Wednesday, November 7, 2012

Daging oh daging

Daging yang banyak haruslah diagihkan betul x? ataupun dimasak dengan pelbagai cara. Rumah mak aku banyak betul daging, dan aku rasa mak aku setiap hari akan masak daging. Habislah kolestrol mak ayah aku naik makan banyak sangat daging. Disebabkan aku nie anak mithali kenala ambik sikit daging dibawa balik kerumah aku supaya biar aku yang sakit gemuk. Balik jer sepang terus masak makanan tapi ada sedikit sadis dimana aku x sedar yang beras hanya tinggal satu cupak sahaja untuk dimakan...hehehe. 

ikan tenggiri yang dikidnap dari rumah mak aku sebab rumah aku xde bahan mentah..hehe. Xkanla makan sup tulang ajer..

Sup tulang..cuba tengok lelemak yang ada.. Kat mana lelemak tue sekarang? Ada kat badan aku nie ha...hehehe.


Daging yang terlampau banyak dipeti ais rumah kajang. Gila banyak.. 


Kalau makan nasi xde sayur x sah untuk aku sebab aku gila makan sayur. Jadi kita buat sayur sawi goreng jer. X payahla nak bersayur campur sangat. Bosan...huhu

Jempu makan. Bismillah...

Tuesday, November 6, 2012

My date with my bff

Date with my bff!! Yea, kalau boleh setiap sebulan sekali aku mesti balik kajang dan jumpa bff aku. Masa g nie diaorang nak celbrate my birthday. Saja jer nak jumpa diarong untuk hilangkan stress dan borak-borak mengumpat pasal family, kawan, kerja dan koliya..hehe. Diaorng jemput kat rumah which i really love, sebelum nie asyik aku jd driver tapi kali nie diaorang ambik. Heaven i tell u. Plan g alamanda sebab ada orang tgh mengidam waffle, makanla waffle tapi aku x ambik waffle aku ambik brownies yang manis dan memuakkan...


Waffle stop di Alamanda. Kualiti waffle kat sini macam dah kurang. Mungkin sebab bangla jaga kot. 


Salah satu menu yang kami pilih. Waffle with aiskrim... Yummy. Tp kureng...
Pas makan waffle still lagi lapar kitaorang pun g makan dekat manhanttan fish market. Orang patut makan main course dulu sebelum dessert nie terbalik pulak. Nie pengalaman pertama aku makna kat sini. Sebelum nie ada jugak keinginan nak makan kat sini tapi entah kenapa x pernah masuk pulak.
Kitaorang ambik seafoood plater sebab boleh kongsi ramai orang. Banyak pilihan makanan ada udang, ikan, mussels, sotong, nasi, fries. Tapi disebabkan dah kenyang makan brownies aku x dapat nak habiskan. Gila besar portion dia. 

sedap x? Aku x tahula nak cakap sedap ke x. Sebab aku dah kenyang so xdela menikmati sangat makanan yang disediakan. 
Baki yang tinggal. Aku awal-awal dah surrender. Gila nak habiskan. Mahu muntah balik.

Habis jer makan terus balik sebab masing-masing ada hal. Tp sebelum tue sempat jugak singgah sekolah dulu untuk mengenang kisah lama. 10 tahun dah berlalu sekolah banyak jugak perubahannnya. Nak masuk dalam tapi takde orang. Kalau x boleh jumpa balik cikgu-cikgu lama.



Inilah driver dan PA saya. Saya jadi bos hari tue...hehehe.

Lots of Love:
Maisarah

Monday, November 5, 2012

Ibadah korban

Assalamualaikum.... 
Oops, sibuk sikit sbb tue lama x update.
Mari kita bercerita pasal raya aidiladha bulan 10 hari tue. Aku raya kat kajang... Yup, kajang. Balik sehari sebelum raya dan suami balik petang raya. suami balik sorang sebab dia kena kerja. Aku pulak duduk jer kat kajang smpi ahad..hehe. Suami xnak isteri kebosanan. 

Tahun nie ibadah korban ada 6 ekor lembu yang ditumbangkan. Tahun lepas sembilan ekor. Raya hari jumaat tapi ibadah korban dilakukan pada hari sabtu. Aku kalau nk tengok ibadah korban x payah g surau sebab tengok jer dari balcony. Tapi biasanya aku jarang tengok sebab aku takut kesian kalau kesian mesti x boleh makan lembu... Dengar bunyi lembu pun dah boleh buat aku rasa seriau... Takut rasa kesian datang. 

Lembu yang sedang dilapah oleh orang surau. 


Kat surau taman aku nie biasanya lepas jer sesi melapah diaorang akan buat sup tulang dan juga kari daging. Sedap wei... Sedap sangat. Selang 2 hari lepas ibadah korban iaitu hari isnin Pak tam aku meninggal dunia di hospital sungai besar disebabkan sakit jantung. Last aku jumpa arwah 3 minggu yang lalu dan aku terkejut sangat. Kebetulan pula arwah meninggal di tarikh yang sama pakcik aku meninggal tahun lepas. Al-Fatihah. 


Lots Of  Love
-Maisarah-

Friday, November 2, 2012

Maggi mee Sedap

Jemput makan 👍🍜