Tuesday, July 26, 2011

Tungku Moden

Biasanya orang tengah berpantang sahaja yang bertungku tapi zaman sekarang nie orang bertungku x kira masa. X semestinya bertungku masa pantang sahaja. Bertungku zaman dulu menggunakan batu besar, bertungku zaman moden sekarang dah pakai bantal dan boleh direcharge lagi. Aku start pakai tungku moden nie sebab perut asyik kembung jer.. Malas nak letak minyak, guna jerla tungku moden untuk legakan perut. Memang best!!

Nak guna tungku moden nie pun senang jer, "charge" x sampai 10 minit dah boleh terus guna. Dan tahap kepanasan tungku moden nie sama jer macam tungku dulu-dulu dan boleh bertahan selama 2 - 3 jam.


Cantikkan kaler tungku moden? Siap boleh pilih kaler lagi dan haruslah aku pilih pink!!!!! hehehe


Yang nie pulak lapik untuk tungku moden. Macam sarung bantalla, kalau xde sarung nie nak pegang tungku nie boleh melecur tangan.



Tempat charge tungku moden. Siap ada "dijamin oleh ISO lagi tungku nie" Oh, kalau nak tahu tungku nie tengah dicharge bila kuar warna merah lampu dan dah habis dicharge adalah bila warna merah tue dah padam.

Monday, July 25, 2011

Wordless Monday #1

Gambar yang diambil sendiri dan tidak diedit menggunakan photoshop.


Ashtry


Air tembikai laici bersama pemandangan indah di putrajaya.

Sunday, July 24, 2011

Bestnya orang cucikan rambut

Sejak akhir-akhir nie aku perasan yang rambut aku sangat banyak gugur. Gugur yang kadang-kadang menyebabkan aku jadi panik kepala botak. Rambut pun kurang bermaya macam dulu. Bili difikir-fikirkan balik dah dekat 6 bulan aku x g potong rambut dan buat treatment. Semalam aku dah tekad, kena gak g saloon rambut bagi orang tue buat treatment. Aku suka pergi Hairven kat Alamanda untuk buat rambut sebab stylist kat situ pandai cuci rambut. Bukan saja cuci tapi siap bagi urutan di leher.

Sampai jer kat Hairven aku terus suh stylist tue cuci, gunting, blow dan buat treatment. Treatment apa aku pilih?Treatment untuk keguguran rambut. Waktu dia tengah cucikan rambut tue rasa macam nak tertido-tido sebab sedap sangat...hehe. Adala dalam 10 - 15 minit untuk cucikan rambut. Pas habis treatment + cuci, aku mintak dia trimkan sikit rambut sebab dah terlampau panjang tapi macam menyesal jer trim rambut baik potong terus rambut.



HIV Test : 20/7/2011

20/7/2011 : Me dan Mr.F telah sepakat untuk membuat HIV Test. HIV test merupakan salah satu syarat dalam proses perkahwinan. Setiap pasangan islam mesti mengambil HIV test kalau nak kahwin. Kami berdua buat HIV test kat klinik kesihatan yang terletak di Bangi, Selangor. Oh, Kalau nak buat HIV Test nie kena buat kat klinik kesihatan kerajaan @ hospital kerajaan sahaja.

Nak buat HIV Test kat klinik kesihatan nie bukan senang. Berapa kali kol nak buat appointment asyik full jer. (yea, kena buat appointment ek). Hari tue siap kol 2 weeks before baru dapat slot. Kat Klinik kesihatan bangi HIV test hanya pada hari Isnin hingga khamis dari pukul 2.00 petang sampai 4.00 petang.

Sampai jer kat Klinik tue terus ke kaunter pertanyaan. Kat situ kami diminta untuk mengisi buku dan borang untuk Hiv test. Selesai sahaja borang diisi kami diminta untuk membayar RM1 sebagai yuran. Tunggula dalam 10 minit sebelum turn kami berdua. Waktu buat HIV Test nie kena masuk sorang-sorang sebab dalam tue kita akan ditanya soalan peribadi contohnya "pernahkan anda bertukar-tukar pasangan @ melayan pelacur @ berkongsi jarum suntikan @ menerima darah tercemar". Pastikan korang jawab dengan jujur. X sampai 5 minit dah siap proses. Kitaorang diminta tunggu dalam 10 ke 15 minit sebelum keputusaan HIV Test diumumkan. Nak tahu x apa result kitaorang? Mestilah NEGATIF!!!! hehe...

Kalau ada diantara pemohon yang positif dalam hiv test nie ujian saringan kedua akan dilakukan. Kalau ujian kedua nie lepas so bolehla kawen tapi kalau ujian kedua nie x lepas, pasangan pengantin ini akan dipanggil untuk sesi kaunseling.


Peralatan yaang digunakan untuk HIV test.


P/s : ini no telefon klinik kesihatan bangi kalau nak buat appointment. 03-89258707.