Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Mendiamkan diri...

Assalamualaikum semua..

Maaf, lama sangat menyepikan diri. Bukan sengaja tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menjadi punca kenapa aku diam. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan? Alhamdulillah, setelah setahun lebih kami berkahwin akhirnya aku disahkan mengandung pada bulan mac yang lalu. Rawatan demi rawatan, tekanan demi tekanan akhirnya alhamdulillah terlekat juga.

Aku mula-mula suspek diri aku mengandung adalah ketika aku rasa badan aku x sedap sangat-sangat 3 hari sebelum period. Cirit birit teruk dengan kepala asyik sakit dan badan rasa tak sedap. Dah due period 2 hari aku kuatkan semangat beli pregnancy test, mula-mula beli yang murah punya keluar dua line terus rasa happy tapi aku masih lagi x percaya terus beli clearblue dah memang sahih aku mengandung. Cepat-cepat kol suami bgtahu berita baik dan dia sangat-sangat seronok. Masuk jer minggu ke 6 aku mengandung aku dah mula rasa simptom-simptom alahan yang orang panggil "morning sickness". Tapi aku bukan setakat morning sickness sekali dengan satu hari punya alahan. Muntah-muntah sehari adalah dekat 5 kali terutamanya lepas makan. Dekat 4 minggu aku x datang kerja dan dijaga oleh kedua ibubapaku di kajang. 

Alhamdulillah makin lama makin sihat tapi orang cakap malang x berbau. Masuk minggu ke12 aku terjatuh dekat dalam tandas masa muntah. Mr. F waktu tue memang marah sangat-sangat dan muka dia memang serabut sangat2. Kami terus pergi cari klinik @ hospital malam tue tapi malangnya NILAI nie xde langsung hospital bersalin @ hospital swasta apatah lagi hospital kerajaan tapi alhamdulillah dalam pukul 12 lebih akhirnya jumpa juga satu klinik yang menawarkan khidmat scan baby. Alhamdulillah baby kami tiada apa-apa. Mr.F memang membebel dengan kecuaian aku tapi sekejap jerla.. 

Dalam pada kami berdua bergembira dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga kami, Mr.F dikejutkan dengan kehilangan ayahnya yang pulang ke rahmatullah pada bulan Julai yang lalu. Sebab tue aku banyak mendiamkan diri dari alam blog sehingga hari nie baru tergerak hati untuk menulis semula. 

Kla, kalau mood rajin aku datang nanti aku tulis lagi yea.. 

Lots of Love : Maisarah

Saturday, March 30, 2013

Oops..Lama betul x update.

It has been one month since the last post. There are many ups and down in just one month. Laughter, happiness, sadness, depression in just one month. Life is not easy. 

Emm, apa nak cakap yea? Alhamdulillah sangat-sangat sebab akhirnya kadar prolactin turun. Akhirnya tuhan makbulkan doa kami. Tapi dalam masa yang sama ada sedikit kesedihan juga kerana kawan sepejabat yang kahwin lagi lambat sudah pun mengandung. Xdela rasa cemburu tapi gembira pada mereka. Alhamdulillah rezeki mereka cepat. 

Nak kata aku x tertekan dengan keadaan sekarang tipula, mestilah tertekan tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk menunjukkan yang aku x tertekan. Tidak sama sekali aku tunjukkan itu semua pada orang lain. Itu prinsip aku. Biarlah kekecewaan itu aku tanggung sendiri. 

Kla, nanti aku update lagi k. Nak layan tengok fear factor..hiks

Lots of Love : Maisarah

Monday, February 4, 2013

Kata bank prestij tapi lembap!!

Aku bengang betul dengan service maybank nilai nie. Gila lembap nak mampus. Aku datang pukul 12.40, pukul 2.30 x hbs lagi dengan prosedur. Menunggu nombor kena panggil dekat 1 jam!!! Pkl 1.45 baru kena panggil. Macam ko pergi hospital kerajaan jer menunggu. Kaunter bukak 1 jer!!! Manala x lama.

Dahla menunggu sikit punya lama, sekali nombor kena panggil orang kaunter pulak buat muka macam tenuk marah kitaorang sebab salah isi borang. Mr F mulala marah, sekali kena tempek dengan MR. F terus muka ko berubah ek Puan Fazila. Ingatkan semua dah ok bila dah dapat bank draft dan duit sekali cek nama kat bank draft salah. Lagila Mr. F mengamuk, dan aku pun dah mula nak ngamuk tapi disebabkan aku demam aku malas nak layan.

Lesson to be learned : Kena anggap customer x tahu apa2 bila berurusan dengan kita. Kena ingat tue.

Wednesday, January 30, 2013

Kebanjiran produk kecantikan

Sekarang nie banyak sangat produk kecantikan dan kesihatan yang dijual dipasaran. Fellina inchlossla, beauskinla, vitamin cla & etc. Aku pelikla betul dengan kebanjiran produk-produk nie di psaran.

Dahla jual sikit punya mahal tapi apa bezanya fellina inchloss nie dengan pati mustajab? Sama jer aku rasa, dua-dua boleh kecikkan peha yang bezakan hanya harga jer. Pelik aku sbb mahal sangat harganya. Katala badan ko XXL, berapa banyak cream tue yang ko nak beli? Satu rm75 + postage rm6 dah jadi rm81. Kalau beli dua puluh xke beribu2. Baik beli basikal atau ko beli set PB. Berbaloi jugak membazirkan duit.

Lagi satu yang aku tengok sekarang nie orang sibuk cakap pasal beauskin. Siap promote kata adira pakai sampai muka dia putih...haha. Dulu muka dia gelap ek? Berdoyonla orang beli sebab nak muka macam adira padahal hakikatnya adira pakai macam-macam produk. Sekali keluar kat propaganza adira bagitahu tak pakai pun produk tue..hiks.

Tapi ada satu iklan yang aku paling menyampah tengok, iklan tuk tongkat ali yang muka pakcik pakai kopiah dengan pompuan tue. Desperate sangat ke pakcik dan makcik nak duit sampai sanggup jatuhkan maruah tuk iklan tue? Geli aku wei baca statement "dulu lembik, sekarang keras dan kuat mcm besi"!!! Makcik pernah kena dengan besi ke sampai bandingkan benda tue dengan besi? Perlu ke iklan macam tue nak jual barang? Cubala cari strategi pemasaran yang efektif dari memalukan diri dan kaum.

P/s : ini adalah pandangan aku, pemerhatian aku sebagai seorang manusia biasa dan juga pengguna. Pandangan setiap orang berbeza-beza.

Wednesday, January 16, 2013

Risaunya dengan keadaan sekarang

Kalau korang pernah baca previous post aku sebelum nie mesti korang tahu aku susah nak mengandung sebab aku ada hyperprolactine.Aku pun dah jumpa doktor dan makan ubat bromocoptine. Period aku datang balik macam biasa dan kami beruda pun banyak berusaha diantara hari subur aku. Sepatutnya aku period minggu lepas tapi x period lagi sampai sekarang. Aku xdela nak berharap sangat mengandung sebab aku tengok tanda-tanda yang aku alami sekarang nie sama macam tanda-tanda aku nk period. Aku takut kecewa macam dulu. Habiskan duit berpulu-puluh beli pregnancy test hanya semata-mata ingat diri aku pregant. Kali nie aku x try pun buat test.. Kenapa? Sbb aku takut kecewa. Aku takut xde lagi rezeki. Lagipun doktor aku sendiri pesan untuk buat pregnancy test lepas 2 minggu dari tarikh sepatutnya period. Next week aku nak jumpa doktor lagi, sbb aku dah mula risau. Paranoidkan aku nie? Nak buat macammana, umur dah semakin meningkat jadi diri haruslah jadi paranoid.Kalau orang suruh makan ubat-ubat yang dijual di Facebook semua aku xnk beli.. Taku lagipun doktor x galakkan. Takut ada side effect. Doakan aku ek semua supaya dipermudahkan dapat zuriat. Amin.

Lots of Love : Maisarah

Tuesday, January 15, 2013

Devestated

Baca tajuk jer mesti korang dah dapat tahu apa maksudnya. Yup, aku dah buat pregnancy test pagi tadi dan nagetif. Bila buat test dengan dengan suami dari buat test sendiri perasaan tue memang lain. Bila tengok muka suami masa dia nak tahu result tue kita boleh tahu yang dia berharapan UTP positif. Tapi bila dia nagetif kita boleh tengok perubahan muka dia. Kita tahu dia cakap xper tapi hati dia? Terus air mata aku menitik pagi tadi. Sedih dan pilu.

Aku tahu ada orang akan cakap ada tang dah bertahun-tahun kawen tapi masih lagi x dapat anak. Umurkan muda lagi. Apa maksud umur muda lagi? 29 tahun muda ke? Tekanan bila tengok orang yg selepas kami kahwin dan mengandung... Mungkin xde rezeki lagi tapi aku akan cuba yang terbaik.

Monday, January 14, 2013

Terpengaruh dengan iklan

Aku nie suka sangat tengok iklan, x kirala iklan kat tv atau majalah. Setiap kali tengok iklan aku mesti berangan-angan nak beli atau terus pergi beli. Contohnya barang-barang kecantikan macam pencuci muka atau sabun mandi atau syampoo.

Syampoo kan ada banyak jenama, ada sunsilk, pantene, head & shoulders, Rejoice, loreal, dove dan etc. Aku dah cuba semua tue. Tengok iklan sikit wah rambut orang tue terus jadi lurusla pakai syampoo nie terus aku g beli padahal rambut model tue sah sahla diaorng straightenkan... Pfftt. Sepanjang aku cuba semua syampoo tue yang x boleh masuk dengan rambut aku adalah Dove dengan pantene. Aku pakai dove rambut aku keras macam dawai. Kalau pantene pulak menangis aku tengok rambut aku keguguran macam nak botak. 

Tue belum lagi tengok iklan makanan terusla diri nie nak merasa terus. Aish, x boleh jadi terus sekrang kalau part iklan jer aku terus tukar rancangan lain. Tapi kalau iklan nie ada model atau artis yang best sebagai duta korang rasa aku beli x produk tue? Haruslah aku beli. Aku banyak beli barang yang Fasha Sandha jadi model...hehehehe. Aku x minat fasha sandha tapi aku nk diri aku jadi macam fasha sandha, cantik jer sebab tue beli barang yang dia jadi duta...hahahaha. Macam orang x betulkan? Tapi sekarang aku dah kurang beli barang atau tengok iklan jadi x banyakla aku membeli. Bagus jugak... 

Lots of Love : Maisarah

Monday, December 31, 2012

Kenangan 2012, Permulaan 2013

2012 berlalu dan tahun 2013 tiba, aku banyak lupa kenangan yang berlaku pada tahun nie. Malas nak ingat.. 

Aku rasa macam banyak kenangan pahit kot...hehe. Salah satu kenangan yang x boleh aku lupakan adalah sewaktu aku didiagnos ada Hyperprolactinaemia oleh doktor yang menyebabkan aku susah untuk mengandung. Mental breakdown bila dapat tahu tapi Alhamdulillah sekarang period dah mula beransur elok. Boleh dikatakan bila aku didiagnos begitu aku jadi murung untuk seminggu. Pergi hospital, ambik darah, makan ubat dah jadi perkara biasa. Permegian Arwah paktam sejarah mengejut dua hari selepas raya haji juga mendatangkan impak. Paktam masih lagi muda dan aku sudah mula risau dengan keadaan mak dengan ayah aku. 

Kalau kenangan manis pulak dapat masuk rumah sendiri dengan Mr F selepas 5 bulan duduk dgn family. Kami bina keluarga kami bersama dan menyambut usia perkahwinan kami yang setahun bersama. Dapat hadiah iphone dari suami. 

Tapi sebenarnya xde perkataan yang dapat gambarkan perasaan aku masa melalui tahun 2012 yang bagi aku tahun yang banyak dugaan. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada Mr. F kerana sentiasa ada menemani, memberi semangat dan dorongan sepanjang tahun 2012. Terima kasih tahun 2012 kerana banyak mengajar aku erti kehidupan dan aku berjanji untuk menjadi wanita yang lebih matang. 

Untuk tahun 2013 ini, tiada apa yang aku harapkan cuma kehidupan yang jauh lebih baik dari sekarang. Peluang untuk melanjutkan pelajaran, pekerjaan yang lebih baik, kesihatan yang bagus dan penyeri atau pelengkap hidup kami berdua.. Amin. 

Lots of Love : Maisarah

Monday, December 24, 2012

Perjuangan kami

Kami sedang berjuang untuk mendapatkan zuriat. Alhamdulillah period aku dah kembali seperti biasa selepas makan ubat dan jumpa doktor. InsyaAllah, aku percaya pada rezeki yang Allah s.w.t janjikan. Cepat atau lambat tuhan saja yang tahu. Kami akan mencuba dan tidak akan putus asa. Doakan kami ya.. Amin




Lots of love ;
Maisarah

Tuesday, December 18, 2012

Kesilapan Lalu...

Tahun baru 2012 bakal berlalu, kalau dilihat dan ditenung segala apa yang aku lakukan sepanjang tahun 2012 tiada apa pun yang dapat dibanggakan untuk diri sendiri. Tiada kejayaan dalam hidup dan tiada apa yang dapat dicapai. Tapi aku anggap semua itu sebagai satu iktibar dan pengalaman untuk menjadikan diri ini lebih matang dan berjaya. Kalau tengok sepanjang tahun 2012 aku banyak buat kesalahan sebagai seorang anak kepada ibu bapa, isteri kepada seorang suami dan seorang manusia yang baik. Aku juga lalai dalam menjalankan ibadahku kepada yang satu.

Tahun depan usia pun dah meningkat ke 29 tahun, lagi satu tahun jer nak masuk angka 30..Takut ada, sedih ada, gembira pun ada. Aku rasa aku dah jadi makin matang dalam kehidupan. Aku bertuah sebab suami aku banyak sedarkan aku tentang tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Aku memang khilaf. Kadang-kadang kita x sedar walaupun kita sembahyang cukup lima waktu ilmu kita masih lagi x penuh di dada. Banyak kesilapan yang aku buat dan aku berjanji untuk menjadi seorang isteri, anak dan kakak yang baik. 

Dah naik 29 tahun dan 1 tahun lebih menjalani hidup sebagai suami isteri aku bersyukur kerana period aku dah kembali kepada normal. Alhamdulillah. InsyaAllah, ada rezeki dan usaha mungkin impian kami nak jadi mummy and daddy akan kesampaian. Doakan kami ya... Amin. 

Lots of Love : Maisarah