Tuesday, October 16, 2012

Sudah-sudahla bertanya

Lagi seminggu lagi cukup setahun aku kahwin. Dalam setahun nie tipula kalau aku cakap aku x tension bila orang asyik tanya bila nak dapat baby. Aku tahu lepas berkahwin orang akan mula berharap kita mendapat baby tapi kadang-kadang bila asyik ditanya dan diberi harapan akan membuatkan aku rasa tertekan. 6 bulan lepas kahwin aku terus jumpa doktor pakar sebab aku dah x tahan dengan pertanyaan orang dan dalam masa yang sama aku n tahu keadaan kesihatan aku. Turun naik hospital tue macam dah jadi perkara biasa. Untuk orang yang x kenal aku mungkin x tahu yang aku nie jenis yg suka simpan masalah untuk diri sendiri. Aku jarang sangat2 nak bgtahu masalah aku kat orang lain termasuk ahli keluarga atau suami sendiri. Aku hanya bgtahu pada bff aku sahaja. Itu pendirian aku. 

Bila jumpa doktor pakar doktor suspek aku ada masalah Hyperprolactinaemia. "Hyperprolactinaemia  is the presence of abnormally high levels of prolactin in the blood. Normal levels are less than 500 mIU/L for women, and less than 450 mIU/L for men.
Prolactin is a peptide hormone produced by the anterior pituitary gland primarily associated with lactation and plays a vital role in breast development during pregnancy. Hyperprolactinaemia may cause production and spontaneous flow of breast milk and disruptions in the normal menstrual period in women and hypogonadisminfertility and erectile dysfunction in men.
Hyperprolactinaemia can be a part of normal body changes during pregnancy and breastfeeding. It can also be caused by diseases affecting thehypothalamus and pituitary gland. It can also be caused by disruption of the normal regulation of prolactin levels by drugs, medicinal herbs and heavy metals. Hyperprolactinaemia may also be the result of disease of other organs such as the liver, kidneys, ovaries and thyroid.[1]"

Bila ada hyperprolactinaemia nie aku mmg susah nak mengandung. Tp ada ubat untuk hilangkan masalah nie dan aku dah pun start makan ubat sejak bulan puasa hari tue. Nk kata dah sihat x jugak, kena jumpa sekali doktor lagi. Sebelum nie aku ada buat mri test sebab doktor ada cakap mungkin aku ada ketumbuhan di kepala. Tp alhamdulillah bila dah buat mri xde. Dalam masa yang sama husband xnak aku stress sebab bila stress boleh menganggu proses pemulihan. Nak kata hati x sedih bila doktor cakap aku susah nak mengandung hari tue tipula. Aku nangis dari luar hospital sampai ke tempat parking. Dahla masa ambik result tue aku sorang2 dan kemudian drive sorang2 ke shah alam. Sampai ke hari nie aku masih lagi dapat soalan yang sama dan aku harap orang yang bertanya tue akan berhenti bertanya. Sudah-sudahla bertanya sebab hati nie dah x dapat menerima sebarang pertanyaan lagi.  



Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment