Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Monday, October 15, 2012

Pot Luck & Cup cake decoration contest

Gila lama gambar nie dalam draft baru hari nie aku nak update. Dah lupa dah bila jadi event nie. Dulu masa aku pegang jawatan pengerusi kelab staff aku kena anjurkan event tiap2 bulan dan salah satu eventnya ialah pot luck dan cup cake decoration contest. Sekarang dah x pegang jawatan tue dah sbb x capai kpi...hahahha. Makanan x payah tanyala memang terlampau banyak. Terlebih pun ada...hehe. 


Makanan yang tersedia, ada aiskrim, kek batik, cheese kek @ carrot cake, mee goreng dan bihun goreng dan banyak lagila makanan. Nasib baik maknan xde yang terlebih xde yang terkurang. Cuma masa nia aku rasa aku jadi hyperactive sebab banyak sangat makan makanan bergula...huhu. Korang bg aku pilihan antara main course dgn dessert mestilah aku pilih dessert...hakhak. 

Kat bawah nie semua gambar makanan...hehe.






Yang nie pinggan yang aku makan. Sedap menjilat sudu tue kuewteow dgn bihun tue. Pedas dan marveles..hehe.

Pas habis makan bermulala cake decoration contest. Ada lima kumpulan dan setiap kumpulan diberi cupcake dan icing tuk decoration. Diaorang kena hias cupcake mengikut tema masing-masing dan masa yang diberikan adalah 10 minit. TP 10 minit tue kecoh giler... Siap ada yang letik twisties lagi kat cupcake untuk hiasan...hehe. 









Lots of Love : Maisarah

Thursday, January 5, 2012

Kerawang Annual Gathering

Tahun 2010 gathering kerawang diadakan di PD untuk, tahun 2011 di Full house Jalan Yap Kwan Seng dan tahun nie di Shogun. Mont Kiara. Setiap tahun tarikh yang sama iaitu 1 Januari. Tetapi yang berubah hanyalah bilangan geng kerawang yang datang. Memandangkan tarikh 1 januari jatuh pada hari ahad dan isnin cuti ramai ahli kerawang yang mengambil peluang bercuti dan balik ke kampung. Jadi daripada 14 orang jadila 4 orang...hehe. Tahun nie sambut di shogun, Mont Kiara dan kurang meriah sebab kerawang x cukup korum kot.. Kalau x mesti tempat tue boleh jadi gamat dengan suara kami ajer..hehe. 



Interior design kat shogun nie okla not bad. Cozy tapi panas mungkin sebab tempat yang kami duduk tue dekat dengan dapurnya. Luas sebab kena tawaf banyak tempat tuk ambik makanan. Tapi yang aku paling x suka kat tempat nie adalah pilihan lagunya. Mak aii, boleh tertido ko sambil makan. Gila lagu mendayu-dayu pasang, orang makan pun jadi lambat sebab ikut rentak lagu. BOSAN kot. Pasang pulak kuat gila, lagila bosan. 
Lampu yang digantung. Cantikkan.. i like. 
Kalau akula kena susun macam tue tah berapa kali buat baru boleh berdiri dengan betul. Xpun terjatuh banyak kali. Eh, nie tempat dimsum tapi disebabkan dah kenyang x makan pun. Terus rasa rugi..Aish.

Yang nie pulak booth tempura @ makanan goreng2. 

Jom kita tengok gambar makanan pulak...hehe. Ada banyak booth makanan. Ada section sushi, makanan goreng, western, dimsum, dessert, ais kacang dan banyak lagila. X semua makanan aku ambik sebab dah kenyang kot. Tempat2 macam nie janganla ambik nasi. Rugi ok. Kena ambik portion sikit-sikit so boleh rasa semua tapi nie pun x rasa semua. Aku banyak ambik dessert sebab biskutnya sangat sedap!!!!!!!!! Panas-panas lagi. Yummy!!!

Pinggan pertama : Salad sotong, salad lobster, ikan dory, udang tempura, garlic bread dan kepah. Sedap woo kepah dgn salad lobster. 

Nie pinggan naba : kepah, ikan masak apa tah dengan telur.

Red bean mochi


Miso soup. Sheera punya. Aku x makan miso sup sebab rasa pelik sangat kot. 




Oreo and chocolate cake. kenyang kot. Sampai x hbs makan. Dessert kat sini sedap. Argh..terbayang-bayang biskut yang sedap tue. 


Green tea untuk mencuci perut yang kanyang...hahaha.


Dan yang akhir sekali mestilah gambar geng kerawang yang x cukup korum itu...hehe. Xper, nnt kita buat makan-makan lagi..hehe. 


Lots of Love : Maisarah

Monday, January 2, 2012

Annual Dinner


Oops, lama gila x update blog padahal semua gambar dah ada dalam draft..hehe. Tengah ada sindrom M.A.L.A.S. Sekarang nie dah masuk tahun baru and my last update was on 19th December..huhu. Oh, mari kita menulis mengenai annual dinner yang berlangsung pada 17 December yang lalu..hehe.  Pagi sabtu tue ada staff excellence awards kat shah alam and semua staff kena ada kat sana. Dan haruslah aku x menang apa-apa award..hehe. Nk buat macammana prestasi x bagus...haha. Xper, tahun nie kita dapatkan award ek..hehe. 

Majlis bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengah hari. Habis jer majlis aku terus bergegas ambik husband kat rumah sebab malam tue ada annual dinner kat Shah Alam. Penat makcik drive kereta. 



Lepas Maghrib terus bergegas ke Shah Alam Convention Center untuk Annual Dinner. Tema tahun nie warna putih dan disebabkan aku tengah on bajet, pakai jerla baju nikah hari tue...hehe. Senang citer tahun nie semuanya recycle balik. Masuk jer dewan terkejut tengok sebab cantik sangat. Almaklumla tahun nie tema serenity garden so banyak betul bunga. Tema makanan pulak setiap tahun chinese food. I am not a big fan of chinese food tapi sebab lapar telan jerla.. Tp makanan tahun nie x sedap kalau dibandingkan dengan Royal chulan punya chinese food. Sedap. 



Dihidangkan dengan air oren. ingat ada chinese tea. Rupanya xde. Mana lengkap chinese cuisine kalau xde chinese tea. 



Me with my chinggu

Aku asyikla menelan cili nie sebab nak buangkan rasa muak dan mual . Nsb baik x pedas sangat dan sedap cili jeruk nie kalau x termakan aku makanan malam tue. 

Salah satu main dish malam tue dan ayam nie sangat sedap cuma sejuk jer. Dicicah pulak dengan sos cili yang disediakan lagila memikat hati. Cuma aku x paham dengan konsep garam yang disediakan. ayam tue dah cukup rasa pun nak kena letak garam lagi ke?

Hasil terjahan. Disebabkan aku x suka makan yang ada isi so ambik yang  bertulang dan daging yang lembut..hehe. 
Ikan siakap masak sos kot namanya..Yang nie pun sedap. Bertambah-tambah gakla makan. Aku x suka makan chinese food sebab nasi serve paling last. Lauk pulak awal-awal. Apsal macam tue? Orang mestila nak makan nasi dengan lauk.  Dah hbs makan lauk saper lagi nak makan nasi, mestilah dah kenyang.. Aish. 

Nasib baikla ada abang Tam dengan Kak ziana melembutkan hati kami dengan lagu-lagu dendangan mereka. Cuma kumpulan spider nie pakaian santai sangat macam nak buat konsert jom heboh. Pakaila eleok sikit abang oi.. niekan formal annual dinner. Malam tue ada cabutan bertuah dan seperti biasa aku kurang bertuah so x naik pentas ambik hadiah..huhu





Lots of Love : Maisarah