Friday, December 14, 2012

Sesat Barat

Oops, aku x buat lagi post pasal annual dinner opis akukan. Tengokla kalau rajin aku letakla ek. Untuk pengetahuan korang aku nie bukanla orang yang pandai pasal jalan-jalan kat KL nie. Aku memang Gagal. Aku nie jenis menghafal jalan tengok bangunan, sekali ko tunjuk jalan aku akan hafal bangunan jer. Sebab tuela bila orang nak ajar aku jalan ikut telefon aku mmg x boleh.

Dipendekkan cerita, masa hari annual dinner akukan dari Shah alam nak gla check in kat hotel untuk bersiap. Mula-mula ingat nak konvoi sekali kawan aku bawak keta laju gila smpi aku x terkejar. So terpaksala pakai WAZE iaitu gps versi iphone. Hambik ko pakai waze lagila aku pening sebab waze nie x boleh detect nama hotel yang aku duduk sbb hotel bajet. Pukul 2 kitoarng gerak pkl 4 petang baru sampai!!! 2 jam sesat!!! Bila sesat apa lagi terus sumpah seranah. Nasib baikla petang nak g sime darby convention center x sesat kalau x nangis lagi...

Wednesday, December 12, 2012

Annual Dinner 2012

Me with my chingguya

Lots of Love : Maisarah

Tuesday, December 11, 2012

Sushi!!! Nyum

Makan sushi sorang-sorang. Nie jerla yang makan. Masuk makan pukul 2.00 pm, balik pukul 2.30pm. Nampak sangat x tahu nak buat apa makan sorang-sorang. Yela, kalau ada kawan best jugak borak-borak. Nie sorang - sorang nak buat apa? Tengok jerla convenyer tue berjalan.

Monday, December 10, 2012

Nasi arab damsyik

Aku x tahula bila orang suka makan nasi arab, tapi aku mula makan 2 tahun lepas. Yang itu pun parents aku kenalkan. Orang lain semua pernah makan 'saba dgn rawhsa tapi kalau korang tanya aku, kedai kat mana pun aku x tahu. Aku x berapa suka sangat makan nasi arab sebab xde kuah, kering + portion banyak. Tapi kalau makan kat Nasi Arab Damsyik nie lain sikit. 

Nasi Arab Damsyik nie terletak kat seremban. Bukan kedai tapi rumah lot tepi dijadikan restoran arab. Tempat jangan risau banyak, dalam rumah boleh, luar rumah pun boleh. Buka setiap hari kecuali hari selasa. Biasanya kalau aku dengan suami datang sini kami mesti makan nasi arab ayam + kambing satu set gabung. Tapi entah kenapa hari sabtu tue kami terorder satu set nasi arab ayam + satu set nasi arab kambing. Alamatnya, terlebihla portion untuk 2 orang makan. Dahla portionnya banyak...


Korang tengokla sendiri nasi arab kambing nie. Nampak x dagingnya? Jangan tertipu ingat ada satu ketul kecik jer, tapi ada TIGA!!! Ada satu macam ribs, pastue lagi dua daging yang besar. Tengokla nasinya besarkan. Kalau makan nasi arab biasanya diaorang akan bagi tairu dengan sambal. Sambal tue terbaik!!! X pedas sangat dan yang penting aku boleh makan...hehe


Yang nie pulak nasi arab ayam. Ayamnya sedap dan lembut. Memang sedapla.. Senang cerita. Tengok nie terus rasa lapar balik..Aish. 

Air pulak kami suami ister suka pesan air habbatus sauda.. Sedap.

Total yang perlu dibayar. Xdela mahal sangat kalau dibandingkan dengan portion yang diberi. Kalau korang teringin nak makan nasi arab bolehla cuba nasi arab damsyik nie. Berbaloi.