Wednesday, December 7, 2011

Hari Untuk Bersukan!!

Pada 23 November 2011, kolej ada mengadakan hari sukan untuk student. Acara sukan bermula teat pukul 9 dan berakhir pada pukul 3 petang. Tapi kami semua kena ada disana sebelum pukul 8 pagi. Hujan renyai2 di pagi hari menyebabkan aku sukar untuk bangun tidor tapi aku kuatkan gak hati utk bangun, kalau x memang sure punyala terlambat. Nasib baikla jalan nak ke pusat sukan DBKL x jammed kalau x pening gak. 

Ada 4 acara yang dipertandingkan pada hari tue, antaranya ialah futsal, badminton, bola tampar dan bola jaring. Xde satu pun antara acara tue dimenangi oleh mentee aku..hehe. Xperla, yang penting usaha dan masuk pertandingan...muahahaha. 

Kami berdua adalah antara orang terawal sampai di pusat sukan DBKL. Tengah bosan menunggu semua orang jadi kami pun tangkap gambar sambil melompat tapi kamera gegar....muahahaha. Oh, baju yang aku pakai tue dah xleh pakai dah sebab kaler baju lain turun dan kena ke baju tue... Sedih wei!! isk2



Sebelum acara bermula sesi taklimat diberikan

Bersama mentee-mentee kesayangan

Selain daripada bersukan, aku pun ada buat jualan mihun goreng + air mineral. 

Dan ini adalah pesaing kami.. Kami bersaing menerusi pasaran persaingan sempurna..hehe






Habis jer event sukan, aku terus ambik adik kat mid valley dan bergegas ke Alamanda Putrajaya. Niat di hati sebenarnya nak ke mid valley tapi memandangkan parking penuh dan traffic jammed terus cancel ke mid valley. Sampai alamanda terus singgah makan di nando's..



Lots of Love : Maisarah

Tuesday, December 6, 2011

I heart This Picture



Lots of Love : Maisarah

Monday, December 5, 2011

Langkawi Part 1

2 hari lepas majlis bertandang, kami berdua memulakan perjalanan jauh kami ke langkawi. Drive dari bahau ke kuala perlis. Niat awal nak naik flight tapi memandangkan kami nak singgah di tempat-tempat lain area kedah terus cancel naik flight. Gerak dari bahau pukul 9 pagi. Perjalanan ke kedah adalah sangat tenang sebab pergi pun hari selasa, kereta x banyak. Sewaktu dalam perjalanan kami ada melihat satu kereta myvi yang dipandu dengan laju, ada gak terdetik dalam hati yang kereta ini akan terbalik nanti. X sampai 10 minit, kereta myvi tue terbalik tapi nasib baik xde orang yang tercedera. Singgah sebentar di RNR untuk solat dan makan tengahhari. Sampai di Kuala perlis dalam pukul 4.30 petang. 

Sampai jer di Kuala Perlis kami mula mencari tempat untuk parking kereta. Alhamdulillah dapat parking kereta berbumbung untuk 3 malam dengan harga RM30. Beli tiket kapal dan menunggu sehingga pukul 6.00 petang. Aku nie pulak jenis yang x suka naik kapal sebab mabuk laut. Dalam kapal tue nasib baikla diaorng pasang citer KL Gangster jadi xdela rasa bosan sangat. Perjalanan dari kuala perlis ke langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam.


Sementara menunggu husband parking kereta. 


Sampai jer di langkawi kami terus kol orang kereta sewa. Kat sana kami sewa kereta toyota vios dengan harga RM70 satu hari. Ambik kereta pastue terus ke hotel Bella Vista Langkawi yang terletak di Pekan Kuah. Perjalanan nak ke hotel dari jeti kuah tue xdela lama sangat, dalam 10 minit dah sampai. Rehat-rehat jap pastue terus kuar g makan di pantai cenang. Masa nak g pantai cenang niela kereta xde minyak. Kol orang kereta sewa tue mintak dia hantarkan minyak. Rasa nak marah pun ada gak. 

Keesokan harinia kami mulakan aktivit kami dengan island hoping!!!! Satu kepala RM25. Kat sini korang semua kena pandai cari agent-agent yang boleh berikan harga murah. Ada tempat satu kepala RM30, ada tempat RM35. Nasib kami baik dapat RM25. Island Hoping nie akan pergi ke 3 tempat, Tempat pertama Pulau Dayang Bunting, Yang kedua Eagle Feeding dan yang ketiga Pulau beras Basah. 


Pemandangan dari hotel.


Inilah hotel yang kami duduk. Nampak scarykan? Hotel nie hotel lama dan diubah baru. Alhamdulillah time duduk kat sini xde apa-apa yang pelik berlaku. 




Cantikkan keindahan alam yang tuhan cipta? Nak pergi ke tasik dayang bunting nie memang mencabar kekuatan kaki. Sakit betul masa nak mendaki bukit.  



Kaki Husband dikelilingi oleh ikan keli semasa di pulau dayang bunting. 




Lots of Love : Maisarah

Thursday, November 24, 2011

Wedding Pictures

Persembahkan sedikit gambar perkahwinan aku. 
Tarikh nikah : 22 Oktober 2011 
Tarikh Sanding : 23 Oktober 2011
Majlis Bertandang : 30 Oktober 2011

Ada banyak kisah suka dan duka waktu majlis aku berlangsung. Tapi yang paling aku x boleh lupa adalah pakcik aku meninggal sehari sebelum majlis bertandang. X tergambar perasaan bila x dapat ziarahi jenazah. Tp aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat jumpa arwah pakcik aku 2 hari lepas habis majlis aku hari tue. 

Alhamdulillah masa majlis berlangsung langit cerah. Ramai orang datang majlis aku, dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada yang sudi datang. Aku x sangka pulak sebanarnya kawen nie penat. Habis jer majlis terus semua "pitam" ..hehe. Gambar-gambar kat bawah nie adalah serba sikit dari majlis kahwin aku hari tue. Nnt bila dah dpt dr official photographer aku tayang lagi kat sini ek..hehe.


Gambar masa majlis nikah. Thank u acu tangkapkan gambar nie. Suka sangat-sangat.  Bunga tangan aku tue, aku buat sendiri. Inai di jari pun sendiri...huhu. Semua D.I.Y

Thanks to PB badan aku ada curve yang sangat menawan masa majlis kawen... Suka tengok gambar aku dgn kerawang S & M..huhu. 

Aku memang sangat-sangat bersyukur dan gembira bila pakai pb masa kawen hari tue. Ramai orng puji ok ada curve yang cantik. Xkanla kawen pakai baju pengantin xde curve... Orang akan puji cantik kat depan, tapi kat belakang mesti orang kutuk pengantin pakai baju ketat xde curve. Nak ke macam tue? huhu. Renung-renungkan dan selamat berfikir..hehe. 
Gambar di ambil di Putrajaya. Masa nie panas sangat2.  

Di Teratak Zaba



P/s : Kalau nak tahu lebih lanjut pasal PB email me at : sarahyusof_84@yahoo.com.

Lots of Love : Maisarah