Saturday, February 5, 2011

The Green Hornet

Hari Jumaat hari tue Darling ajak g tengok wayang. So pas solat jumaat jumpa dia kat ALamanda. G makan dan tengokla apa wayang yg best skrng. Pening tengok list movie dalam tayangan. Mcm x best jer, yogi bearla, shaolin, HAQ dan etc. Beraturla kami sambil memikirkan citer apa nak tengok. Dalam hati nak tengok The green hornet. Sekali ada satu couple nie nak jual tiket diaorang so beli jerla.

Overall citer not bad, xdela teruk sangat. Kelakar gak citer nie cuma yang x bestnya sebab "KATO" tue jay chou yang pegang. Cubala letak Siwon ke x pun heechul. Sure lagi best..hehe.



P/s: Gambar xde kaitan dengan tajuk sbb x tahu nak letak gambar apa..hehe

Wedding Di JB

Patutnya gambar lain kat atas gambar lain kat bawah. Pagi tadi kul 6 lebih kejut darling suh bgn bersiap nak g Johor. Dalam kul 8.00 dah gerak dari rumah ke stesen ERL nak ke KLIA. He pick me up at KLIA. Gerak dari KLIA kul 9.30 dan kemudian singgah makan jap ke R&R Ayer keroh. Jalan pergi ok jer, x congested sangat. Dalam 12.30 dah sampai dewan pengantin.

Patutnya gambar nie kat bawah tapi dah kat atas malas dah nak betulkan. Sebenarnya x tahu cmner nak betulkan..hehe. Dengan kuasa flash kekasih hati nampak cerah..hehe. Sorry Darling, jgn marah..huhu.

Traffic light presint 9.

Sila fokus pada penrapit yang memakai baju merah. Perlu ke pakai spek mata hitam tue? Benci tul aku tengok.

Cantik betul jalan masuk ke pelamin. Pakai fresh flowers lagi.

Pelamin sangat cantik. Nak pelamin mcm nie aci x?

Menu : Nasi briyani + ayam masak merah + kurma kambing. X suka kambing so x makan tapi terambik sebab ingatkan beef.

Waktu pergi darling drive.

Muka orang tahan ngantuk.

Pukul 2.30 petang dah gerak balik ke putrajaya. Saper yang drive? Kalau darling dah drive waktu pagi, so i have to drive waktu petang. Nak mengelakkan rasa mengantuk nyanyi kuat2 while he is sleeping. Oh, and drive dengan kelajuan yang laju itu sudah pasti 140 km/j. Jalan ok sampaila kat senawang pukul 5.30 petang. Jalan jem teruk. X tahan nak kencing so singgahla kat hentian senawang sekali kena beratur panjang. Kuasa aku nak beratur so teruskanla perjalanan, tengok jalan makin teruk terpaksa kuar kat senawangg ambik lekas. Sekarang nie tengah penat sangat-sangat dan berusah nak habiskan update pas tue tido.

Desa Water Park

29hb hari tue kitaorng ada organize event kat Desa Water Park, salah satu taman tema air yang ada di Malaysia. Kalau orang cakap taman tema air mesti oarang akan ingat Sunway Lagoon jerkan kat KL. Desa Water Park nie dekat sg. besi. Bayaran masuk kalau dibandingkan dengan Sunway Lagoon memang bergandala murah. Sunway Lagoon RM60++, Desa Water Park RM25 jer. Berbaloila kot bayar RM25 dengan kemudahan yang ada.

Sampai jer tengok tempat x happening, terfikir jap kat parking mana jalan nak kuar nnt...hehe. Masuk jer dalam taman tue, trs terdiam alahai sikit jer rupanya game yang ada. Slide adala satu jer, yang lain tue lebih pada pool wave dan tmpt budak kecik main. Tapi xperla, berbaloila dengan apa yang dibayar inclusive makan tengahari. Ooo, lupalak lagu yang dipasang pun x best. Banyak lagu orang-orang tua... Keroncong pun dipasang. X sesuai

Jom tengok gambarr, upload sikit jer. Yang lebih tengok kt FB ek.

Pool wave : Hanya pada pukul 12.30 hingga 1.00 jer ek. Niela main attraction.

Pak Guard nie sangat seksi yo. Pakai legging ok. Geli aku tengok terbonjol2..

Apa kenama tah game tue, start kul 2 petang k. Ada ke patut nak suh tunggu smpi kul 2.

Muka orang bosan tunggu yang lain..hehe

Traffic jam di pagi hari..

Thursday, February 3, 2011

Deria ke-6

Malas lagi sebenarnya nak update blog with pictures and full story of other event which happen for the past few days so i opt for ghost story sessions..hehe. Pas balik dr johor sabtu nie kita buat full updated..huhu.

Korang pernah x tengok hantu? Me pernah a few times gak jumpa hantu sampai kena pakai pedinding or tangkal.

Kisah pertama :

Berlaku waktu umur 5 t@ 6 tahun kalau x silap. Hari hujan lebat sangat berserta dengan kilat dan guruh. Mama mintak tolong angkat baju kat balkoni dengan dia, so aku pun tolongla. Disebabkan pendek, terpaksala panjat lubang-lubang balkoni tue tuk angkat baju. Tengah angkat baju tue tiba-tiba kilat dengan guruh kuat sangat sampai aku pun terkejut dan pejam mata. Mama dah jerit suruh turun, bukak jer mata turun dari lubang tue tiba-tiba nampak kat lantai betul2 kat tempat aku berdiri tue ada kunci yang bercahaya dan besar. besar lagi dr buku teks sekolah. Kunci tue kaler emas dengan ada berlian macam-macam warna.

Terkejutla tengok kunci tue so i called my mom. Mama pun terkejut tengok kunci tue dan pesan jangan pegang atau sentuh kunci tue. Kami berdua cepat-cepat masuk dalam umah sementara tunggu abah balik. Waktu tue hujan tengah lebat lagi. Pulang jer abah, terus tunjuk kat abah kunci tue. abah terkejut jer tengok kunci tue. Tengah tengok tiba-tiba kilat dgn gurh dan kunci tue pun hilang. Kitaorang semua diam dan terkejut.

Kisah Kedua:

Kisah nie pulak berlaku pada umur 5 @ 6 tahun. Waktu tue sepupu aku kemalangan dan meninggal dunia pukul 3 pagi. Kami sekeluarga bergegas balik kampung. Sampai jer kat kampung, abah hantar aku kat umah arwah atok dan abah dan mama bergegas ke rumah makcik. Rumah arwah atok dua tingkat so tingkat bawah ada porch letak kerata. Malam tue aku kat tingkat atas tengok tv dengan arwah atok. Dengar jer kereta abah lalu kat titi depan umah atok terus lari-lari kat tingkap jerit-jerit nama abah. (biasala budak kecik + manja) Waktu kereta abah lalu jer bawah umah tue aku nampak ada orang lain kat belakang kereta. Abah masuk rumah dan naik tingkat atas aku terus tanya abah balik dengan saper. abah terpinga-pinga dan cakap balik sorang. aku pun cakapla kat abah, habis tue yang duk belakang pakai kain putih berikat kat kepala tue saper? abah terus diam.

Seminggu lepas tue, balik jer rumah dapat mimpi. mimpi arwah sepupu, aku dulu rapat sangat-sangat dengan arwah sepupu. Dalam mimpi tue arwah ada bg sesuatu kat aku. Malam tue aku meracau-racau sampai abah dgn mama buat keputusaan untk balik kampung dan bawak berubat.

P/s : Sampai situ dulula ek, nnt kita sambung lagi. Malas nak taip dah..hehe