Tuesday, April 26, 2011

Kain untuk baju nikah.

Mama dah bising suruh cari kain untuk baju nikah. Takut tailor xnak ambik tempahan untuk baju nikah memandangkan majlis lepas raya nnt. Masalahnya sekarang nie nak cari kain pun x sempat lagi. Kakak nak g bandung 28/4 nie, so aku pun berusahala carikan contoh jenis kain yang aku nak. Baju nikah mesti kaler putih ek? Kenapa mesti kaler putih? Kalau buat kaler pink @ biru x boleh ek?

All pics are from google images. Terlupa pulak nak beli 2 meter ke 4 meter.




Monday, April 25, 2011

Paintball Activity

Sabtu 23/4/2011, Office aku anjurkan paintball activity. Penganjurnya x lain dan x bukan akula. Tempat permainan paintball terletak di Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Nak g jalan memang mencabar, naik bukit turun bukit dan yang paling best xde langsung maxis coverage. Sesat kat sana kena cari jalan sendiri, xleh kol orang langsung.

Sampai kat nur laman bestari pukul 9.00 pagi. Tunggu2 staff yang lain dalam kul 10 pagi baru start briefing aktiviti. Mula-mula nak main paintball nie ramai yang takut sebab takut peluru tue kena kat bahagian terlarang. Takut lebam dan sakit. Ada salah sorang kawan aku sampai menangis sebab takut sakit. Tapi sekali dah main memang syok giler. X puas betul main. Masa orang tue bagi briefing barula aku tahu banyak term2 dalam paintball nie. Yang paling aku ingat adalah "kondom"...hehe.


Antara peralatan yang digunakan dalam aktiviti paintball. Berat sangat pistol tue. Pastue wajib pakai "mask", "mask" tue dahla busuk tapi tahan jerla...huhu. Sayang betul x tangkap gambar masa pakai baju paintball tue.

Lepas jer habis aktiviti paintball kami bergerak ke tepi sungai untuk aktivti BBQ dan mandi sungai. Ayam sebanyak 144 ketul dihabiskan...Sedap ok!!


Ayam first batch nmpk hangus sebab x sabar nak mkn terus letak kat api yang masih lagi membara..huhu.

Lepas jer habis semua aktivit kami pun bergerak pulang. Waktu pulang tue singgah jap kat tepi tasik kat area ulu yam, bergambar puas2. Tempat tue sangat2 cantik dan sesuai untuk wedding photoshoot.



Cantikkan tempat nie?

Minum air kelapa untuk menghilangkan dahaga. Sedap.

Balik tue hujan turun dengan lebatnya. Traffic jam x yah cakapla, kl pun banjir. Sampai jer kat rumah terus mandi, esoknya bangun dari tidor ambik ko, jalan kengkang. Sakit sangat2.

Sunday, April 24, 2011

Lambakan Artis Takde Bakat

Perasan x sekarang nie kalau kita tengok kat suratkhabar @ majalah ramai sangat artis baru. Nak dikatakan ada bakat x jugak, kontroversi jer lebih. Pernah sekali aku pergi ke salah satu sekolah di area Kuala Lumpur, tanyakan soalan "Apa cita-cita adik". Jawapannya : saya nak jadi artis sebab dapat kawen dgn dato'. Aik, nak jadi artis sebab nak kawen dengan dato', kalau dato' betul xper gak nie dato' tipu.

Sekarang niekan tengah demam AF + Mentor. Aku ada jugakla tengok sikit2 diari AF, konsert x pernahla pulak nak tengok. Dulu waktu AF2 x pernah miss walau satu episod konsert AF2, tapi sekarang x tengok pun x heran. Malaysia nie terlampau ramai sangat orang nak jadi artis, kalau nyanyi sedap xper gak. Ini nyanyi boleh menyebabkan hujan 3 hari 3 malam. Stress dengar suara diaorng.


Friday, April 22, 2011

Persiapan perkahwinan

Lagi 6 bulan sebelum majlis perkahwinan. Satu apa pun x start lagi. Mama dgn abah pun x bagi kata putus lagi nak buat kat dewan @ padang depan rumah. Nak kena book awal2 dewan. Kursus kahwin pun baru jer pergi hari tue. Sekarang nie tengah survey2 butik pengantin area kajang dengan bangi. Satu jer yang dah buat tempahan, jurugambar majlis kahwin. Alhamdulillah dapat murah, RM2,500 untuk 3 event (dua belah pihak).

Bulan 5 : nak kena mula tempah pakej pengantin kat butik2.
Survey dewan, catering, goodies

Bulan 6 : Nak g beli kain & barang2 tuk hantaran

Bulan 7 : G isi borang kahwin, hiv test semua...

Bulan 8 : buat kad kahwin...

Aigo...banyaknya lagi nak kena buat. Tapi kenapa mcm malas jer. Nak g survey rumah lagi...

Wednesday, April 6, 2011

Jejaka Pojaan Hati

HRH Prince William nie jejaka pojaan hati aku dari dulu lagi. Ingat lagi masa Princess Diana passed away, suratkhabar bnyk kuar gambr william. Aku beli setiap satu suratkhabar kat Malaysia nie semata2 nak potong gambar william. Nasib jer x beli paper cina @ india..hehe. Prince Willian dah nak kawen dah 29/4/2011 dgn kate middleton. Dulu aku pernahla berangan-angan kahwin dgn Prince William, tapi rupanya semua itu hanya angan2...hehe.

Comeinya dia time nie. Sekarang dah comei sangat sebab dah botak..hehe. Muka dia banyak iras muka mak dia, nsb x ikut muka bapak. Cuma rambut jerla banyak ikut bapak...hehe.