Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Ibadah korban

Assalamualaikum.... 
Oops, sibuk sikit sbb tue lama x update.
Mari kita bercerita pasal raya aidiladha bulan 10 hari tue. Aku raya kat kajang... Yup, kajang. Balik sehari sebelum raya dan suami balik petang raya. suami balik sorang sebab dia kena kerja. Aku pulak duduk jer kat kajang smpi ahad..hehe. Suami xnak isteri kebosanan. 

Tahun nie ibadah korban ada 6 ekor lembu yang ditumbangkan. Tahun lepas sembilan ekor. Raya hari jumaat tapi ibadah korban dilakukan pada hari sabtu. Aku kalau nk tengok ibadah korban x payah g surau sebab tengok jer dari balcony. Tapi biasanya aku jarang tengok sebab aku takut kesian kalau kesian mesti x boleh makan lembu... Dengar bunyi lembu pun dah boleh buat aku rasa seriau... Takut rasa kesian datang. 

Lembu yang sedang dilapah oleh orang surau. 


Kat surau taman aku nie biasanya lepas jer sesi melapah diaorang akan buat sup tulang dan juga kari daging. Sedap wei... Sedap sangat. Selang 2 hari lepas ibadah korban iaitu hari isnin Pak tam aku meninggal dunia di hospital sungai besar disebabkan sakit jantung. Last aku jumpa arwah 3 minggu yang lalu dan aku terkejut sangat. Kebetulan pula arwah meninggal di tarikh yang sama pakcik aku meninggal tahun lepas. Al-Fatihah. 


Lots Of  Love
-Maisarah-

Monday, September 5, 2011

Raya Tahun 2011 : Single

Selamat Hari Raya!! Macammana sambutan raya korang tahun nie? Gempak x? Sambutan raya aku tahun nie biasa-biasa jer sebab persiapan lebih banyak ditumpukan khas tuk majlis perkahwinan bulan 10 nie. Waktu balik kampung beraya tue pun adalah sesi untuk menghantar jemputan. Mmgla lambat lagi tapi bila lagi nak jumpa sedar untuk pas kad kahwin. Walaupun sambutan sederhana tapi masih lagi meriah sebab tahun nie last aku sambut raya sebagai "single ladies". Macammanala sambutan untuk tahun hadapan? .

Kami sekeluarga balik kampung belah ayah pagi raya lepas sembahyang sunat hari raya. Selalunya tiap2 tahun kami akan sambut raya pertama di rumah atok belah ayah. Dulu waktu arwah tok mak dgn arwah tok ayah ada kami selalu balik kampung sehari sebelum hari raya, tapi sekarang balik pagi raya. Perjalanan xdela tersangkut dengan kesesakan lalu lintas kecuali masa dekat tanjung karang..Dekat 40 minit kat situ hanya kerana satu traffic light.

Sampai jer kat kampung, kat parit 3 , sungai besar terus terjah dapur nak makan. Sebelum orang baraan sampai kami makan dulu. Menu kat kampung hari tue laksa!! Sedap!! Tapi aku kurang sikit makan masa pagi raya sebab perut terkejut..Makan sikit jer...hehe.

Sufiah yang x boleh duduk diam waktu orang tangkap gambar. Jangan main-main dengan budak kecik nie, baru umur dua tahun dah pandai tangkap gambar. Tue belum lagi main iphone memang daebakla budak2 zaman sekarang nie.


Wawa dina yang nampak sopan tapi kuat nangis..hehe


Tengok tue sufiah tengah buat apa? Main kamera!!


Sungai di depan rumah arwah atok. Kat situ jugak ada orang buat ternakan itik. Best sebenarnya duduk kat kampung nie. Tenang sangat2 dan xde hiruk pikuk macam kat kota. Duduk kat kampung nie x payah pakai air-cond pun xper, malam sejuk giler!! Kipas pun letak no.1 jer..huhu


Raya kedua kami sekeluarga bertolak ke kampung belah mama pulak. X jauh pun, dalam 20 - 30 minit sampai. Kampung mama kat teluk Rhu, dan biasanya kami akan beraya di rumah makcik dan pakcik sedara. Sejak arwah atok dan nenek meninggal setiap tahun kami akan balik beraya pada hari raya kedua dan akan berkumpul ramai2 untuk sesi BBQ di rumah pakcik. Untuk tahun nie bukan sahaja sambutan raya tapi juga sambutan hari lahir ucu..hehe. So, double celebration!!


Kerang bakar!! Tahun nie BBQ xde seafood so x beberapa kick.


Happy Birthday Ucu


Ayam bakar. Gambar gegar sebab tukang tangkap gambar tengah lapar..haha. Mengigil2 tangkap gambar..hehe


Buah - buahan tempatan


Kami kaum wanita tengah sibuk berborak sambil makan. Bersila jer, x perlu meja makan @ kerusi. Yang penting dapat mengeratkan lagi silaturahim.. :)

Lots of Love : Maisarah