Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Aunty Aini's Garden Cafe

Kalau korang datang sepang pastikan korang singgah makan di Aunty Aini's Garden Cafe. Cafe nie terletak di tepi jalan laluan pekan lama nilai, Betul-betul tepi jalan dan ada signboard besar. Cafe nie style dia macam makan kat dalam taman. Ada pangkin dan juga boleh makan di bawah payung besar. 

Masa kitaorang sampai tempat dah separuh penuh dan ada yang sudah direserve jadi terpaksala duduk bawah payung. Memang best sebab macam candlellight dinner. Dengar bunyi lagu dimainkan ..hahaha. 

 

Aunty Aini's Garden cafe nie waktu perniagaannya kalau x silapla untuk lunch 12 smpi 3, dan kemudian untuk dinner 7 mlm smpi 11 mlm kot. X teringat pulak. Hari ahad tutup yea. Lauk bukan buffet tapi lebih kepada alacarte. Pilih lauk yang kita nak dalam menu, baru dimasak. Pilihan pun x banyak sangat. 

Hari tue kami pilih ikan jenahak masakk lemak cili api, sawi goreng, ayam kampung goreng dan ulam. Harga termasuk nasi dan air adalh RM37. Bagi aku okla, sebab ikan besar dan ayam pun besar tapi yang paling penting sedap!!! Nasi sikit tapi kitaorng suka sebab boleh makan lauk jer..hehe. 

Selain dari makanan melayu, ada jugak makanan barat. Tapi aku x pernah cuba lagi makanan barat. Nanti nak g cuba makan western food pulak..

Tuesday, January 29, 2013

Vitagen @ Yakult?

Bila kerja dengan kolej nie aku banyak diberi peluang untuk melawat kilang-kilang di KL dan Selangor. Salah satu kilang yang aku baru pergi adalah kilang vitagen. Dulu aku selalu minum vitagen dan aku inggat vitagen nie sebenarnya diimport dari luar negara. Sebenarnya tidak, vitagen dibuat di satu kilang di petaling jaya. Selain vitagen, kilang nie jugak buat susu marigold. Nak tunjuk gambar kilang x boleh pulak bawak kamera masa g kilang. Kalau boleh aku dah tunjuk kat blog. 

Aku dah pernah minum yakult dan juga vitagen. Bagi akula, dua-dua berkesan. Dua-dua bagi aku sakit perut. Xde yang x sakit perut..hahaha. Kalau nak tengok dari segi perasa, aku rasa vitagen kot. AKu memang kureng sikit telan yakult sebab xde perasa. Ada yang cakap vitagen nie manis sangat, jadi vitagen ada keluarkan vitagen less sugar tapi harga mahal sikit sebab diaorng tambahkan puree buah-buahan tue lebih. Yang lain tue ok sahaja. Nak minum nie kena pastikan perut korang ada makanan, x boleh xde makanan sebab nanti bakteria tue akan terus ke perut. 



Vitegan juga ada keluaran terbaru iaitu vitagen bersama collagen dimana sesuai untuk diriku yang semakin meningkat usia ini. Kalau x silap aku, ada item yang dalam vitagen nie diimport dari Paris ok. Apa benda ek, x hengatla pulak..hehehe. Almaklumla dah tua..hahaha


Lots of Love : Maisarah

Tuesday, January 22, 2013

Sedap sangat ke kari daging ku?

Oops, jarang suami aku puji masakan aku tapi minggu lepas aku masak kari daging dia memang suka sampaikan mintak aku masak lagi..hehe. Sedap sangatla tue maksudnya..hehe. So, nak kena masak kari daging sabtu nie supaya suami saya x mengidam lagi..huhu

Tuesday, January 15, 2013

Rojak enstek sedap

Setiap kali lalu kat area enstek nak ke seremban mesti nampak van rojak nie. Ramai orang pulak tue. Aku kalau orang ramai-ramai nie dalam hati mestila aku tahu yang rojak dia sedap... Jumaat tue masa g kedai makan aku terusla singgah membeli. Dia punya cucur punyala rangup sampaikan kalau dah letak kuah pun x hilang keranggupannya. Ada jugak jual cendol tapi apala kesengalan aku x g beli padahal aku dah terliur dah tengok... Cis, nak kena singgah nie nanti. 

Wednesday, January 2, 2013

Nasi lemak lembah paya

Kat sepang nie ada banyak kedai jual nasi lemak, tapi nak cari yang sedap tue susah sikit. Tp nasib baikla ada suami yang dah duduk lama kat sini, jadi dia tahu kedai mana yang sedap. Kalau korang datang sepang pergila makan kat kedai nasi lemak lembah paya. Memang sedap. Pastikan korang datang sebelum pukul 8 pagi sebab nasi lemak dia cepat habis. Kat kedai makcik nie ada dua jenis sambal, pilih sambal kering sebab SEDAP sangat!! hehe..



Saturday, December 29, 2012

Manisnya mcd oreo shake

Aku nie pantang sikit tengok iklan makanan. Kalau nampak jer mulala nak membeli, contohnya mcd oreo shake nie. Sekali minum rasa nak termuntah sebab manis gila-gila. Manis yang boleh buat korang pening kalau minum. SO, taubat dah nak minum. Sekali jer cukupla....

Tuesday, December 25, 2012

Aroma ikan bakar

Lepas habis jer kitaorang tengok rumah terus mama ajak g makan ikan bakar dekat Aroma Ikan Bakar yang terletak di Pantai jeram. Aroma ikan bakar nie sangat besar dan terletak kat tepi laut. Ada tiga jenis tempat duduk. Satu yang berhawa dingin, satu yang besar yang mana kita kongsi dengan orang lain dan satu lagi tempat duduk bersila macam pondok kecik. Yang pondok kecik nie kena bayar RM10, memangla kena bayar tapi privasi terjaga sikit. Aroma ikan bakar nie bukan setiap hari isnin hingga jumaat pukul 3pm smpi malam dan hari sabtu dan ahad pukul 12 tengahari sampai malam. 

Masuk jer korang akan nampak tempat pilih ikan, pilihan sangat banyak. Ada sotong, udang, ketam, kerang, kepah dan bermacam jenis ikan contohnya ikan kerapu, siakap, pari, merah dan ikan yang aku x tahu nama..hiks. Ikan memang fresh sebab kawasan pantai jeram nie banyak nelayan. Kat sini korang pilih ikan dan terus pilih nak bakar, kukus atau masak jenis apa. Bgtahu tempat duduk korang. Satu peraturan kat sini, kalau dah duduk x boleh dah tukar tempat duduk. 


Kitaorang pilih tempat duduk yang betul-betul mengadap laut. Masa kitaorang pergi nie tengah air surut dan panas. Ada kipas tapi masih lagi panas.

Aku order air kelapa sebab tengok banyak sangat kelapa, tapi sayang lupa mintak ais. Kalau sejuk lagi sedap.


Antara lauk yang kitaorang pilih adalah ketam masak sos kot. Sedap sangat kuahnya. Menjilat jari, ketamnya pun fresh.. Habis licin.

Selain ketam, kitaorang order udang jugak. Butter orawn yang sedap jugak. Selain lauk nie ada jugak kitaorang order pari bakar perapan sedap giler, sotong bakar sama jugak sedap, ikan siakap masak stim terbaik dari ladang dan sayur campur. Makan memang x hengat duniala. Nasik sikit tapi lauk banyak. 


Selepas makan... Sedap sangat ok. Lupa pulak nak bagitahu harga. Ada kisah sebenarnya bila nak bayar, kitaorang punya resit yang disimpan di cashier hilang so mama cakapla setiap lauk satu persatu dengan bagtahu iakan besar mana, sotong besar mana. Semua sekali orang tue kira RM120 sahaja termasuk air. Memang murah. Mama pun ada citer gak masa g makan dgn abah ambik ikan pari dengan sotong baru RM25 untuk dua orang. So kira murah sangatla tue. 


Kalau korang nak makan ikan bakar yang sedap dan murah aku cadangkan makan kat aroma ikan bakar Kuala selangor. Memang sedap dan berbaloi. Daripada korang makan kat sekinchan ikan bakar yang x sedap tue baikla korang makan kat sini. Lagi sedap.

Sunday, December 23, 2012

Penggila Cekolat

Korang nak tahu x kenapa aku beli coklat nie? Sebab kat kotak besi tue ada tertulis '10 calories per piece'. Gaya macam coklat tue x sedap  mengemukkan sebab 10 kalori tapi nana ado. Sedap ok coklat tue. Sedap gila. Aku sorang jer boleh habiskan dekat 20 ketul coklat kat dalam tue....



Saturday, December 22, 2012

Sedap makan nasi...


Jemput makan ek semua...hehehe. 

Wednesday, December 19, 2012

Kepak ayam kota warisan

Argh, tengok gambar nie terus terasa nak makan kepak ayam lagi. Beli tujuh ketul tapi makan 2 ketul jer sebab husband makan 5 ketul. Kepak ayam nie memang sangat-sangat sedap. Aku x tahula perapan apa pakcik nie pakai tapi rasa dia sampai ke tulang-tulang. Sangat sedap dan yang paling penting isi ayamnya sangat lembut. Kalau korang nak beli pakcik tue akan panaskan balik ayam untuk pastikan ayam korang panas. Kuah yang pakcik nie bagi pun sedap. Satu kepak ayam harganya RM1.50. Tongkeng ayam pulak harganya RM1.00 satu cucuk lidi. Kalau nak beli, korang boleh pergi dekat kedai mamak kawasan erl salak tinggi. Memang sedap dan berbaloi2. 





Tuesday, December 11, 2012

Sushi!!! Nyum

Makan sushi sorang-sorang. Nie jerla yang makan. Masuk makan pukul 2.00 pm, balik pukul 2.30pm. Nampak sangat x tahu nak buat apa makan sorang-sorang. Yela, kalau ada kawan best jugak borak-borak. Nie sorang - sorang nak buat apa? Tengok jerla convenyer tue berjalan.

Monday, December 10, 2012

Nasi arab damsyik

Aku x tahula bila orang suka makan nasi arab, tapi aku mula makan 2 tahun lepas. Yang itu pun parents aku kenalkan. Orang lain semua pernah makan 'saba dgn rawhsa tapi kalau korang tanya aku, kedai kat mana pun aku x tahu. Aku x berapa suka sangat makan nasi arab sebab xde kuah, kering + portion banyak. Tapi kalau makan kat Nasi Arab Damsyik nie lain sikit. 

Nasi Arab Damsyik nie terletak kat seremban. Bukan kedai tapi rumah lot tepi dijadikan restoran arab. Tempat jangan risau banyak, dalam rumah boleh, luar rumah pun boleh. Buka setiap hari kecuali hari selasa. Biasanya kalau aku dengan suami datang sini kami mesti makan nasi arab ayam + kambing satu set gabung. Tapi entah kenapa hari sabtu tue kami terorder satu set nasi arab ayam + satu set nasi arab kambing. Alamatnya, terlebihla portion untuk 2 orang makan. Dahla portionnya banyak...


Korang tengokla sendiri nasi arab kambing nie. Nampak x dagingnya? Jangan tertipu ingat ada satu ketul kecik jer, tapi ada TIGA!!! Ada satu macam ribs, pastue lagi dua daging yang besar. Tengokla nasinya besarkan. Kalau makan nasi arab biasanya diaorang akan bagi tairu dengan sambal. Sambal tue terbaik!!! X pedas sangat dan yang penting aku boleh makan...hehe


Yang nie pulak nasi arab ayam. Ayamnya sedap dan lembut. Memang sedapla.. Senang cerita. Tengok nie terus rasa lapar balik..Aish. 

Air pulak kami suami ister suka pesan air habbatus sauda.. Sedap.

Total yang perlu dibayar. Xdela mahal sangat kalau dibandingkan dengan portion yang diberi. Kalau korang teringin nak makan nasi arab bolehla cuba nasi arab damsyik nie. Berbaloi. 

Wednesday, December 5, 2012

Easy aglio olio

Bila terasa malas nak masak untuk makan malam sorang-sorang aku biasanya akan masak western food. Husband is not a big fan of western food jadi kalau nk makan kena masak time dia xde...hehe. Kalau nak yang senang biasanya aku akan masak Aglio olio yang memang simple. Masa rebus spagethi jer boleh buat kerja lain. Senang + cepat. 

Korang perlukan spagethi, aku lagi suka guna angel hair dari yang nie sbb angel hair lagi senang direbus dan nipis. Rebus spagethi dengan air garam dalam 15 - 20 minit atau sehingga lembut. Ambik  bawang putih + bawang merah. Bawang merah potong dadu, bawang putih cincang. Udang @ sotong, capsicum, cili kering dipotong herot, lada hitam + garam. Barang pun x banyakkan? sebab tuela senang...hiks. Masak lagila senang. 

Tmis bawang putih dgn merah sampai layu + wangi, pastue masukkan udang + capsicum dan kemudian masukkan spagethi + cili kering + lada hitam + garam. Dah siap... Boleh makan!!

Wednesday, November 28, 2012

Milo sejuk!! Sedap!!

Setiap kali aku buat milo sejuk mesti x sama macam milo dr van milo. Rasa sakit hati sangat. Buatla macam-macam cara sekalipun mesti x sama. Bila ramai orang tanya mcmmana nak milo sama macam van milo buat milo keluarkan produk baru iaitu milo sejuk!! Tapi x semua supermarket jual milo sejuk. Aku jumpa nie pun kat giant nilai. Beli sebab nak rasa betul ke sama macam milo sejuk van. First time buat hanya letak air sejuk, rasa macam dah sama cuma kurang.. Kali ke 3 buat ikut kata hati maka terjadila milo sejuk van yang aku idam-idamkan. SEDAP!!! Arghh... tengok nie nak buat lagi.



Benda yang wajib ada mestilah milo sejuk. Ada dua packaging, satu 6 sachet RM7++ kot, lagi satu 14 scahet kot. Aku ambik 6 sachet sbb baru nak try minum milo sejuk..

Selain milo, korang perlukan jugak susu segar. Apa jua susu segar. AKu suka minum Goodday.. Sebab rasa lemak berkrim.Tgk gmbr baru sedar tamat tempoh 26.11.2012..hehe. TP jangan risau aku dah minum sblm tarikh tamat tempoh.

Masukkan milo sejuk dalam gelas pastue korang tuang susu. Susu tue terpulangla nak letak banyak atau sikit. Macam aku, aku suka letak sikit jer susu sebab aku suka air milo pekat...

Milo sejuk buatan saya. Nmpk jer macam x semenggah tapi sedap ok. Sehari aku buat nie dua kali!!



Lots of Love : Maisarah

Tuesday, November 27, 2012

Sambal udang petai

Sejak dah rajin masak nie setiap kali cuti aku mesti masak. Rasa seronok pulak masak dan mencuba resipi baru. Minggu lepas aku cuba masak sambal udang petai. Sonang jer nak masak rupanya, cuma aku mengelat sikitla masa masak nie. Dalam resipi sepatutnya kena pakai cili kering, rebus pastue blender tapi sebab aku x suka bau cili kering direbus aku beli cili giling...hikhik. SO pandai-pandaila korang nak adjust kepedasan dan pekat sambal korang. Nak cari petai tue pun masalah jugak, nasib baik kat mydin ada jual. TP petai nie memang mahal ek? Satu papan dekat RM6. Ke memang itu harga petai?

Kalau nak masak sambal udang mestila ada udangnyakan? Aku beli 500 gm sebab nak makannya pun dua orang jer. Aku kalau udang biasanya buang kepala, bukan makan pun kepala baik buang.

Bawang dan petai. Petai tue yang best tue. Sedap ok makan. Kerangupan petai tapi bau selepas itu boleh tahan gak.

Air asam jawa dalam 1/2 cawan.

First sekali panaskan kuali dengan minyak 3 sudu pastue masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan helia yang telah diblend ke dalam kuali bersama dengan serai. Masak cili sehingga masak atau naik minyak. Lepas cili naik minyak masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih. Pastue korang masukkan udang, bawang dan petai serta garam dan masak sehingga naik minyak atau mendidih dengan api yang perlahan.

Makan pulak dengan ikan goreng dan sayur campur, memenag bertambahla suami aku makan..hehehe. 


Lots of Love : Maisarah

Monday, November 26, 2012

Lunch at Spaghetti Grill

Korang pernah makan tak kat Spaghetti Grill? X payahla makan kat situ.. x sedap langsung. Rabu last week kitaorang pensyarah bawakla student pergi makan kat situ masa "lunch hour". Adoi, lunch menu set mmgla murah tapi x sedap. Harga RM10.95 untuk main course termasuk air.



Menu yang ini adalah seafood pasta. Janganla makan yang nie wei. X sedap langsung. X tahula rasa tomato atau rasa apa. TP memang x sedap. Kalau dalam menu gambar sepatutnya dapat kepah tapi dibaginya lala... 


Yang nie spaghetti meatball. Yea, meatball nyer sebijik tue ek. Sebijik besar. Okla, walaupun macam kurang garam dan sos tomato. Aku rasa secret recipe punya lagi sedap.


3D combo RM21.95. Apa yang 3D nyer aku pun x tahu. Ada cheese goreng, ayam goreng, udang goreng, ikan goreng dan dibberikan tiga pilahan sos. Okla, tp lagi sedap kat chilis. Service kat sini ok, cepat, staff pun friendly cuma kualiti makanan jer kureng sikit. Mungkin sbb kitaorang ambik lunch set sebab tue portion mcm tue kot. 


Dengan sebahagian student yang diraikan... :)



Lots of Love :
Maisarah

Wednesday, November 21, 2012

Ayam Masak Lemak ciliapi

Sekarang nie setiap kali hari cuti jer aku rajin masak. Hari biasa aku memang x masak sebab balik rumah pun dah malam, sempat beli jer. Hari biasa jer aku masak sebab nak naikkan skill memasak, kalau x masak macamman nak pandai memasakkan? 

Hari tue aku masak ayam masak lemak cili api. Senang jer rupanya, blend cili, kunyit, halia, serai dengan air pastue masukkan dalam periuk bersama ayam, kentang dan daun kunyit. Tunggu sampai ayam dan kentang empuk baru masukkan santan dengan garam. Kacau selalu supaya santan x pecah. 



Ayam masak lemak dengan cili kicap satu kombinasi yang hebat...yummy.



Lauk lain untuk makan tengahari. Sotong berempah tue aku masak. Senang sangat..hehe. 

Wednesday, November 7, 2012

Daging oh daging

Daging yang banyak haruslah diagihkan betul x? ataupun dimasak dengan pelbagai cara. Rumah mak aku banyak betul daging, dan aku rasa mak aku setiap hari akan masak daging. Habislah kolestrol mak ayah aku naik makan banyak sangat daging. Disebabkan aku nie anak mithali kenala ambik sikit daging dibawa balik kerumah aku supaya biar aku yang sakit gemuk. Balik jer sepang terus masak makanan tapi ada sedikit sadis dimana aku x sedar yang beras hanya tinggal satu cupak sahaja untuk dimakan...hehehe. 

ikan tenggiri yang dikidnap dari rumah mak aku sebab rumah aku xde bahan mentah..hehe. Xkanla makan sup tulang ajer..

Sup tulang..cuba tengok lelemak yang ada.. Kat mana lelemak tue sekarang? Ada kat badan aku nie ha...hehehe.


Daging yang terlampau banyak dipeti ais rumah kajang. Gila banyak.. 


Kalau makan nasi xde sayur x sah untuk aku sebab aku gila makan sayur. Jadi kita buat sayur sawi goreng jer. X payahla nak bersayur campur sangat. Bosan...huhu

Jempu makan. Bismillah...