Friday, December 21, 2012

Rumah idamanku

Rumah merupakan antara aset yang berharga. Kenapa? Sebab harga rumah makin lama makin naik. Buat apala korang beli kereta mahal-mahal contohnya BMw, Mercedez atau porshe sebab lama kelamaan harga kerata akan turun kerana susutnilai. Rumah pulak xde susutnilai, makin membangun tempat korang beli rumah makin meningkat harga rumah. Contohnya kajang, ada satu kawasan tue dibangunkan oleh Naza TTDI, harga jualan pada awalnya hanyalah RM270,000 untuk rumah teres dua tingkat sekarang dah naik harga 1/2 juta x sampai pun satu tahun. Kenapa? Sebab kawasan tue kawasan membangun. 

Kalau nak beli rumah untuk pelaburan, pertama sekali kena pastikan tempat yang korang nak beli tue akan ada pembangunan atau tak. Contohnyala kita tengok kawasan sepang atau nilai. Kawasan nie merupakan kawasan yang akan membangun dan meningkat naik harga hartanah. Kenapa? Sebab KLIA 2 sedang dibina dan ada kolej, universiti dan bangunan kerajaan yang sedang dalam pembinaan. 

2 minggu lepas, aku dan suami berjalan-jalan tengok kawasan perumahan di kawasan pajam, seremban 2 dan bandar sendayan. Rumah kat situ sangat cantik dan kami ada jugak tanam cita-cita nak beli rumah di kawasan itu. InsyaAllah ada rezeki nanati.... :) Rumah yang kami lihat nie rumah contoh di Seremban 2. X ingat pulak keluasan berapa tapi x silap 20 * 70 kot. 4 bilik tido dan 3 bilik air. Harga? X ingatla pulak tapi rasanya antara RM280,000 ke RM320,000 kot. 

Masuk jer rumah contoh terus jatuh cinta tengok interior design...Argh, nak buat rumah macam nie boleh x? Sangat-sangat suka!! hehe.... 

Aku paling suka bilik tido utama, lagi-lagi part ada kerusi kat tepi tingkap tue. Boleh feeling membaca buku sambil lihat rumah orang depan. Bilik utama memang luas dan ada bilik air kat dalam. 
Yang nie pulak ruang rehat di tingkat atas. Cantik jugak.

Bilik no.3 di tingkat atas. Ada bilik air yang dikongsi dengan bilik no.2. Cantikkan letak langsir macam tue. 
Bilik no.2, cantik jugak... Argh, semua cantikla

Ruang tamu dan ruang makan. 

Sebab tuela aku jatuh cinta tengok rumah nie. Jatuh cinta sangat-sangat sampai dah berangan nak buat rumah macam nie. InsyaAllah satu hari nie aku akan dapat rumah nie...hehe.


Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment