Thursday, March 31, 2011

Susahnya nak cari size

Yup, nak cari cincin merisik sikitnyer seksa ok. Dari high end nyer kedai ke kedai biasa-biasa, soalan pertama yang ditanya adalah "Ada x cincin size 9 @ 9.5?" Jawapannya memangla xde stok. Kalau ada pun design aduyai, x minat ok. Cincin risik yang dipakai itu adalah size 10, walaupun longgar tapi boleh lagi pakai....huhu.


Jatuh lagi

Aku x tahula aku nie ada masalah keseimbangan atau memang cemerkap. Kebarangkalian untuk aku jatuh setiap 3 bulan sekali adalah amat tinggi. Jatuh setiap bulan tue selalu (jatuh yang x sakitla), jatuh setiap 3 bulan sekali sampai MC tue pun dah kerap. Kalau aku pakai wedges sengal tue mmg selalula aku jatuh.

First time aku jatuh teruk adalah last year. Mmg teruk ok. Jatuh kat landasan keretapi. Nak turun dari train ekspress ke landasan kat klsentral, sekali x perasan ada lubang dalam train tue ambik ko terjatuh diantara landasan dan train. Nsb baik ada orang sambut kalau x mahu aku terperosok dekat landasan. Lebam x payah citerla, siap kena jumpa doktor. Esoknya aku MC.

Hari nie jatuh lagi..isk2. Dengan kasut yang sama pulak tue. Tengah jalan nak g parking kat stesen komuter Kajang sekali entah kenapa hilang keseimbangan terus terjatuh lutut kanan dulu mencecah jalan tar. Menangis aku kat situ. Menangis sebab sakit + malu. Bangun cepat2 pastue terus jalan g kereta, dah x pandang orang kat belakang. Pedulik apa orang gelak ke x..hehe. Sampai jer kat kereta tengok lutut dah kuar darah + lebam. Sekarang nie pun x leh gerak sangat. Aku yang nak kena mandi bunga ke @ kasut nie yang nak kena mandi bunga? Asal pakai jer mesti jatuh.

Tuesday, March 29, 2011

Tolongla cukur

Semalam masa naik komuter waktu pagi mata aku selalu melihat gelagat orang-orang dalam komuter. Saja jer tengok gelagat orang berlari-lari mengejar tempat duduk. Pas tue mata pun tertumpula kat sorang perempuan nie. Tengok dari atas ke bawah cantik gak budak nie, dressing pun not bad. Tapi sekali dia angkat tangan dia nak betulkan rambut dia terus aku ternganga jap. Nak tau kenapa? Dia x cukur BULU KETIAK dia!! Dahla panjang2!! Banyak pulak tue. Kalau iyer pun nak pakai baju xde lengan atau lengan pendek, tolongla ek cukur bulu ketiak!! Terus pemandangan mata aku kabur masa tue.

P/s : Nak pakai baju xde lengan pastikan cukur bulu ketiak, kalau malas nak cukur @ cabut pakai baju sopan sikit ek...

Wednesday, March 23, 2011

Berbaloi ke x?

Hari nie rasanya macam hari penat sedunia. Macam-macam benda nak kena kejar. Itu kita abaikan dulu. Nie nak citer pasal berbaloi ke x macam tajuk kat atas. Tiap-tiap hari aku bangun pukul 6.30 pagi dan bersiap g kerja. Dalam pukul 7.10 kuar rumah nak g stesen komuter. Ada dua jalan nak g stesen komuter nie, satu kena ikut jalan utama kajang dan lalu depan 3 buah sekolah. Satu lagi kena pusing jauh lalu highway. Kalau lalu ikutt jalan mana-mana sekalipun mesti akan tersekat traffic jam untuk jalan menuju ke stesen komuter. Kalau aku kuar pukul 7.00 pagi sekalipun mesti akan sampai pukul 7.35. kalau kuar pukul 7.30 akan sampai pukul 7.40. Mana satu yang berbaloi? Dahla sampai awal parking dah xde...Kecewa disitu. Adakah kena kuar pukul 6.45 pagi? isk2...

Ini baru baris hadapan ek..

Pukul 7.35 parking dah sampai hujung jalan ek. Jauh gak nak jalan. Sedih.

Lepas habis buat "kerja" kami g makan di ayam penyet gombak!! Time niee orang x ramai lagi, kami beruda jer dalam kedai.

Terung berlado.. Sedap. RM4 jer.

Niat di hati nak makan ikan bakar tapi x start lagi, so makanla pecal lele.. RM6.90. Ikan tue sangat besar. Sambal tue terbaikla. Tapi makan nie x bagi sup ek, yang dibaginya hanyalah kicap manis ABC..Dapdap.

Erk, alhamdulillah..hehe

Lepas makan kat ayam penyet kitaorang g ambik kawan pas tue bwak diaorang g makan kat kedai "makcik kedah @ mawar tomyam" Kedai tue banyak giler lauk tapi disebabkan perut aku dah kenyang, pandang lauk pun x hingin.

Walaupun kami x berdua x makan dan hanyalah melihat kawan kami makan, kami teruja melihat makcik sebelah makan lai chi kang, so apa lagi orderla. Untuk harga RM3.50 isinya terlampau banyak. Siap ada buah peach lagi.

Tengokla isi dalam lai chi kang tue, banyak kan? Berbaloi x bayar RM3.50? Memang berbaloila...hahaha.
Tuan bancuh lai chi kang sedap. Time datang tue aku tengok xde orang, aku tanya kawan aku kita kena bancuh sendirike lai chi kang...hehe. Nsb baik x g bancuh sendiri. Kalau bancuh sendiri mmg aku letak yang aku suka banyak2 jerla...hehe. Memang berbaloi!! hehe

Tuesday, March 22, 2011

Random pictures

Random pictures taken for the past few weeks.

Dinner minggu lepas. Ada cucur udang + satay. Lapar satayla plk.

Ubat untuk demam hari tue. Pergi dua klinik lagi.

Yup, saya akan kahwin pada hujung tahun nie.

Sesi cubaan menangkap gambar. Hobi terbaru nie..huhu

Sekarang nie memang musim hujan ek?

Quick Update

Rasa macam dah lama x update blog. I was so busy with work + sick + love life. Kita start dari last week hari jumaat. Hari jumaat tue dah balik kampung untuk tahlil arwah atok. Start drive petang dan sempat singgah di mee udang banjir tapi makan kuew teow udang. Boleh? Gambar x tangkap sebab malas. Kenduri hari sabtu dan habis jer kenduri terus bergegas balik rumah. Penat toksah cakap, macam nak tercabut kaki nie. Drama pun bermula pada hari ahad. Kalau korang nak tahu, i ada adik laki sorang yang masih belajar di kolej. Dulu dia ada laptop tapi biasala lelaki, x reti nak jaga hilang dicuri oleh orang laptopnya. Mama dengan abah marah sangat2 waktu tue, sebagai pengajaran x belikanla laptop baru tuk dia. Baru-baru nie dia nak guna sangat laptop tuk buat autocad + assignment, asyik2 balik umah buat keje. Mama x sampai hati terusla bagi duit belikan dia laptop. Sebagai kakak yang pandai jaga duit kenala temankan dia beli laptop dengan syarat laptop yang hendak dibeli itu haruslah tidak melebihi RM2,000. Kami pun mulakanla pencarian di Mines.

Laptop yang dicari pun dah dapat. Seronokla adik aku tue dapat laptop baru, siap kena sound lagi dengan kakaknya nie supaya menjaga laptop dengan sempurna kalau x aku seligi...hehe. Pergi beli laptop dalam kul 11.30 sampai kul 2.30 lebih. Hambik ko petang tue terus aku fengsan kepenatan x cukup tido + penat. Bangun-bangun jer dari tiso kepala dah pusing dah, tapi gagah lagi x makan ubat. Malam tue kepala sakit sangat2 so tidola awal, ingat esok paginya bangun ok sekali makin teruk. Suara xde, kepala berat + perut masuk angin. Demam terus ok. Cuti sampai hari selasa...haha.

Itu yang malas nak update tuk seminggu tue. Demam yang teruk + penat...hehe

Wednesday, March 9, 2011

Sedap dan rangup!!

Semalam officemate ada bawak keropok nie, satu balang tue RM15. Sangat-sangat sedap dan rangup. Xdela manis sangat, just nice. Semalam dapat hari nie dah tinggal separuh. Makan satu terasa nak tambah lagi... Tengok gambar nie pun mcm nak makan jer esok tuk breakfast..hehe

Sunday, March 6, 2011

Smartphone

Sekarang nie tengah demam smartphone. Ramai orang asyik cakap pasal Iphone4, berihitam & HTC. Macam keperluan pulak benda nie. Kalau dulu masa zaman sekolah HP hanyalah satu kehendak tapi bula dah kerja nie dah jadi macam satu keperluan pulak. Orang x boleh hidup tanpa handphone seusah nak buat kerja.

Penting sangat ke smartphone nie dalam hidup? Kalau x pakai smartphone xleh masuk dalam komuniti ke? Nak berkawan sekarang kena ada smartphone baru boleh masuk geng? Bagi aku handphone itu memang perlu ada dalam hidup tapi smartphone kalau ada bagusla, kalau dah x mampu atau xde xkan kita xleh hidup kot. Ada orang yang sanggup berhutang @ berjimat cermat semata-mata untuk dapatkan smart phone. Benda tue bukannya penting pun. Kalau setakat nak update status kt FB dengan nak tweet pakai handphone biasa pun boleh. X heranlah. Aku x jeles pun tengok orang ada smartphone, tapi aku bengang bila orang cakap "Ko still pakai hp nie lagi, kenapa x tukar smartphone?". Aku bukan xnak @ x mampu nak pakai smartphone, handphone aku elok lagi buat apa nak tukar. Kalau ada smartphone tapi x reti nak pakai baik x payah pakai!!

Eh!! Senaman...

Terkejut x tengok gambar kotak rupa macam tue? Kotak tue student hasilkan untuk projek keusahawanan menggunakan barang-barang terbuang. Nampak jer macam kotak biasa tapi bila bukak jer kotak tue bunyi siren tapi macam pompuan mengilai...haha. Takut betul dengar bunyi tue kalau malam-malam.


Majalah yang harus dibeli setiap bulan tapikan EH!! macam dah kurang mantap jer pengisinya. Lagi best baca Glam.
Star king yang harus ditonton bila ada SUJU!!

Black & White by Gna!! Lagu nie best tuk buat aerobic tetiap malam!!

Thursday, March 3, 2011

Penat + Sibuk

Sejak dua tiga hari nie kesibukan melanda diri. Sampai dah x tahu nak buat mana satu dulu. Seriusly, dah lama aku x bercuti panjang sejak bekerja. Kalau ikutkan kata hati nak ajer tempah tiket kapal terbang dan g bercuti kat mana-mana pantai kat Malaysia. Tapi apakan daya, ongkos tidak mencukupi.. Xperla, kita tunggu hujung tahun nie..huhu.

Mahu pergi pantai bukan untuk mandi tapi merehatkan minda sambil mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Peringkat kedua dalam langkah menuju ke mahligai perkahwinan. Kepala dah mula serabut tengok bajet perkahwinan. Tegakkan pendirian untuk sentiasa mengukur baju di bahu sendiri. Buat yang termampu sahaja.

Hikayat Merong Mahawangsa akan ditayangkan pada 10 March 2011. Dah tgk trailer hari tue kat utube. Macam best jer. First time nampak kelainan dalam citer melayu. Xdela asyik citer cinta dengan citer hantu jer...