Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

My Wedding Picture : Kajang

Akhirnya, masa yang dinanti-nanti telah pun tiba. Dah dapat gambar kahwin!!! X lama pun aku tunggu gambar kahwin nie. Dan memang berbaloi-baloi. Dapat Dua storybook, 1 album dengan 200 keping gambar, 3 CD dan satu gambar besarrrrrrrrr sebesar aircond...huhu Yeah!! Aku tergelak-gelak tengok gambar kahwin, malu pun ada gak..hehe. Sebenarnya penat gak nak tangkap gambar kahwin nie. Dengan baju yang berat ditambah pulak dengan makeup yang tebal...Penat wooo... 













Gambar yang selebihnya ada di facebook, mls nak upload di sini.. Jurugambar rasmi adalah KameraKapok

Lots of Love : Maisarah

Thursday, November 24, 2011

Wedding Pictures

Persembahkan sedikit gambar perkahwinan aku. 
Tarikh nikah : 22 Oktober 2011 
Tarikh Sanding : 23 Oktober 2011
Majlis Bertandang : 30 Oktober 2011

Ada banyak kisah suka dan duka waktu majlis aku berlangsung. Tapi yang paling aku x boleh lupa adalah pakcik aku meninggal sehari sebelum majlis bertandang. X tergambar perasaan bila x dapat ziarahi jenazah. Tp aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat jumpa arwah pakcik aku 2 hari lepas habis majlis aku hari tue. 

Alhamdulillah masa majlis berlangsung langit cerah. Ramai orang datang majlis aku, dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada yang sudi datang. Aku x sangka pulak sebanarnya kawen nie penat. Habis jer majlis terus semua "pitam" ..hehe. Gambar-gambar kat bawah nie adalah serba sikit dari majlis kahwin aku hari tue. Nnt bila dah dpt dr official photographer aku tayang lagi kat sini ek..hehe.


Gambar masa majlis nikah. Thank u acu tangkapkan gambar nie. Suka sangat-sangat.  Bunga tangan aku tue, aku buat sendiri. Inai di jari pun sendiri...huhu. Semua D.I.Y

Thanks to PB badan aku ada curve yang sangat menawan masa majlis kawen... Suka tengok gambar aku dgn kerawang S & M..huhu. 

Aku memang sangat-sangat bersyukur dan gembira bila pakai pb masa kawen hari tue. Ramai orng puji ok ada curve yang cantik. Xkanla kawen pakai baju pengantin xde curve... Orang akan puji cantik kat depan, tapi kat belakang mesti orang kutuk pengantin pakai baju ketat xde curve. Nak ke macam tue? huhu. Renung-renungkan dan selamat berfikir..hehe. 
Gambar di ambil di Putrajaya. Masa nie panas sangat2.  

Di Teratak Zaba



P/s : Kalau nak tahu lebih lanjut pasal PB email me at : sarahyusof_84@yahoo.com.

Lots of Love : Maisarah

Monday, November 14, 2011

One Week Before

Lama betul x update blog. Last Update 4 Oktober 2011. Sekarang dah 13 November.. Busy sangat2 dengan wedding preparation + bulan madu...huhu. Nie tengah berusaha nak update bertubi-tubi. Sabaq na..hehe. One week before wedding x payah cakapla, Memang tension habis. Dengan rumah baru jer siap direnovate, perabot baru masuk, goodie bag x siap lagi. Tapi yang paling best adalah kena allergic!! Damn!! Aku nk kawen wei.. Time2 macam niela nk kena allergic. Panik gila, terus g jumpa doktor dan doktor bagi ubat. Nasib baik lusa terus elok.

Makcik & pakcik, sepupu, jiran2 & kawan2 datang untuk tolong kami buat goodie bag, kemas rumah dan macam-macam lagi. First time rasa terharu..hehe. Eh, nak tahu x walaupun aku nie pengantin dua hari sebelum aku sempat lagi angkat meja dengan sofa..hehe. 


Allergic kat tangan. X tahula sebab apa kena allergic.. Doktor cakap mungkin sebab allergic dgn makanan. 
Ubat-ubatan yang diberikan. Kena telan. Ubat sapu pun ada
Bila rasa stress one week before tue aku trs lepak starbuck sorang2. Rasa tenang sikit
Pintu rumah yang baru
Lantai pun baru.
Lots of Love : Maisarah

Tuesday, October 4, 2011

My Bachelorette Party!!


Date : 1 October 2011
Location : Subang
Theme : Purple & Safari'

Hari sabtu bersamaan dengan 1 Oktober 2011, Kerawang anjurkan "Bachelorette Party" for me & baby shower for munira!! Setiap kali ahli kerawang nak kahwin @ bersalin kami akan berkerjasama menganjurkan dan meraikan ahli-ahli kerawang. Kali nie giliran aku pulak diraikan. Kalau ikutkan kata hati aku nak tolong kerawang tapi diaorang x bagi..huhu. 

Kalau awal tahun nie tema party adalah "pink" & "blue", untuk kali ini temanya adalah "purple" & safari!! Semua orang wajib ada kaler purple dan ada animal print kat badan. Malangnya aku x mengikut tema..hehe. Aku hanya pakai kaler purple.. Dah x tahu nak cari kat mana baju animal print. Takut salah beli kang jadi macam ahjumma pulak. 

Special thanks goes to the organizer : Kida, naba, farihah, sheera, kimnana & jaja. Dan x lupa juga pada kawan-kawan yang datang : intan, fiecca, farha, dewi & fauzan. Eh, terlupa pulak pada kerawang junior yg comel : Daries & ayra!! 



Tema : Safari!!!

Geng-geng kerawang S!! S bermaksud Seoul!! hehehe.. S adalah maksudnya, hanya kami geng kerawang sahaja yang tahu maksudnya.
Dengan my two petite chinggu!! Aku suka ekor ko kim nana!!
Diaorang memang sengaja letak candy banyak-banyak sebab nak bagi kitaorang semua hyper active...

Semua makanan dimasak oleh Kerawang O!! Sangat sedap ok.. Mihun dan salad tue dibuat oleh  my lovely Farihah . Sangat-sangat sedap. Kena mintak resipi supaya boleh masak untuk Mr. F..hehe 
With my BFF!! Thank u sayangku for organizing the party. AKu akan sentiasa ingat janji aku kat ko!! Hidup choi kyuhun!! hehe
With my lovely friend & leader.. Hidup abg kim!!
Kad nie akan aku simpan untuk aku tunjuk kat anak cucu betapa pentingnya mencari kawan yang sentiasa ada diwaktu senang dan susah. Kerawang adalah contoh yang paling sesuai. Kami semua akan sentiasa ada untuk satu sama lain dan menyedarkan diri antara satu sama lain... 

Sangat Cute!! Dan sangat Comei!!!

Kepenatan!!

I heart them so much!!

Kimnana!! Kami ada kisah romeo dan juliet!! hehe... 


Tiaraku!! Kalah miss Angola punya tau!! hehe


Lots of Love : Maisarah

Monday, September 26, 2011

Renovation is in progress

Sekarang nie rumah dah macam tongkang pecah.. Bersepah + berhabuk. Hari khamis balik-balik jer rumah terkejut tengok keadaan ruang tamu yang telah hilang tiles + perabot. Boleh x aku tenganga jap. Nak jalan naik ke tingkat atas kena pakai selipar. Dan yang paling x bestnya adalah x boleh tengok TV!! Aku suka tengok Tv!!

Macammana nak jalan kaki ayam kalau dah jadi macam nie? Nak makan pun kena makan dalam bilik stor..isk2

Si Kecik yang suka bila ruang tamu jadi macam nie, mengorek pasir jer kerjanya. Tp nasib baik kecik x membuang dalam rumah kalau x mesti kena sunat dengan mama..hehe
Lots of Love : Maisarah

Sunday, September 18, 2011

Musim mengemas rumah dan bilik

Bermula dari minggu lepas lagi parents aku dah start cat rumah dan kemas rumah. Ada lagi 4 minggu 5 hari, banyak lagi benda nak kena buat. Mama dengan abah cat rumah warna peach. Mungkin nak masuk sikit dengan tema, xkan nak cat rumah dengan kaler PINK... X sesuai ok.
 
Rumah dalam proses cat
Rumah tengah dicat dengan warna peach.

 Hari nie pulak aku dengan adik aku kena start kosongkan almari-almari yang penuh dengan harta benda kami sejak sekolah rendah. Almari komik x payah cakapla, x tahu nak letak kat mana. Masa nak kemas nie terbersin-bersin aku mengemas sebab banyak sangat habuk. Waktu kemas niela terjumpa majalah2 sejak tahun 2001 dan buku kenangan aku kat sekolah. Nostalgia sungguh..huhu. Nie baru sikit jer. Next week nak kuarkan almari dgn katil, sebelum tue sesi mengecat bilik.

Proses mengemas tengah dijalankan
Banyak betul barang sebenarnya. Yang nak dibuang kena filter dulu.

Almari yang penuh dengan barang-barang dari sekolah menengah.
Almari komik + novel dah kosong. Almari akan dibuang.
Dah x tahu nak letak kat mana dah barang hantaran, letak atas meja tulis adik buat sementara waktu. 2 almari kat belakang tue akan dibuang.
Adik aku yang sedang membaca komik. Orang suruh kemas baca komik jer lebih. Geram pun ada gak. Barang dia yang banyak sebenarnya,


Lots of Love : Maisarah

Saturday, September 17, 2011

Rasa macam nak menangis pun ada

 Lagi 1 bulan 5 hari jer lagi nak nikah. Masa cepat betul berlalu. Aku dah jadi gila stress tahap gaban dah nie. Ada banyak benda yang aku nak luahkan tapi x terluah. Susah betul nak jaga hati 3 pihak. Kalau jaga hati 3 pihak habis tue hati aku nie saper nk jaga? Persiapan nak cakap dah siap x jugak.. Macam x siap2 jer. Yang paling penting borang nikah pun x hantar lagi. Bila nak hntr pun x tau. Betulla orng cakap dugaan nak kawen nie mmg maha hebat. Kalau x kuat iman boleh merana.. Ya ALLAH, kuatkanla iman dan taqwaku dalam menghadapi semua dugaan dan aku memohon agar permudahkanlah proses majlis perkahwinananku. -Amin-

P./s : Esok aku update blog kisah seminggu ek..huhu.

Lots of Love : Maisarah

Tuesday, September 6, 2011

Kad Kahwin Dah Siap!!


Kad Kahwin dah siap juga akhirnya. Aku dapat kad kahwin nie 3 hari sebelum raya. Mama dengan abah nak kad kahwin siap awal sebab nak bagi kat tetamu masa raya. Sejujur-jujurnya aku kurang berpuas hati dengan kad kahwin aku sebab simple sangat.. Ingat adala kerawang2 rupanya simple jer.. Aish. Tapi yang paling aku x puas hati adalah bila aku buka kad aku tengok peta dengan jemputan salah muka surat. Sepatutnya peta untuk kerumah aku mestilah dicetak bersebelahan dengan jemputan aku, nie terbalik!! Geram gak kat situ, tapi sebab mama dengan abah nak cepat terpaksa jugakla ambik jer.

Dari segi custoner service memang servis kedai nie memang cepat. E-mail hari nie, esok dah dapat tengok artwork cuma masa nak ambik kad nie aku susah sikit nak cari kedainya sebab kedai xde banner! Letakla banner depan kedai tue..


Kad berwarna pink dan hot stamping berwarna silver. Memang pilih warna pink sebab nak samakan dengan tema majlis.


Sampul pun border warna pink.


Lots of Love : Maisarah

Thursday, August 25, 2011

Senang ke nak kurus?

Sticky Post until 25/8. New updates scroll bawah..:)

"Senang ke nak kuruskan badan?" Itu adalah soalan pertama yang setiap orang akan tanya pada orang yang pernah berisi dan kemudian kurus. "X pun orang akan tanya macammana nak kuruskan badan?" Waktu zaman sekolah dulu saya xde masalah langsung dengan berat badan, senang citer makan jerla banyak mana sekalipun makan apa sekalipun akan tetap kurus. Merupakan seorang pelari 400 meter & 4*400 meter berat badan sentiasa maintain. Metabolisma pun tinggi. Berat badan dulu paling berat pun 39 kg!! Pernah sekali berat badan turun mendadak waktu tingkatan 5 sebab sakit, turun sampai 6 kg!!

Nama gelaran waktu sekolah orang panggil Airport @ papan. Sebab apa airport @ papan? Sebab leper jer...hehehe. Kadang2 diaorang panggil popeye sebab badan kecik tapi makan banyak. Pernah sekali masuk hospital dan doktor bising sebab terlampau kurus sampai nampak tulang. Itu waktu sekolah. Nak beli baju waktu zaman sekolah dulu saiz s @ xs. Seluar jeans pun pakai size budak2..

Masuk jer matrikulasi MARA, berat badan dah mula naik sikit demi sikit. Disebabkan duduk jauh dari ibu dan bapa (Mom & Dad di Selangor and i di kedah) dan makanan disediakan sebanyak 6 kali sehari berat badan naik macam kena pam. Waktu nie berat badan dah naik hingga ke 45 kg. Waktu kat matrik niela perubahan hormon sudah bermula, jerawat naik mendadak-dadak.

Habis jer matrik sambung pulak buat degree di UUM, Kedah. Makanan di Kedah sangat-sangat murah, jadi nafsu makan waktu nie memuncak-muncak. (Nasi lauk ayam + sayur + telur = RM3.50 berserta air) Makan x hengat dunia sampai berat badan naik ke angka 50kg++. Tapi nasib baikla waktu nie lemak x muncul lagi kecuali dibahagian belakang. Masa kat UUM nie i dah perasan yang my period circulation x betul. Tapi buat bodoh jer sebab ingatkan tension. Masa kat uni selagi kawan-kawan ajak makan gla makan, pas makan tido. Manala berat x naik.


Nie gambar waktu kat uum, semester 6. Kuruskan? Gambar-gambar kat blog nie x diedit langsung ek. Mmg gambar ori.


Selama 4 tahun berlajar di UUM, bermulala kehidupan sebagai pekerja. Bila dapat duit kita akan sentiasa pastikan diri makan. Makan nasi lemak tiap-tiap pagi adalah perkara biasa, sarapankan penting...hehe. Makan tengahhari mesti makan nasi, sebab apa? "Pagi tadi dah banyak guna tenaga sebab tue kena makan @ sebab dah buang air besar pagi tadi, semua isi dah kuar." Waktu malam pulak balik rumah mama dah sediakan makanan, mestilah makan kalau x membazir. Itulah antara alasan yang saya selalu pakai kalau nak makan. Lama kelamaan, sedar x sedar berat badan dah bertambah, baju makin lama makin x muat. Seluar makin lama makin ketat, kain makin lama makin susah nak zip. Dan menambahkan kedukaan di hati bila timbang berat badan jadi 61.5kg!!!!!!! Terlebih berat tue.

X pernah terdetik dalam hati akan jadi seberat macam tue, tapi bila tengok diri kat cermin dan lihat keadaan kaki yang penuh dengan selulit hati jadi sakit dan pilu. Tengok gambar waktu zaman sekolah dulu lagila menusuk jiwa.


Nampak x perubahan yang sangat-sangat ketara dari zaman UUM ke zaman kerja? Perut x ubah macam perut perempuan mengandung 4 bulan. Waktu nie orang cakap gemuk i still buat bodoh dan x terima kenyataan. Tapi bila lama kelamaan orang asyik bagi duduk waktu naik komuter sebab nampak macam perempuan mengandung jadi fed-up!! Dulu beli baju size s sekarang dah kena ambik size L!! Jeans dulu beli size 26 @ 27, sekarang size 31!! Diulangi 31!!


Kemuncak i nak kuruskan badan adalah bila Mr. F bising yang berat badan i dah naik. Dia siap cakap dulu waktu kat uum xdela gemuk macam nie. Dia nak tengok i dalam bentuk badan waktu uni... I tekad untuk kuruskan berat badan. Diet sehabis yang mungkin turunla dalam beberapa kg, tapi sampai bila boleh diet? Tengok makanan xkan xnak makan.. Rugi. I paling x suka bila kena diet. Makan itu x boleh makan ini x boleh. Rimasla. Pakaila losyen pemanas lemak katanya... Mula2 ok tapi lama2 lambat pulak nak tunggu sampai lemak nie cair.

Pusat pelangsingan badan? Bila difikir-fikirkan xke membazir pergi tretament seminggu sekali dan habiskan beribu2? Kalau x kurus jugak dimintanya kita tambahkan wang untuk pastikan kita kurus. Bila dah kurus macammana nak maintain body tue? Xkan xnak makan? Gemuk balik kena g balik pusat pelangsingan bayar balik untuk jadikan diri kurus.


Nak kurus? I ada caranya. E-mail me at:





This is my new picture. Kuruskan? Ada shape x? Nampak x perbezaan? Nak tahu berat badan sekarang? 54 kg!! Nak turunkan sehingga ke 50 kg!!