Showing posts with label Cerita hantu. Show all posts
Showing posts with label Cerita hantu. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Aik, mana rumah tadi?

Aku x tahula kenapa tv selalu sangat pasang cerita hantu kalau khamis malam jumaat.. Memang hantu kuar khamis malam jumaat jer ek? Hari lain x keluar? Minggu nie aku nak cerita pengalaman aku dengan makhluk nie lagi. Kita mulakan dengan pengalaman masa kecik ek.

Dua-dua kejadian nie berlaku kat rumah pakcik aku kat perak dengan pahang. Kita mulakan dengan kejadian di perak. Rumah uncle aku kat perak nie jenis rumah lama. Rumah utk DO yang lama, banglo papan yang lama... Masuk jer rumah tue xdela perasaan takut ke apa, aku cuma pelik satu benda jer kat rumah tue yang mana ada satu cermin kat dalam satu bilik pakcik aku tutup dengan cermin. Aku tanyala kenapa tutup, pakcik aku senyum jer. Pas jalan-jalan kat rumah tue sambil layan sepupu -sepupu lain borak aku teringin nak g toilet. Toilet nie terletak kat dalam rumah betul-betul kat area tv. Masa nie sepupu aku semua ada, termasukla ayah aku dan pakcik-pakcik aku. 


Pintu tandas tue lebih kurang macam niela, kena bukak dua-dua pintu kalau nak masuk tapi xdela pintu tue secantik pintu nie, buruk sikit. Masa aku masuk tandas aku ada satu sikap yang mana kalau aku takut aku takkan tutup pintu tue, tapi entah kenapa masa aku masuk terus aku tertutup pintu tue rapat. Jadi aku panik dan terus bukak pintu dan tengok semua orang xde dan tv tutup. Benda nie berlaku x sampai pun 10 saat. Aku terus tutup pintu tandas balik tapi x rapat dan buang air kecil. Disebabkan takut, aku buat semua tue x sampai 3 minit. Bukak jer pintu tandas aku nampak semua sepupu-sepupu aku ada kat situ tgh tengok tv dan aku tanyala diaorang g mana tadi, diaorng cakap ada jer kat sini tengok tv. 


Satu lagi kejadian adalah di pahang, nak g umah pakcik aku nie kena lalu hutan. Aku suka duduk tepi tingkap dan tengok pemandangan dan rumah-rumah kat situ. Aku ingat lagi bila lalu satu simpang ada sebuah rumah besar dengan budak-budak main kat rumah tue. Bila balik jer dari rumah pakcik aku, aku tengok rumah tue xde dan aku terus tanya mak ayah aku mana rumah tue. Diaorang terus senyap dan x bagi aku duduk tepi tingkap dah.

Thursday, November 29, 2012

Saper kat atas pokok tue abah?

Aku nie masa kecik ada satu keistimewaan yang orang lain xde dan xnak. Aku pun x tahu sejak bila aku ada keistimewaan ini. Keistimewaan apa? Aku boleh lihat "mahkluk yg lagi satu". Aku rasa semuanya bermula sejak satu peristiwa yang aku terlihat kunci emas besar selepas kilat. Bermula saja dari masa tue aku dah mula dapat keistimewaan. Keistimewaan yang bagi aku sungguh x menyeronokkan. Peristiwa pertama yang aku tahu dan ingat sampai sekarang masa aku duduk kat rumah arwah tok. Rumah kampung kan dua tingkat, tingkat bawah biasanya parking. Kitaorang satu family balik kampung masa tue sebab ada kematian di kampung. Mama dengan abah tinggalkan aku dekat rumah arwah tok. Maghrib tue aku duduk dekat tingkat atas rumah sambil tengok sungai kat depan rumah arwah. Sekali nampakla kereta abah masuk rumah atok, dari atas aku dah lambai-lambai kat abah sambil tengok jer kereta abah masuk kat parking. Sampai jer kat seat belakang, aku nampak ada benda bertoncet tengah duduk sambil senyum pandang aku. Masa tue aku macam budak-budak xde perasaan takut, terus jer lari kat abah siap tanya abah balik dengan saper? Kenapa ada orang toncet duduk kat belakang. Abah terus terdiam dan suruh aku mandi sebab nak pergi kenduri tahlil malam tue. Lupa pulak nak cakap yang meninggal tue sebenarnya seseorang yang rapat sangat-sangat dengan aku. Malam tue masa kenduri aku kerap dipanggil oleh seseorang untuk kejalanraya ikut pergi sesuatu tempat, tapi nasib baik sempat ditahan oleh sepupu-sepupu lain. 

Balik jer kajang, aku dah mula mengigau masa tido. Mama dengan abah dah mula risau tengok keadaan aku terus bawak aku balik kampung. Kat kampung, arwah atok dengan abah bawak aku jumpa bomoh. Jumpa bomoh pun kena 3 malam. Kat sana aku diminta mandi air bunga. Masa malam pertama mandi jer dah kena kacau. Malam tue ayah aku yang mandikan bunga sambil kakak aku teman. Mata aku niekan suka melilau sekali masa mandi tue aku terpandang satu pokok, aku nampakla ada "kakak" rambut panjang atas pokok. Aku pun tanyala kat abah aku, apa atas pokok tue sambil tunjuk. Abah dengan kakak aku tengok pastue terus abah aku suruh cepat pakai tuala masuk rumah. "Kakak" tue pun dah start mengilai... Hari seterusnya kakak aku dah xnak teman dah aku g rumah bomoh tue. Apa hasil dari g jumpa bomoh tue? Aku kena pakai macam gelang kat dua-dua belah tangan, gelang tue sama sekali x boleh dibukak. Sejak pakai gelang tue aku dah x boleh tengok makhluk2 istimewa lagi tapi aku boleh rasa sesuatu yang x sedap kalau tempat tue ada benda tue. Ada banyak lagi sebenarnya yang aku alami sebelum pakai gelang dan sesudah pakai gelang tapi nantila ek aku cerita. 



Lots of love ;
Maisarah

Thursday, November 15, 2012

Wah, dah mula tunjuk taring

Untuk3 bulan aku dah mula kena kerja hari ahad. Minggu lepas aku masuk kerja macam biasa, biasanya hari ahad ada staff lain sekali kat opis tapi malangnya hari ahad tue aku sorang. Bukak pintu opis dan lampu macam biasa pastue masuk bilik lecturer. Student pun masuk sekali. Letak-letak barang sekali orang MRCB datang tanya kat komputer mana yang x boleh pakai, blackout area mana. Aku dengar terus tergamam, pastue cakap kat orang MRCB tue "Encik, sy baru jer sampai, Sayala orang pertama yang bukak kolej dengan bukak lampu. Takde pun blackout dr td." 

Orang MRCB tue cakap mmg ada orang kol tadi. AKu terus keluar bilik lecturer tengok department lain xde orang pun. AKu tanyala kat dia saper yang kol. Dia cakap perempuan nama "AZLINA"!! Pastue dia siap tanya kat sini ada hantu ke? Korang rasa aku jawab apa? Sambil senyum aku jawab "ADA"!! Pas jer orang MRCB tue pergi aku dah mula takut dan mintak student teman aku g mana-mana...hahaha. 

Opis aku tue mmg banyak dah kes berlaku, siap ada opismate main kejar-kejar lagi. Ada yang kena kacau dinding kena ketuk kuat-kuat, ada yang dengar perempuan menangis dalam toilet.