Tuesday, July 19, 2011

Update Wedding preparation

Just a simple update on my wedding preparation. Kain untuk baju nikah dah tempah, 1/10 nak g buat final fitting. Design untuk baju tue seperti apa yang i mahu. Baju buat baju kurung moden dan kain buat mermaid style. Suka bila tengok sketch yang orang tue buatkan.

Hantaran dah 80% dibeli cuma kami hadapi masalah sikit bila sampai part nak cari kasut dan cincin untuk Mr. F. Pening jap kepala sebab Mr. F x tahu design mcmmana dia nak. Cincin lagila masalah sebab Mr. F lebih berminat dengan design yang ada batu besar2 tue but i hate those kind of design. I lagi suka kalau design yang dipilih adalah simple sahaja.

Esok 20/7 nak g buat medical check up dan 25/7 nak buat fitting baju untuk bersanding. Banyak gak lagi yang nak kena buat...Aish.

P/s : Kat manala nak cari orang jual inai yang pekat ek? Untuk inai nnt i plan x nak lukis motif-motif bunga @ daun. Nak buat yang simple macam inai orang dulu2.

Thursday, July 7, 2011

Kasut oh kasut

Semalam aku dengan Mr. Boyfriend membeli barang hantaran. Walaupun awal lagi tapi kami membeli sebab tengah sale. Keluar rumah dari pukul 11.45 pagi sampai rumah pukul 10.30 malam. Kepenatan mengharungi jam + kepenatan berjalan 4 shopping complex. Yup 4 shopping complex. Sogo - midv - garden - sunway piramid. Tapi x semua barang hantaran kami dapat beli. Penat sampai x dapat nak berfikir, pilihan pulak banyak sangat. Pening2. Kena cari kasut sahaja untuk Mr. F and for me kena cari kasut + makeup set + perfume set. Sebenarnya kalau ikutkan hati aku xnak kasut tapi Mr. F nak gak beli kasut. Ikutkan hati nak aja aku ambik vincci tapi dia x mau. Dia nak gak beli yang elok sikit. Aish...pening wei. Tue belum lagi makeup dan perfume set. Aigoo..pening2.

Sebenarnya dah tengok gak pilihan kasut yang diminati dekat web brand2 tertentu. Tapi apsal g cari kat kedai xde pulak. Geram pun ada gak. Dari segi harga xnakla beli sampai RM150++ ke atas sebab kasut jer kot, beli mahal - mahal letak kat kaki gak. Brand x kisah sangat yang penting kualiti. For me, nak beli satu kasut tue kena yang boleh digunakan selalu dan cantik.


Kasut dari Charles & keith. Lawa tapi Mr. F cakap tinggi sangat heelsnya. X sesuai. Ok, menurut perintah x ambikla design di atas.

Yang nie pulak brand Tiamo. Sebenarnya ikutkan kata hati nak ambik wedges @ flat tapi kalau ambik flat sesuai ke nak letak kat dulang hantaran. Mr. F pun x berapa setuju dengan pilihan yang ini.. Pening2.

Inilah yang menarik perhatian aku. Lawa sangat2 kalernya. Dari brand Aldo tapi heelnya mak aii, mencengkam jiwa nak pakai nie. Lagila x dapat approval!! hahaha...

Susah betulla nak cari kasut untuk hantaran nie. Mana nak cari nie.. Pening2. Itu baru kasut aku, part kasut Mr. F belum lagi. Dia pun tgh pening nak cari yang mana satu. Yang penting jangan beli jenama crocs dahla. X sesuai ok nak dijadikan hantaran.

Sunday, July 3, 2011

My first time manicure & padicure

Semalam lepas kejadian tayar kereta pancit, me, sepupu dan adik bergerak ke alamanda putrajaya. Adik nak cuci rambut + gunting rambut. Sementara menunggu tue kami berdua bersepakat pergi "The Nail Parlour" yang terletak di Alamanda, Putrajaya. Masa sampai tue station tengah penuh dan kamidiminta untuk menunggu selama 15 minit. Habis jer 15 minit kitaorng pun berminat nak lakukan pedicure jer mula2. Sekali dah masuk kat dalam tempat pedicure tue terus cancel nak buat pedicure sahaja. Kami berdua terus buat spa menicure dan pedicure. Total masa untuk buat spa manicure dan pedicure adalah 1 jam 30 minit.

Station untuk pedicure. Sangat cantik dan sangat pink. Service yang diberikan sangat tiptop. Pekerja akan bukakan kasut, naikkan seluar jeans. Kita hanya perlu releks sahaja. Masa tengah buat treatment tue, pekerja tue akan memperkenalkan setiap produk yang akan digunakan. Aku time tue mmg teruja habis. Best giler. Oo, kaki aku nie adala macam kulit mati kat tapak so orang tue kuarkan pemarut untuk parut lebihan kulit mati kat tapak. Macam parut kulit carrot. Kaki dan tangan adalah sangat lembut selepas rawatan dan sangat2 berkilat kuku. Next month nak g lagila untuk buat treatment...Mcm dah ketagih dah.


P/s : All picture dari pakcik google images...

X Gentleman Langsung

Kejadian nie berlaku semalam di Sunway Piramid pada pukul 3.45 petang. Habis jer aku dengan adik aku berjalan-jalan di sunway piramid kami pun g ambik kereta di basement parking. Masa nak ke parking tue memang kereta tengah banyak cari parking. Masuk jer kereta aku ada nampak ada kereta tengah tunggu aku kuar sebab nak ambik parking aku. Start enjin keluar dari parking lot adik aku perasan yang orang tadi hon dan tunjuk something kat kereta. Aku pun berentila, orang tue cakap tayar kereta pancit dan dia suruh aku kuar terus dari parking lot. Aku pun kuarla dari parking lot dan bentikan kereta kat tepi.

Orang tadi tue terus masuk parking. Aku ingat dia nak datang tolong tukarkan tayar, sekali dia dengan bini dia blah macam tue aja biarkan aku dengan kereta aku. Serius shit waktu tue aku memang bengang sangat2. Ko suruh aku keluar dari parking lot semata2 nak parking aku pastue blah mcm tue aja. Mmg bukan lelaki gentleman dan perempuan tue pulak mmg xde hati perut. Ko boleh biarkan laki ko tngglkan perempuan lain yg tgh dalam kesusahan. Time tue aku dah bengang pastue aku terus cakap kat adik aku suh jaga kereta dan aku g cari polis bantuan sunway, nasib baikla diaorng ada boleh tolong. Special thanks go to them.

Sampai sekarang bila diingat balik perangai perempuan dan lelaki tue aku rasa sakit hati gila2, tapi xdela sampai aku pecahkan kereta @ calarkan kereta @ pancitkan tayar. Sebab aku tahu, satu hari nanti dia @ bini dia akan dapat benda yang sama @ lebih teruk dari aku dapat. Oo, yang xnak tolong tue bangsa sendiri iaitu orang melayu sendiri dan berperwatakan baik.