Saturday, December 8, 2012

Last minute

Akukan memang cukup menyampah dengan orang yang suka bgtahu last minit. Contohnya besok kena buat sesuatu, hari nie baru nak bagitahu. Hoi, ko ingat kitaorang nie xde family xde plan lainla bgtahu last-last minit ada perjumapaan esoknya. Susah sgt ke nak bagitahu dua hari sebelum? Pissed off ok!!

Thursday, December 6, 2012

I hate u touch screen!!

Sejak pakai handphone touch screen nie aku asyikkkkkkkkkkkkk typo saja. Dahla mula-mula pakai asyik auto correct sampai kena perli dengan kawan-kawan. Almaklumla sebelum nie i pakai handphone nokia ekspress music jer.. Tapi baru-baru nie dekat group wassap lagila teruk aku punya typooooo yang mana ia memalukan aku ok!!! 

Mula-mula aku nak taip perkataan "bell memang gempak!!!" tapi tertaip "bell memang GEMPAL!!!" dan yang menyebabkan jadi igauan ialah orang yang aku maksudkan itu memang berisi.. Gila malu ok. Dah send baru sedar yang K tertukar dengan L!!! That's whyla i hate u touch screen. 

Wednesday, December 5, 2012

Easy aglio olio

Bila terasa malas nak masak untuk makan malam sorang-sorang aku biasanya akan masak western food. Husband is not a big fan of western food jadi kalau nk makan kena masak time dia xde...hehe. Kalau nak yang senang biasanya aku akan masak Aglio olio yang memang simple. Masa rebus spagethi jer boleh buat kerja lain. Senang + cepat. 

Korang perlukan spagethi, aku lagi suka guna angel hair dari yang nie sbb angel hair lagi senang direbus dan nipis. Rebus spagethi dengan air garam dalam 15 - 20 minit atau sehingga lembut. Ambik  bawang putih + bawang merah. Bawang merah potong dadu, bawang putih cincang. Udang @ sotong, capsicum, cili kering dipotong herot, lada hitam + garam. Barang pun x banyakkan? sebab tuela senang...hiks. Masak lagila senang. 

Tmis bawang putih dgn merah sampai layu + wangi, pastue masukkan udang + capsicum dan kemudian masukkan spagethi + cili kering + lada hitam + garam. Dah siap... Boleh makan!!

Tuesday, December 4, 2012

WORD inside my heart

Masyarakat kita nie pelik betul. Yang bunting pelamin dikatakan Mengandung anak luar nikah. Entah-entah first nite dia memang dah subur, laki pulak kuat terusla mengandung. Memangla kita tengok macam pelik tapi kalau itu rezeki dia alhamdulillah.

Yang x mengandung pulak sesuka hati dikatakan susah mengandung @ mandul. Eh, ko ada kuasa tuhan ke nak tahu orang mandul? Boleh x jangan nak bagi tekanan hanya kerana anak? Ramai orang bercerai hanya kerana tekanan nak anak.

Yea, anak adalah penyambung keturunan tapi kalau diri sendiri x terjaga. Ilmu pun tiada ko rasa anak ko akan jadi anak berguna ke? Aku tengah emosi jadi minta maafla kepada orang yang terasa...