Sunday, June 19, 2011

I love My Dad

Kalau diikutkan aku jarang bercerita pasal ayah aku @ letak gambar ayah dalam FB @ blog. X letak bukan bermakna kita x sayang, X bercerita bukan bermakna kita x suka. Tapi bagi aku itu bukan cara untuk aku menunjukkan kasih sayang aku pada mama & abah. Abah merupakan seorang ayah yang tegas waktu aku membesar. Kalau diikutkan patutnya mama yang sepatutnya tegas sebab mama adalah seorang guru. Waktu kecik dulu disebabkan "gap" 6 tahun antara adik lelaki aku sangat2 manja dengan abah. Tapi bila adanya kelahiran adik lelaki, aku terasa diabaikan. Ada jugak aku memberontak dan terasa dipinggirkan. Waktu tue aku dah x rapat dengan abah.

Bila umur dah meningkat remaja, aku dah mula sedar kasih sayang abah x berbelah bahagi. Pernah aku tengok abah sanggup dtg setiap 3 jam waktu aku kena tahan kat hospital sebab demam panas. Sanggup lambatkan waktu pergi outstation sbb tangan aku patah.

Kemuncak bila aku tahu aku x boleh kehilangan abah bila abah dimasukkan ke hospital dan terpaksa dibedah. Waktu tue tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku kalau apa2 terjadi bila abah xde. Air mata aku x terbendung bila tengok abah terbaring kat katil dengan kepala berjahit dan x mampu bangun. Abah terpaksa bersara awal atas sebab-sebab kesihatan.

Alhamdulillah sekarang abah dah sihat tapi abah x mampu untuk memandu dalam jarak jauh dan tidak boleh tension. Aku dan kakak mengambil alih tugas untuk memandu bila balik kampung @ ke tempat yang jauh. Kami akan sentiasa pastikan yang akan salah seorang adik beradik akan sentiasa berada dengan kedua ibu bapa kami supaya segala perjalanan menjadi mudah. Lagi 4 bulan 3 hari sebelum abah serahkan aku ke tangan darling. Rasa sedih dan pilu melanda diri.

I love u Abah.

Makan, makan dan makan lagi

Semalam dari pagi sampai ke malam aku makan nasi x hengat dunia. Yea, makan nasi. Kata nak diet tapi makan nasi...hehe. Kita mulakan dengan pagi pukul 9 pagi. Biasanya hari sabtu aku mmg suka bangun lambat sikit sebab nak qada tido..hehe. Semalam sbb sinus menyerang, mmg xleh tido so bangun pagi turun bawah terus makan nasi lemak. Makan nasi lemak pagi2 nie kadang-kadang boleh buat perut meragam tapi pelik gak makan nasi semalam x meragam pulak..hehe.

Sedapkan nasi lemak dengan telur mata kerbau + sambal yang enak + nasi yang berlemak adalah sungguh enak + berlemak...hehe.
Lepas makan aku pun tengokla citer korea peveret. Dah tue x tahu nak buat apa lagi dah, nak kuar hidung x berapa sedap, badan pun penat so kenala duk umah berehat. Pukul 1.30 perut tiba2 lapar balik, trn dapur xde makanan. Mama dgn abah kuar g makan kenduri, aku dgn adik pulak mls nak masak. Aku pun suruh adik bersiap dan kitaorng kuar g pekan kajang cari makanan. Mula2 ingat nak mkn waffle jer sebab abah ada pesan yang nak makan nasi arab petang nnt. Tapi bila sampai jer kat metro point trs ternampk cawangan ayam penyet AP baru bukak.

Dengan perut yang lapar, apa lagi terus singgah makan dgn adik. Ambik Nasi putih dua + ayam penyet + lele penyet + terung berlada. Selsema x elok lagi so terpaksa minum lemon tea panas yang sungguh manis. Kepedasan sambal ayam penyet buat hidung makan meleleh..huhu.

Petang pukul 5.30 tiba-tiba abah panggil suruh siap sebab nak g makan nasi arab. Nasi arab? Perut aku dah senak dah nie. Tp di sebabkan nak merasa makanan arab, kami dua beradik pun join makan. Sampai jer kat restoran nasi arab kat bangi orderla makanan. Ambik dua jer nasi regular pastue mama order roti nan dengan butter chicken. Hambik ko, nasi tue abah yang terpaksa hbskan sbb kami dah kenyang....hehe.

Semalam memang sangat-sangat puas makan tapi bila dikenang balik, banyak jugak aku mkan semalam. Pagi nie bangun jer dari tidor perut memulas...hehe.

Luahan hati

Menjadi seorang kakak, diriku adalah sangat rapat dengan adik lelaki dan adik bongsu. Diaorang selalu bercerita dan mengadu masalah pada kakaknya. Semalam aku ambik peluang berborak dengan adik bongsu, tanya dia apa pendapat dia bila aku kahwin nnt. Dia happy bila aku nak kahwin cuma mungkin dia akan sunyi sbb aku dah xde melayan kerenah dia nnt...hehe. Setiap benda yang dia nak aku cuba tunaikan. Jarang untuk mengatakan tidak.

Bila di fikir-fikirkan balik, betul ke aku bersedia untuk menjadi seorang isteri? Boleh ke aku hidup tanpa kedua ibu bapaku? Selama 27 tahun aku hidup hanya 5 tahun saja aku duduk jauh dari family. Anak pertama yang duduk paling jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh dari keluarga (Kedah tue dikira jauhla tue). Yup, aku manja dengan family. Waktu duduk jauh tue pun mama dgn abah paling risau dgn keadaan kesihatan aku.

Bila dah jadi isteri nnt, rutin kehidupan mesti berbeza. Ada dua family yang perlu dijaga hati dan perasaan. Boleh ke aku masuk dgn family dia? Boleh ke dia masuk dgn family aku? InsyaALLLAH, aku berusaha menyenangkan hati semua pihak. Lagi 3 bulan lebih jer lagi untuk melangkah ke alam baru tapi aku masih lagi belum bersedia dari segi mental dan fizikal.

Thursday, June 2, 2011

Pilihan hati


Pagi tadi pergi ke butik pengantin + catering dengan parents. Niat dihati nak terus book mana yang berkenan. Mom and dad dah berbincang tadi so kami buat keputusaan nak booking sahaja di tempat nie. Pakej yang ditawarkan sangat menarik. Tapi yang lebih menarik perhatian aku adalah baju pengantin nie... Suka giler aku tengok baju nie. Mama nak aku pakai songket, tapi aku xnak. Panas wooo pakai songket.... First choice aku sekarang adalah baju nie.

Untuk pelamin pulak aku berkenan dengan pelamin kat bawah nie. Simple sangat2. Buat kat rumah jer pun, x perlu pelamin grand2.. Yang penting boleh tangkap gambar jer dah cukup...



Tinggal lagi berapa bulan jer lagi. Adoi, banyak betul persiapan yang x buat lagi. Nak kena kejar dgn full speed nie.