Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Homemade strawberry jem

Husband selalu bawak balik strawberi dengan cherry balik rumah sampai aku dah naik muak nak makan yang mentah. Ada yang sampai busuk strawberi tue. Jadi aku bukak pakcik google cari cara nak buat jem strawberi... jumpala dekat blog Dapur Tanpa Sempadan. Senang sangat nak buat.

Resipi :
250 gm strawberi
1/2 cawan gula pasir (kalau manis sangat boleh kurangkan)
Garam secubit
3 biji limau kasturi (tapi aku pakai sebiji limau nipis sbbb limau xde stok)
1/2 camca teh tepung jagung (dibancuh dengan satu sudu air)

Cara nak buat :
Strawbei dibasuh dan dibuang putik atau daunnya. Potong kasar-kasar sebab bila kunyah tue dapat jugak rasa strawberinya lagi. Masak strawberi sehingga sedikit layu dan kemudian masukkan gula.

Bila dah masukkan gula biarkan gula cair bersama-sama dengan jus dari buah strawberi, korang kena pakai api kecil dan kacau sekali sekala. 


Pastue masukkan secubit garam dan kacau. Masak hingga mendidih dan kelihatan pekat dan kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan kacau rata dan masukkan juga limau nipis tadi. Masak sehingga jem pakat dan kelihatan jernih. 

Bila dah siap korang bolehla makan dengan cheesecake @ aiskrim macam aku buat kat bawah nie..hehe. Sedap ok. Nnt nak buat lagila..



Monday, January 7, 2013

Resipi senang

Oops, aku nie penggemar pemanis mulut. Kalau diberi pilihan memang akan buat pemanis mulut. Hari nie aku akan bg resipi nak buat jeli dan sos kastard..

Bahan-bahannya :
Jeli paket jenama nona.. aku ambik perasa strawberry.
1 sudu tepung kastard
1 tin susu cair

Nak buat jeli tue korang ikut jer cara-cara belakang kotak..hehe. Kalau sos kastard pulak masak tepung kastard dengan susu cair. Dah siap.

Wednesday, December 5, 2012

Easy aglio olio

Bila terasa malas nak masak untuk makan malam sorang-sorang aku biasanya akan masak western food. Husband is not a big fan of western food jadi kalau nk makan kena masak time dia xde...hehe. Kalau nak yang senang biasanya aku akan masak Aglio olio yang memang simple. Masa rebus spagethi jer boleh buat kerja lain. Senang + cepat. 

Korang perlukan spagethi, aku lagi suka guna angel hair dari yang nie sbb angel hair lagi senang direbus dan nipis. Rebus spagethi dengan air garam dalam 15 - 20 minit atau sehingga lembut. Ambik  bawang putih + bawang merah. Bawang merah potong dadu, bawang putih cincang. Udang @ sotong, capsicum, cili kering dipotong herot, lada hitam + garam. Barang pun x banyakkan? sebab tuela senang...hiks. Masak lagila senang. 

Tmis bawang putih dgn merah sampai layu + wangi, pastue masukkan udang + capsicum dan kemudian masukkan spagethi + cili kering + lada hitam + garam. Dah siap... Boleh makan!!

Tuesday, November 27, 2012

Sambal udang petai

Sejak dah rajin masak nie setiap kali cuti aku mesti masak. Rasa seronok pulak masak dan mencuba resipi baru. Minggu lepas aku cuba masak sambal udang petai. Sonang jer nak masak rupanya, cuma aku mengelat sikitla masa masak nie. Dalam resipi sepatutnya kena pakai cili kering, rebus pastue blender tapi sebab aku x suka bau cili kering direbus aku beli cili giling...hikhik. SO pandai-pandaila korang nak adjust kepedasan dan pekat sambal korang. Nak cari petai tue pun masalah jugak, nasib baik kat mydin ada jual. TP petai nie memang mahal ek? Satu papan dekat RM6. Ke memang itu harga petai?

Kalau nak masak sambal udang mestila ada udangnyakan? Aku beli 500 gm sebab nak makannya pun dua orang jer. Aku kalau udang biasanya buang kepala, bukan makan pun kepala baik buang.

Bawang dan petai. Petai tue yang best tue. Sedap ok makan. Kerangupan petai tapi bau selepas itu boleh tahan gak.

Air asam jawa dalam 1/2 cawan.

First sekali panaskan kuali dengan minyak 3 sudu pastue masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan helia yang telah diblend ke dalam kuali bersama dengan serai. Masak cili sehingga masak atau naik minyak. Lepas cili naik minyak masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih. Pastue korang masukkan udang, bawang dan petai serta garam dan masak sehingga naik minyak atau mendidih dengan api yang perlahan.

Makan pulak dengan ikan goreng dan sayur campur, memenag bertambahla suami aku makan..hehehe. 


Lots of Love : Maisarah

Friday, October 12, 2012

Udang Masak lemak Cili api

Orang baru kahwin macam aku nie kalau nak masak mesti tengok buku resipi...hehe. Kali nie aku masak Udang masak lemak cili api pun tengok resipi dari buku kak hanieliza.. Dan Memang jadi!! hubby suka, siap cakap aku beli kat kedai nie...Cit, penat i masak ok.

Bahan - bahannya :

15 biji cili api (aku kira betul-betul ok 15 biji...hehe)
Kunyit 2 inci (Yg nie xdela sampai aku ambik pembaris ukur 2 inci, gila apa. Agak-agak jerla...hehe)
Cili merah 2 biji
Serai 3 batang
Tomato (sepatutnya nenas tapi husband x bagi aku mkn nenas so kita letak tomato)
Udang 
Air 1 cawan
Santan (aku pakai santan kotak satu kotak kecik)







Cara Penyediaanya :


Korang blend cili api, cili merah, kunyit dengan air sekali sampaila lumat. Masukkan bahan yang dikisar bersama dengan udang, tomato dan juga serai yang telah pun dititik. Masak sampai mendidih. Jangan lupa letak garam untuk perasa.




Dah masak sampai mendidih baru korang letakkan santan dan masak balik sampai mendidih. Dah mendidih tutup pastue makan..hehe. Aku baru tahu nak masak masak lemak nie gila punya senang. Ingatkan susah...hehe


Lots of Love : Maisarah

Wednesday, October 10, 2012

Resipi ayam kicap cili api

Resipi nie aku belajar dari mak mentua aku, sebab husband suka sangat makan ayam kicap cili api. Mak mentua aku ajar xde sukatan, semuanya terpulang pada cara masing-masing. Nak pedas tambah cili, xnak pedas kurangkan cili...hehehe.

Bahan-bahan :
Ayam
Bawang putih (5 biji atau lebih)
Bawang besar (3 biji : aku suka letak banyak sebab nak rasa manis bawang)
Cili padi (nak pedas letakla 15 biji)
Serai (3 batang )
Kacang buncis
Tomato
Kicap
Sos tiram (1 sudu)
Halia

Penyediaan :

First sekali korang blend bawang putih, bawang besar, cili padi, serai dengan halia sekali. Blend sampai lumat tau.




Kemudian korang marinate ayam dengan kunyit, garam dengan sedikit tepung jagung. Tepung jagung tue untuk hilangkan hanyir dan juga bagi ayam tue ranggup masa masak.. Marinate tue x payah lama sangat dalam 10 minit pun cukup. 



 Goreng ayam sampai separuh masak. Aku tengok ayam goreng nie dah rasa lapar dah...


Potong kacang buncis ikut sukahati korang nak pendek ke panjang, aku suka potong kecik-kecik..hehe. 

Dah goreng ayam korang letak ayam tue ketepi dan tumis bahan-bahan yang telah diblend sehingga naik bau wangi.. Pastue letak kicap dengan sos tiram sikit dengan kacang buncis. Kalau korang rasa nak ada kuah letakla air sikit. Aku biasanya letak air dalam 3 sudu besar. X banyak. 



Tengok kacang buncis dah separuh masak baru letak ayam tadi, kacau supaya ayam tue sebati dengan kicap dan masak. Kalau rasa nak lebih masin letakla garam, aku biasa x letak garam sebab kicap dgn sos tiram tue pun dah cukup masin... :)

Lots of Love : Maisarah