Assalamualaikum semua..
Maaf, lama sangat menyepikan diri. Bukan sengaja tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menjadi punca kenapa aku diam. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan? Alhamdulillah, setelah setahun lebih kami berkahwin akhirnya aku disahkan mengandung pada bulan mac yang lalu. Rawatan demi rawatan, tekanan demi tekanan akhirnya alhamdulillah terlekat juga.
Aku mula-mula suspek diri aku mengandung adalah ketika aku rasa badan aku x sedap sangat-sangat 3 hari sebelum period. Cirit birit teruk dengan kepala asyik sakit dan badan rasa tak sedap. Dah due period 2 hari aku kuatkan semangat beli pregnancy test, mula-mula beli yang murah punya keluar dua line terus rasa happy tapi aku masih lagi x percaya terus beli clearblue dah memang sahih aku mengandung. Cepat-cepat kol suami bgtahu berita baik dan dia sangat-sangat seronok. Masuk jer minggu ke 6 aku mengandung aku dah mula rasa simptom-simptom alahan yang orang panggil "morning sickness". Tapi aku bukan setakat morning sickness sekali dengan satu hari punya alahan. Muntah-muntah sehari adalah dekat 5 kali terutamanya lepas makan. Dekat 4 minggu aku x datang kerja dan dijaga oleh kedua ibubapaku di kajang.
Alhamdulillah makin lama makin sihat tapi orang cakap malang x berbau. Masuk minggu ke12 aku terjatuh dekat dalam tandas masa muntah. Mr. F waktu tue memang marah sangat-sangat dan muka dia memang serabut sangat2. Kami terus pergi cari klinik @ hospital malam tue tapi malangnya NILAI nie xde langsung hospital bersalin @ hospital swasta apatah lagi hospital kerajaan tapi alhamdulillah dalam pukul 12 lebih akhirnya jumpa juga satu klinik yang menawarkan khidmat scan baby. Alhamdulillah baby kami tiada apa-apa. Mr.F memang membebel dengan kecuaian aku tapi sekejap jerla..
Dalam pada kami berdua bergembira dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga kami, Mr.F dikejutkan dengan kehilangan ayahnya yang pulang ke rahmatullah pada bulan Julai yang lalu. Sebab tue aku banyak mendiamkan diri dari alam blog sehingga hari nie baru tergerak hati untuk menulis semula.
Kla, kalau mood rajin aku datang nanti aku tulis lagi yea..
Lots of Love : Maisarah