Monday, February 20, 2012

Busy week Busy Day

Last update 1 Februari 2012. Sekarang dag 18 februari 2012. Bukan sengaja xnak update, tapi sibuk dan sindrom malas melanda. AKukan selalu update kat rumah bila sampai rumah pun lewat jadi sindrom malas tue pun datang...hehe. Lagipun sekarang nie tengah sibuk dengan kerja sampai x tahu nak buat yang mana satu dulu. AKu nak update blog jap ek..hehe.

Lots of Love : Maisarah

Wednesday, February 1, 2012

Makan jer kerjanya

Bila stress dengan kerja atau x sempat nak menunggu makanan  fast food jadi pilihan. Not good ok. Bukan sahaja mengemukkan tapi juga banyak kolestrol..hehe. Meh kita tengok apa aku makan sejak beberapa minggu yang lalu..


KFC!! Tapi sejak kisah salah seorang pelajar aku terjumpa dan nyaris termakan ulat dalam ayam KFC terus aku xnak makan. Ulat tue masih hidup lagi masa dia tengah makan KFC...Yucks. Kalau orang bagi free pun aku xnak makan KFC..

Breakfast MC'd.. Yang nie xleh makan selalu sangat tapi sedap!! hehe... Lagi2 rotinya tue. Tengok yang nie terus rasa lapar..hehe.

Telur separuh masak yang banyak kolestrol. Not good tau..haha. 


Minum petang bersam muaz. Muaz yang pesan semua nie, kakak muaz hanya makan sayur timun tue jer..hehe. 


Sedapnya kalau dapat minum caramel macchiato malam-malam nie. Segar bugar jer mata.

Oreo Cheesecake secret recipe. Dulu aku suka makan chocolate indulgance @ choc mud. Tapi sebab dah muak terus tukar cheese cake..

Restoran wajib singgah setiap kali pergi Times Square. APa namanya ek. Rasa Utara x silap. Sangat-sangat sedap. Nampak jer macam mahal kedainya tapi sebenarnya murah dan lauk yang disediakan berbaloi dengan harga yang dibayar. Setiap kali g restoren nie husband mesti order sambal petai udang. I tell ula memang sedap. Dan yang paling penting restoren nie ambik kira setiap pandangan dan aduan yang dibuat oleh pelanggan. Tue yang best tue.

Air Penyejuk badan. Tah apa tah nama air nie. Tapi sedap diminum diwaktu dahaga dan panas..huhu
Lots of Love : Maisarah

Tuesday, January 31, 2012

Seafood Dari Kampung

Setiap kali balik kampung x sah kalau x beli makanan laut yang segar bugar. Segar ok, lepas habis tangkap terus jual. Sampai jer kat rumah terus masak. Manala x terasa kemanisannya...huhu. Kepah nie mama masak mcm biasa jer letak cili kering potong pun dah bertambah aku makan apatah lagi kalau bawak udang besar-besar... Lagila heaven..hehe


Udang galah masak sambal.. Udangnyer besar dan isinya sangat manis. Sedap!!!! hehe

Masak pulak drummet terhangit sikit dicampur dengan kubis masak lemak tapi nasi kena sikit..hehe. Terangkat beb.

Lots of Love : Maisarah

Monday, January 30, 2012

Boling, memanah dan gol!!!

Selaku Pengerusi Kelab Staff aku diwajibkan mengadakan aktiviti staff setiap bulan bermula tahun 2012. Aktiviti Staff pertama untuk bulan Januari diadakan pada hari sabtu 14/1/2012 bertempatt di Ampang Superbowl Times Square. Aku suka main kat sini sebab x ramai orang kalau dibandingkan dengan Bowling Mid valley. Staff dipecahkan kepada 6 kumpulan dan dibahagikan kepada 6 warna yang berbeza.. AKu masuk kumpulan purple dan dengan bangganya aku mengatakan kami kalah pada tarikh itu. Tapi yang paling best sekali aku orang no.2 paling akhir bagi kategori individu..haha. Sorry, i x suka main bowling...hehe. Setiap kali main sekali jerla aku strike yang lain semua ke longkang. Gaya dah cantik tapi masuk longkang gak..hehe.




Habis jer main bowling nampak pulak ada tempat memanah. Apa lagi singgahla kat sana untuk mencuba nasib. Manala tahu kalau x pandai main bowling mesi pandai memanah. Rupa-rupanya sama jer, orang lain memanah pakai dewasa punya alat panah aku pakai kanak-kanak punya..hehe. Orang lain memanah kena kat tempat yang harus dipanah, aku memanah pulak kena kat dinding..haha. Best main memanah nie selain murah diaorng pun ajar macammana nak main. Tapi aku still x pandai nak main..hehe. Oh, kat sini ada pakej, x ingat pulak harganya. Yang paling murah kalau x silap RM10 untuk 12 arrow kot. 



Gaya jer lebih tapi hampeh. X reti main gak..haha.


Jalan-jalan terserempak pulak dengan maskot nie so apa lagi tangkapla gambar. Habis jer main kami pun jalan-jalan cuci mata tengok kedai kat times square. Times Square nie bukan kecik nak berjalan setiap tingkat jangan harapla. Ponat makcik. Bila penat carila tempat makan, nie pun masalah gak. Kedai semua penuh. Last-last pergi kat johnny's, tapi bukan makan steambot, makan set lunch..huhu. Smabil makan sambil borak. Sambil makan sambil pikir nak beli baju apa...haha. 




Chili Flakes

Cili Merah + cuka


Tomyam Soup

Thai tea dan juga ais



Oo..nie makanan yang aku pesan setiap kali datang johnny's. Pineapple fried rice. Sedap!!! 

Lots of Love : Maisarah