Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Mendiamkan diri...

Assalamualaikum semua..

Maaf, lama sangat menyepikan diri. Bukan sengaja tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menjadi punca kenapa aku diam. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan? Alhamdulillah, setelah setahun lebih kami berkahwin akhirnya aku disahkan mengandung pada bulan mac yang lalu. Rawatan demi rawatan, tekanan demi tekanan akhirnya alhamdulillah terlekat juga.

Aku mula-mula suspek diri aku mengandung adalah ketika aku rasa badan aku x sedap sangat-sangat 3 hari sebelum period. Cirit birit teruk dengan kepala asyik sakit dan badan rasa tak sedap. Dah due period 2 hari aku kuatkan semangat beli pregnancy test, mula-mula beli yang murah punya keluar dua line terus rasa happy tapi aku masih lagi x percaya terus beli clearblue dah memang sahih aku mengandung. Cepat-cepat kol suami bgtahu berita baik dan dia sangat-sangat seronok. Masuk jer minggu ke 6 aku mengandung aku dah mula rasa simptom-simptom alahan yang orang panggil "morning sickness". Tapi aku bukan setakat morning sickness sekali dengan satu hari punya alahan. Muntah-muntah sehari adalah dekat 5 kali terutamanya lepas makan. Dekat 4 minggu aku x datang kerja dan dijaga oleh kedua ibubapaku di kajang. 

Alhamdulillah makin lama makin sihat tapi orang cakap malang x berbau. Masuk minggu ke12 aku terjatuh dekat dalam tandas masa muntah. Mr. F waktu tue memang marah sangat-sangat dan muka dia memang serabut sangat2. Kami terus pergi cari klinik @ hospital malam tue tapi malangnya NILAI nie xde langsung hospital bersalin @ hospital swasta apatah lagi hospital kerajaan tapi alhamdulillah dalam pukul 12 lebih akhirnya jumpa juga satu klinik yang menawarkan khidmat scan baby. Alhamdulillah baby kami tiada apa-apa. Mr.F memang membebel dengan kecuaian aku tapi sekejap jerla.. 

Dalam pada kami berdua bergembira dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga kami, Mr.F dikejutkan dengan kehilangan ayahnya yang pulang ke rahmatullah pada bulan Julai yang lalu. Sebab tue aku banyak mendiamkan diri dari alam blog sehingga hari nie baru tergerak hati untuk menulis semula. 

Kla, kalau mood rajin aku datang nanti aku tulis lagi yea.. 

Lots of Love : Maisarah

Wednesday, January 30, 2013

Nak beli lain, tapi beli benda lain

Jumaat lepas aku cuti, husband balik kerja rehat sekejap kami terus keluar dalam pukul 12.15 ke Seremban. Plannya adalah untuk beli barang rumah macam milo, stove dan lain-lain. Sampai kat seremban perkara pertama kami buat haruslah singgah di masjid Paroi untuk sembahyang Jumaat. Sementara tunggu sumai sembahnyang, apa lagila yang aku boleh buat selain camwhore..hahaha. Nak beli makanan jauh sangatla pulak nak berjalan. I Is malas. Camwhore jerla aku dalam kereta tue selama 45 minit...hahaha. Nampak orang pandang kereta terus buat-buat main handphone. 

Tengok fazura pakai baju denim terus aku pun pakai..hahaha. What to do, akukan suka ikut idola retis, tapi sekarang nie memang tengah style baju denim ek? Baju nie pun aku dah beli masa first time nak g honeymoon kat cahcecahce. Tengok muka sekarang rasa stress sebab tembam nak mampuih!! Argh... Tapi tetap nak vain sambil pose tanak tunjuk double chin...hahaha. 

Habis jer sembahyang ingat nak terus g affin bank dgn pos laju tapi memang x sempat nak g affin bank. Kad ATM aku rosak wei!! Gaji dah nak masuk next week, kena gakla aku g hari selasa kat salak tinggi. Kalau x macammana nak shopping? U tell me please? 

Habis buat urusan pos laju dengan makan terus kami ke Seremban 2. Nak cari barang rumah, jalan punya jalan sekali ternampak bahagian nie... Kami memang nak beli alatan sukan tapi asyik tertangguh jer. Sekali sampai sini tengok price memang berbaloi dan murah dan banyak dapat free gifts so apalagi kami tangkap jerla. Nak bersenam kat luar jangan harapla, memang malas nak tukar baju pakai kasut naik kereta. Ada alatan sukan kat rumah nie sebenarnya lagi berbaloi. Aku ada cara macammana nak kurus dengan cepat. Nanti aku blogkan k.

Yang macam pin bowling tue sebenarnya air purifier free of charge..hehe. Ogawa massager tue pun free...So korang rasa berbaloi x beli? Mestila berbaloi.. Alatan sukan tue pun xdela sampai riburibu. Gila ke apa nak beli ribu2, aku bukan kaya...hehe. 



Love : Maisarah

Tuesday, January 29, 2013

Vitagen @ Yakult?

Bila kerja dengan kolej nie aku banyak diberi peluang untuk melawat kilang-kilang di KL dan Selangor. Salah satu kilang yang aku baru pergi adalah kilang vitagen. Dulu aku selalu minum vitagen dan aku inggat vitagen nie sebenarnya diimport dari luar negara. Sebenarnya tidak, vitagen dibuat di satu kilang di petaling jaya. Selain vitagen, kilang nie jugak buat susu marigold. Nak tunjuk gambar kilang x boleh pulak bawak kamera masa g kilang. Kalau boleh aku dah tunjuk kat blog. 

Aku dah pernah minum yakult dan juga vitagen. Bagi akula, dua-dua berkesan. Dua-dua bagi aku sakit perut. Xde yang x sakit perut..hahaha. Kalau nak tengok dari segi perasa, aku rasa vitagen kot. AKu memang kureng sikit telan yakult sebab xde perasa. Ada yang cakap vitagen nie manis sangat, jadi vitagen ada keluarkan vitagen less sugar tapi harga mahal sikit sebab diaorng tambahkan puree buah-buahan tue lebih. Yang lain tue ok sahaja. Nak minum nie kena pastikan perut korang ada makanan, x boleh xde makanan sebab nanti bakteria tue akan terus ke perut. 



Vitegan juga ada keluaran terbaru iaitu vitagen bersama collagen dimana sesuai untuk diriku yang semakin meningkat usia ini. Kalau x silap aku, ada item yang dalam vitagen nie diimport dari Paris ok. Apa benda ek, x hengatla pulak..hehehe. Almaklumla dah tua..hahaha


Lots of Love : Maisarah

Friday, January 25, 2013

Perubahan Usia?

Aku rasa sejak masuk tahun 2013 nie dan umur yang satu tahun sahaja lagi umur akan mencecah 30 banyak perubahan yang dapat aku lihat pada diri aku. Perubahan yang paling ketara adalah aku dah mula kurang selesa untuk memakai seluar jeans...erk. AKu mula minat pakai dress.. Pergi mana-mana aku cari jeans dengan t-shirt dulu sebelum nie tapi sekarang mata aku mula tertarik dengan dress, maxi or pants which is not tight. Perubahan hormon atau nak jadi islamic? Tue belum lagi beli supplement tuk kesihatan dan untuk mengurangkan kedutan dimuka..hehe. 

Walaupun umur dah meningkat orang kat sekeliling masih lagi ingat aku muda, majoriti orang ingat aku masih belajar lagi. Bila diaoang tanya umur aku suruhla teka dulu. Majoriti cakap 25-26 tahun...hahaha. Thank u olls sbb ingat ahkak muda.. Padahal dah tua..hahaha. Bila cakap umur 29 tahun terus cakap tipu. 

Kalau dulu aku suka beli majalah Glam, Eh tapi sekarang majalah tue aku letak tepi, aku lagi suka beli majalah saji, buku resipi atau majalah PAMA.. Almaklumla nak jadi isteri yang pandai memasak..hehe. Tue belum lagi kalau g Giant atau tesco aku mesti cari barang dapor dulu. Biasa g tengok baju atau kasut. 

Tapi satu jer yang x pernah berubah dari dulu sampai sekarang, untuk wanita berkahwin yang berusia 29 tahun pelik ke suka kpop? Aku dah suka kpop sejak dr umur aku 26 tahun dan aku rasa memang aku x boleh kalau x tengok sehari. Bukan Kpop jer tapi variety show dari korea. Memang menarik-narik iman aku untk tengok. Lagi-lagi variety show kegemaran aku iaitu RUNNINGMAN & Two Days One Night. Love them so much. 

Lots of LOVE:
-Maisarah-

Wednesday, January 23, 2013

Windows 8

Rabu lepas aku mintak kawan aku tolong formatkan laptop aku. Laptop aku lembap sama lembap macam siput babi. Bukak internet pun kena tunggu satu minit. Ko rasa sakit hati x? Malam tue kawan aku mesej cakap dia pakai window 8, aku x kisahla sebab aku manala tahu windows 8 tue windows terbaru. Aku ingat macam windows biasa. Tapi bila mesej setereusnya dia cakap nak kena ajar aku cara nak guna aku terus terdiam. Canggih sangat ke windows 8 nie sampai kena ajar. 


Sekali ari ahad dia hantar laptop aku on jer tengok interface aku dah ternganga. Ini terlebih canggih tuk aku nie. korang bayangkanla bukak-bukak jer aku tengok macam gambar kat atas tue aku terus tekan skrin bajet skrin aku dah jadi ipad...hahahha. Yup, aku tekan skrin pastue panik kenapa xleh tekan nie dan terus malu sorang2....hahaha. Ambik mouse terus godek-godek pastue panik, mencari-mencari mana microsoft words, mana my document, apa benda kat tepi nie, macammana nak close website nie. Terusla aku kol kawan aku tue, bebel-bebel aku kat dia sambil godek laptop. Lama-lama ok. Korang nak tanya aku perbezaan windows 8 dengan yang dulu? Entah, aku pun xtahu...hehehe. Asal boleh guna dan laju cukupla untuk aku..hehehe