Showing posts with label Kurus. Show all posts
Showing posts with label Kurus. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Nak beli lain, tapi beli benda lain

Jumaat lepas aku cuti, husband balik kerja rehat sekejap kami terus keluar dalam pukul 12.15 ke Seremban. Plannya adalah untuk beli barang rumah macam milo, stove dan lain-lain. Sampai kat seremban perkara pertama kami buat haruslah singgah di masjid Paroi untuk sembahyang Jumaat. Sementara tunggu sumai sembahnyang, apa lagila yang aku boleh buat selain camwhore..hahaha. Nak beli makanan jauh sangatla pulak nak berjalan. I Is malas. Camwhore jerla aku dalam kereta tue selama 45 minit...hahaha. Nampak orang pandang kereta terus buat-buat main handphone. 

Tengok fazura pakai baju denim terus aku pun pakai..hahaha. What to do, akukan suka ikut idola retis, tapi sekarang nie memang tengah style baju denim ek? Baju nie pun aku dah beli masa first time nak g honeymoon kat cahcecahce. Tengok muka sekarang rasa stress sebab tembam nak mampuih!! Argh... Tapi tetap nak vain sambil pose tanak tunjuk double chin...hahaha. 

Habis jer sembahyang ingat nak terus g affin bank dgn pos laju tapi memang x sempat nak g affin bank. Kad ATM aku rosak wei!! Gaji dah nak masuk next week, kena gakla aku g hari selasa kat salak tinggi. Kalau x macammana nak shopping? U tell me please? 

Habis buat urusan pos laju dengan makan terus kami ke Seremban 2. Nak cari barang rumah, jalan punya jalan sekali ternampak bahagian nie... Kami memang nak beli alatan sukan tapi asyik tertangguh jer. Sekali sampai sini tengok price memang berbaloi dan murah dan banyak dapat free gifts so apalagi kami tangkap jerla. Nak bersenam kat luar jangan harapla, memang malas nak tukar baju pakai kasut naik kereta. Ada alatan sukan kat rumah nie sebenarnya lagi berbaloi. Aku ada cara macammana nak kurus dengan cepat. Nanti aku blogkan k.

Yang macam pin bowling tue sebenarnya air purifier free of charge..hehe. Ogawa massager tue pun free...So korang rasa berbaloi x beli? Mestila berbaloi.. Alatan sukan tue pun xdela sampai riburibu. Gila ke apa nak beli ribu2, aku bukan kaya...hehe. 



Love : Maisarah

Thursday, August 25, 2011

Senang ke nak kurus?

Sticky Post until 25/8. New updates scroll bawah..:)

"Senang ke nak kuruskan badan?" Itu adalah soalan pertama yang setiap orang akan tanya pada orang yang pernah berisi dan kemudian kurus. "X pun orang akan tanya macammana nak kuruskan badan?" Waktu zaman sekolah dulu saya xde masalah langsung dengan berat badan, senang citer makan jerla banyak mana sekalipun makan apa sekalipun akan tetap kurus. Merupakan seorang pelari 400 meter & 4*400 meter berat badan sentiasa maintain. Metabolisma pun tinggi. Berat badan dulu paling berat pun 39 kg!! Pernah sekali berat badan turun mendadak waktu tingkatan 5 sebab sakit, turun sampai 6 kg!!

Nama gelaran waktu sekolah orang panggil Airport @ papan. Sebab apa airport @ papan? Sebab leper jer...hehehe. Kadang2 diaorang panggil popeye sebab badan kecik tapi makan banyak. Pernah sekali masuk hospital dan doktor bising sebab terlampau kurus sampai nampak tulang. Itu waktu sekolah. Nak beli baju waktu zaman sekolah dulu saiz s @ xs. Seluar jeans pun pakai size budak2..

Masuk jer matrikulasi MARA, berat badan dah mula naik sikit demi sikit. Disebabkan duduk jauh dari ibu dan bapa (Mom & Dad di Selangor and i di kedah) dan makanan disediakan sebanyak 6 kali sehari berat badan naik macam kena pam. Waktu nie berat badan dah naik hingga ke 45 kg. Waktu kat matrik niela perubahan hormon sudah bermula, jerawat naik mendadak-dadak.

Habis jer matrik sambung pulak buat degree di UUM, Kedah. Makanan di Kedah sangat-sangat murah, jadi nafsu makan waktu nie memuncak-muncak. (Nasi lauk ayam + sayur + telur = RM3.50 berserta air) Makan x hengat dunia sampai berat badan naik ke angka 50kg++. Tapi nasib baikla waktu nie lemak x muncul lagi kecuali dibahagian belakang. Masa kat UUM nie i dah perasan yang my period circulation x betul. Tapi buat bodoh jer sebab ingatkan tension. Masa kat uni selagi kawan-kawan ajak makan gla makan, pas makan tido. Manala berat x naik.


Nie gambar waktu kat uum, semester 6. Kuruskan? Gambar-gambar kat blog nie x diedit langsung ek. Mmg gambar ori.


Selama 4 tahun berlajar di UUM, bermulala kehidupan sebagai pekerja. Bila dapat duit kita akan sentiasa pastikan diri makan. Makan nasi lemak tiap-tiap pagi adalah perkara biasa, sarapankan penting...hehe. Makan tengahhari mesti makan nasi, sebab apa? "Pagi tadi dah banyak guna tenaga sebab tue kena makan @ sebab dah buang air besar pagi tadi, semua isi dah kuar." Waktu malam pulak balik rumah mama dah sediakan makanan, mestilah makan kalau x membazir. Itulah antara alasan yang saya selalu pakai kalau nak makan. Lama kelamaan, sedar x sedar berat badan dah bertambah, baju makin lama makin x muat. Seluar makin lama makin ketat, kain makin lama makin susah nak zip. Dan menambahkan kedukaan di hati bila timbang berat badan jadi 61.5kg!!!!!!! Terlebih berat tue.

X pernah terdetik dalam hati akan jadi seberat macam tue, tapi bila tengok diri kat cermin dan lihat keadaan kaki yang penuh dengan selulit hati jadi sakit dan pilu. Tengok gambar waktu zaman sekolah dulu lagila menusuk jiwa.


Nampak x perubahan yang sangat-sangat ketara dari zaman UUM ke zaman kerja? Perut x ubah macam perut perempuan mengandung 4 bulan. Waktu nie orang cakap gemuk i still buat bodoh dan x terima kenyataan. Tapi bila lama kelamaan orang asyik bagi duduk waktu naik komuter sebab nampak macam perempuan mengandung jadi fed-up!! Dulu beli baju size s sekarang dah kena ambik size L!! Jeans dulu beli size 26 @ 27, sekarang size 31!! Diulangi 31!!


Kemuncak i nak kuruskan badan adalah bila Mr. F bising yang berat badan i dah naik. Dia siap cakap dulu waktu kat uum xdela gemuk macam nie. Dia nak tengok i dalam bentuk badan waktu uni... I tekad untuk kuruskan berat badan. Diet sehabis yang mungkin turunla dalam beberapa kg, tapi sampai bila boleh diet? Tengok makanan xkan xnak makan.. Rugi. I paling x suka bila kena diet. Makan itu x boleh makan ini x boleh. Rimasla. Pakaila losyen pemanas lemak katanya... Mula2 ok tapi lama2 lambat pulak nak tunggu sampai lemak nie cair.

Pusat pelangsingan badan? Bila difikir-fikirkan xke membazir pergi tretament seminggu sekali dan habiskan beribu2? Kalau x kurus jugak dimintanya kita tambahkan wang untuk pastikan kita kurus. Bila dah kurus macammana nak maintain body tue? Xkan xnak makan? Gemuk balik kena g balik pusat pelangsingan bayar balik untuk jadikan diri kurus.


Nak kurus? I ada caranya. E-mail me at:





This is my new picture. Kuruskan? Ada shape x? Nampak x perbezaan? Nak tahu berat badan sekarang? 54 kg!! Nak turunkan sehingga ke 50 kg!!