Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Cuti - cuti KL!!

13/11/2012 hari jadi husband sama juga dengam hari deepavali. Memandangkan cuti dan family husband ada kat  sepang kami semua buat keputusaan bercuti di KL. Yup KL, plan asal hanya g berjalan sahaja x tido sana tapi macam x best jer kalau jalan-jalan sekejap pas tue terus balik. Terus booked hotel federal sebalah low yat. Okla hotel federal untuk harga RM230 untuk bilik superior tanpa breakfast. Bilik pun xdela besar mana cuma tandas hotel sangat best. Aku kalau g hotel tengok tandas dulu. Sampai jer terus g makan dekat Rasa Utara Times Square. Lepas makan terus jalan-jalan area Bukit Bintang, dalam pukul 10 kitaorang hantar PIL balik hotel dan kami sambung perjalanan ke Pavilion. Pergi pavilion dari hotel federal jalan kaki jer, bukan jauh manapun tapi yang paling penting dapat menikmati malam bukit bintang. ORang x payah cakapla memang ramai, pusat urut pun ramai. Pelacur dengan pondan pun ramai. AKu macam rasa tengah jalan dalam cerita KL Gengster plk masa tue.

Sejujurnya ini kali pertama aku ke Pavilion. Terkejut gak g Pavilion malam-malam masih lagi ramai orang lepak kat Restaurant. Tapi yang paling aku terkejut tengok ramai betul orang melayu yang minum arak secara terbuka. Diaorang nie x takut dengan azab api neraka? Dahla busuk bau arak tue, macammanala diaorang boleh minum arak yang diumpamakan air kencing setan tue.. Ish2. Kitaorang jalan-jalan pastue lepak kejap kat starbucks. Ramai gak kat starbucks. 

Suasana Pavilion waktu malam. Ramai ok orang walaupun dah pukul 11 malam. 

Kat Starbucks nampak menu baru Fettuccine pasta salad. Nnt nak belila boleh try manala tahu sedap. 


Besoknya dalam pukul 8 kami dah gerak pergi cari breakfast memandangkan hotel x provide breakfast. Gla makan kat coffea club Bukit Bintang. Tengok harga sikit punyala mahalll... Terkedu gak. Nak kata sedap okla, kat situ kalau ambik yang jenis american atau english style baru ok. 

Aku ambik menu nie : Pancake apa tah. RM13.90 berserta english tea. Aku suka sebab pancakenya nipis dan maple syrup x manis sangat. Lawan pulak dengan strawberry. Lagila sedap... 

Lepas habis breakfast sambung jalan lagi g Pavilion. Nak shopping kat sana tapi xde nafsu. Duit bukan xde tapi masa nie aku period. Memang kena PMS yang agak teruk, nafsu shopping terus jatuh. Padahal ada hati nak masuk MNG cari jeans tapi xde mood. Masa aku tengah tunggu PIL shopping mengcangkung kejap sebab sakit perut sangat-sangat, terus kena marah dengan pak guard. Aish, aku tahula Pavilion tue shopping mall mahal, nak sangat jaga standard tapi sediala banyak sikit tempat duduk. 




Us at Federal Hotel


Lots of Love:
Maisarah Mohd Yusof

Tuesday, October 9, 2012

Genting here we come!!!

Dah lama x bercuti, jadi last week aku dgn husband g bercuti walaupun hanya ke Genting. Kami bercuti waktu weekdays. Kami pilih weekdays sebab x ramai orang lagipun bilik murah waktu weekdays. Niela first time aku tido kat Genting. G Genting naik kereta, Seriau aku naik atas tue dengan berkabus dan jalan bersimpang siur... Sampai kat atas sana rasa sesak nafas + telinga berdengung. Mungkin sebab perubahan suhu...huhu. Kami tido kat Hotel First World Genting... Senang sikit sebab dalam theme park. 



Masa nie aku tengah tunggu husband checkin hotel. Part check in nie biasanya husband ambik alih sebab dia yang banyak buat booking, kerja aku hanya kemas dan jaga beg..hehehe. Ooo, sampai jer kat hotel ramai gila orang, hari bekerja pun ramai orang. Hotel First world nie dalam dia terletak casino genting sebab tuela ramai orang dan kebanyakan yang datang adalah orang cina. 



Nak checkin kena ambik nombor ek, bukan main beratur jer. Takut orang penat beratur diaorang sediakan juga tempat duduk yang macam kat bank. Dah checkin trs g bilik kitaorang kat tingkat 13!!! YEa tingkat 13, Hotel First world nie ada 24 tingkat dan kalau x silap aku ada 6,000++ bilik. 


Sampai jer bilik aku ingatla dapat bilik view taman tema tapi rupanya dapat view bilik lain...hahahaha. Cit, x boleh aku feeling tengok keindahan genting, kenala tutup sentiasa langsir tue. Susah betulla...hahahaha. Malam tue aku dengan husband jalan2 kat luar, gila sejuk ok. Husband aku pakai 3 lapis baju,l aku pun sama. Tapi still lagi sejuk. X tahan wooo....





Korang tengok jerla kabus malam tue... Memang sejuk gila.ooo, malam tue aku just makan kat KFC nak cari tempat lain memang x sempat nk pusing. Balik bilik terus tido. Esok pagi bangun terus g makan breakfast tapi disebabkan bilik kami x dpt breakfast kenala bayar RM30 seorang untuk breakfast buffet. Sejujur-jujurnya aku x suka betul buffet hotel first world nie, sebab pilihan makanan x best pastue tempat buffet x terjaga dan tempat tue dah macam pasar malam. Bising, busuk dan kotor. X berbaloi langsung. 



Habis jer makan terus g main outdoor game, tapi kali nie x main semua game. Mungkin sebab dah tua dan banyak game tengah direnovate. Yg aku nak naik sangat2 solero shot ditutup sebab ada masalah teknikal. Game lain pun banyak yang tengah direnovate. 




Aku naik rollercoaster nie ok!! Memang seriau giler, lagi-lagi part terbalik tue. Rasa nak muntah pun ada. Pas naik nie semua game rollercoaster yang lain aku x naik dah....hahahaha. Ada jugak aku g snow wrold yang sejuk gila tue, okla ada pengalaman masuk tempat sejuk. Xdela best sangat..hahaha. Percutian kali nie walaupun singkat dan dekat tapi bagi aku sangat best. Next percutian kami nak g pulau pulak..hehe.






Lots of Love : Maisarah