Thursday, December 20, 2012

Khasiat Air Zamzam

Sebelum nie aku kurang suka minum air ZamZam jangan ingat bukan-bukan pulak tapi sebab rasa airnya yang lain. Aku tahu air ZamZam adalah penguhulu segala air dan merupakan air paling mulia dan paling baik di bumi Allah S.W.T. Orang sanggup berebut untuk dapatkan air ZamZam. Tapi orang zaman sekarang lagi suka minum air Evian sebab air tue mahal dan datang dari Switzerland...pfft. 

Mari kita tengok apa kebaikan dan khasiat air ZamZam... Rasullah s.a.w bersabda, maksudnya : 
"Air ZamZam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya (akan tercapai)"

Imam At-Tarmizi berkata :

- Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
- Jika dia minum untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
- Jika dia minum kerana Ahklaknya buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
- Jika dia minum kerana kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkanya.
- Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.

Ada banyak lagi khasiat Air ZamZam tapi itu diantara khasiatnya. Semuanya terpulang pada niat, kalau niat kita baik dan elok ketika minum Air ZamZam InsyaAllah, Allah s.w.t akan memakbulkannya. Amin. Wallahu 'Alam 

Sumber dari google...
Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment