Tuesday, December 18, 2012

Kesilapan Lalu...

Tahun baru 2012 bakal berlalu, kalau dilihat dan ditenung segala apa yang aku lakukan sepanjang tahun 2012 tiada apa pun yang dapat dibanggakan untuk diri sendiri. Tiada kejayaan dalam hidup dan tiada apa yang dapat dicapai. Tapi aku anggap semua itu sebagai satu iktibar dan pengalaman untuk menjadikan diri ini lebih matang dan berjaya. Kalau tengok sepanjang tahun 2012 aku banyak buat kesalahan sebagai seorang anak kepada ibu bapa, isteri kepada seorang suami dan seorang manusia yang baik. Aku juga lalai dalam menjalankan ibadahku kepada yang satu.

Tahun depan usia pun dah meningkat ke 29 tahun, lagi satu tahun jer nak masuk angka 30..Takut ada, sedih ada, gembira pun ada. Aku rasa aku dah jadi makin matang dalam kehidupan. Aku bertuah sebab suami aku banyak sedarkan aku tentang tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Aku memang khilaf. Kadang-kadang kita x sedar walaupun kita sembahyang cukup lima waktu ilmu kita masih lagi x penuh di dada. Banyak kesilapan yang aku buat dan aku berjanji untuk menjadi seorang isteri, anak dan kakak yang baik. 

Dah naik 29 tahun dan 1 tahun lebih menjalani hidup sebagai suami isteri aku bersyukur kerana period aku dah kembali kepada normal. Alhamdulillah. InsyaAllah, ada rezeki dan usaha mungkin impian kami nak jadi mummy and daddy akan kesampaian. Doakan kami ya... Amin. 

Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment