalau sehari x dengar x sah..hihi. Gilakan? Tapi nak buat mcmana..huhu.

Sangat-sangat minat kumpulan super junior sekarang.

Suka Khuyun dengan SIWON!! hikhik

Stress!!

16/1/2011

Pagi ahad bangun-bangun jer aku dah terkejut dengar bunyi rumah tengah dikemas. Oh, hari nie feroz nak datang rumah. Patutla mama dengan abah beria mengemas dengan mop rumah. I was so impress. Mama start masak dari pukul 9 pagi and dia kuarkan banyak pinggan mangkuk baru. I was so suprised.

Tepat pukul 11 feroz tunjuk jalan kat dia. But then before that he asked me to accompany him to buy fruits. Aku ingat beli buah sikit jer tapi rupa-rupanya banyak giler (nak ambik hatila tue). I was really impress with what he did. Sampai jer rumah dekat 2 jam lebih dia kat umah berborak2. Aku rasa dia ok sangat2.




















18/1/2011

Hari nie pulak kat office aku x tahu kenapa jiwa aku dah xde kat situ. Yea, pengetua dah bertukar tapi aku tension bila HOA asyik buat muka sarcastic bila bercakap dengan orang. Ko ingat ko bagus sangat ke? Mcmla aku x tahu yang ko tanda kertas macammana. Student pun banyak complaint pasal ko and the best part is the called u MADONNA sbb berlagak DIVA!!

Tiba-tiba hari nie ada pertukaran tempat duduk kat pejabat. Apsal tetiba nak kena ada pertukaran pulak? Apa motif? Fine, aku x heran pun. Letakla kat mana2 pun. X kisah!!

Jujur-sejujurnya, aku dah xnak kerja kat situ. Kalau diikutkan hati nak ajer aku berenti terus. Tapi disebabkan aku x dapat kerja lain lagi tue yang aku masih lagi kerja kat situ.