Sunday, February 27, 2011

One week update

Been busy for the past few days sampai x sempat nak update blog with pictures. Kerja banyak + tertekan dengan keadaan komuter yang tidak menepati jadual perjalanan menyebabkan aku malas nak update..hehe. So enjoy gambar-gambar di bawah yang sempat ditangkap.


Biasa seminggu aku makan nasi lemak mesti 3 kali tapi sejak last week dah kurangkan makan nasi lemak kepada seminggu sekali. Okla tue, kadang2 bukan sebab nk makan nasi pun tapi sebab nak makan sambal ikan bilis jer...huhu.

Anak kucing yang hanya tinggal seekor dari 3 ekor. Asyik menyusu jer. X tahula kemana hilangnya lagi 2 ekor, dahla masih lagi menyusu tue. Sian kat 2 ekor tue.

Ooo, yang nie abang si kecik tue. Tengokla gaya tido kucing aku nie. Suka sangat buat gaya macam tue. Kitaorng panggil kucing nie "Gila" sebab mmg gila, lari x tentu hala dan kadang2 suka jalan guna dua kaki..huhu.

Tengah sibuk-sibuk kemas almari tiba-tiba ternampak kad ini. Bukak2 rupanya dari darling. Diberikan pada 6 tahun dulu.

Scott's Emulsion Cod Liver Oil. Diwajibkan makan tiap2 hari disebabkan keadaan kesihatan yang selalu sakit. Sebulan sekali mesti sakit, sekarang dah kurang sikit. (X sedap ok)

Nak kurangkan pengambilan nasi dalam masa 1 hari kenala tukar cara makan. Setiap pagi akan ambik breakfast cereal @ biskut. Biskut coklat lexus nie sedap!!

Tengah sibuk-sibuk kemas kotak kasut baru perasan ada kasut yang dah LAMAAAAAA x pakai. Kasut bertutup primavera tue last pakai masa tahun 2007 waktu konvo pas tue dah x pakai dah. Kasut nichii tue kawan bagi pakai sekali jer. Bila difikir-fikir balik kenapala aku selalu sangat beli kasut padahal banyak jer x pakai lagi...ish2, kuat betul membazir..hehe.

Saturday, February 26, 2011

Bergaduh laki bini, anak jadi mangsa

Tajuk best x? hehe... Aku nak cerita sesuatu yang terjadi di depan mata aku semalam. Tepat pukul 9.05 malam pada 25/2/2011, waktu tue aku baru jer sampai kat stesen komuter kajang (train delay!!). Masa tue tengah ramai orang sbb ada yang nak naik train ekspress ke kelantan. Sampai jer kat stesen aku gla mesin atm sebab nak cek haji dah masuk ke belum, masa tue aku ada nampak sorang lelaki nie tgh bercakap kat phone. Anak perempuan dia dalam umur 2 @ 3 tahun datangla dekat dia, nak tahu x apa dia buat? (cuba korang bayangkan situasi ini : Bila orang tengah jalan kita letak kaki nak bagi orang tue jatuh tersebam.) Laki tue buat macam tue kat anak dia!! Anak dia terangkat dan jatuh kepala dulu!! Aku kat situ dah tergamam. Bini dia terus datang ambik dia dan marah laki dia. Nak tahu laki tue jawab apa? "Nsb baik aku x campak anak nie kat landasan!!" Bergaduh laki bini tue kat situ, laki tue trs campak handphone sampai berkecai. Siap cakap kat orang ramai jangan masuk campur urusan aku. Mengigil2 aku bila tgk keadaan tue. Apa jadi kat anak diaorng? Entahla, aku pun x tahu.

Tuesday, February 22, 2011

Biggest Loser

Hari nie 22/2/2011 kawan2 kat opis ajak main the biggest loser. Kami diberi masa selama sebulan untuk menurunkan berat badan. Saper yang menang akan dapat hadiah wang tunai. Penyertaan hanya 3 orang sahaja. Memang sengaja xnak buat ramai orang..hehe. AKu timbang berat pagi tadi 56 kg. So, dalam masa satu bulan target untuk trn dalam 3 kg @ 4 kg. Boleh atau tidak kita tengok jerla nnt pada 22/3/3011.

Nak turunkan berat badan makanan kena ambik jugak, xleh nak diet. Aku jenis yang kena makan nasi setiap hari, sekali sehari jer. Makan nasi tapi dalam portion yang sangat sedikit. Ais pun dah jarang ambik. Sebelum makan minum segelas air supaya cepat kenyang, dan selepas makan tunggu hingga 30 minit baru minum air. Kadang2 lepas sejam baru aku minum. Sit-up x pernah dilupakan. Nak tengok menu yang aku makan untuk hari pertama pertandingan?


Breakfast makan american breakfast. Sangat sedap. Tapi x leh makan selalu, tinggi tue kalori.

In between breakfast dgn lunch ambik sekeping kek pisang.

Nugget, roti sekeping dan rendang ayam. Nie lauk untuk hi-tea sebab waktu nie ada event.

Makan malam : Nasi kerabu tapi nasi separuh...hehe

Oh, sekarang nie asyik minum teh cina jer kalau g minum kat mana2...hehe

Korang rasa aku boleh kurus x? Xdela tiap2 hari aku makan mcm nie, ikut mood jgk. Kadang-kadang makan benda lain, kadang2 x makan..hehe

Sunday, February 20, 2011

I love Sunday!!

Sambil mendengar lagu perfect two by auburn, blog pun dihapdate. Suka hari sabtu dan ahad sebab masa niela dapat berehat dan berjumpa dengan kawan-kawan tersayang. Meluahkan apa yang tersirat dihati, mendengar nasihat dan memberi nasihat... Bergosip pun ada, biasala perempuan. Janganla nak tipu sangat kalau ada yang cakap x pernah bergosip. Sangat menipu.

Setiap kali hari ahad pukul 7.30 malam mesti aku tengok citer nie kat astro ria. Citer Astana, citer nie pasal rumah orang-orang kaya di Malaysia. Hari nie citer pasak rumah dato' haslam. Hari tue kak nita g rumah datin Rahmajah kot, handbag dgn kasut ada yang x bukak lagi. Birkin pun ada ok. Bilala nak jadi kaya ek? Mestila kena berusaha, kalau asyik mengangkang jer susah nak kaya..hehe.

Sambil makan kuewteow sambil tengok tv.

koleksi terbaru fridge magnet. Couple dari korea!! suka

Walaupun kami dah "remaja" kami masih lagi suka mereka2... Pedulik apa kata orang.

Saturday, February 19, 2011

Jalan-jalan di Putrajaya

Jalan-jalan diputrajaya. Walau dah selalu pergi tapi kadang-kadang rasa macam x puas jer tangkap gambar kat situ. G makan kat pakcik joni pastue jalan2 with my friends. Lepak2 dan gosipping..hehe.

Putrajay Cruise : Teringin nak naik.

Sunset di putrajaya.

Apatah nama tempat nie.

Kapal terbang yang melalui putrajaya.

Sedap ok makan pakcik joni.





Larian Muhibbah

Hari nie ada event larian muhibbah. 6.5 km bermula dari pusat sukan dbkl dan berakhir pun di pusat sukan dbkl. Mengimbau kenangan lama merentas desa waktu sekolah dulu. Lima tahun berturut-turut merentas desa, x pernah dapat top 10 apatah lagi top 20...hehe.

Jangan salah anggap pulak ingat aku lari, nan ado. Makcik dah kertu, nak suh lari 6.5 km mahu ambik masa 2 jam lebih..hehe. Mcam-macam ragam ada tgk budak2 nie lari. Ada yang siap bawak payung lari. Belum lagi yang berlari sambil bawak beg..Aigo..hehe. Aku kena jaga checkpoint 7. Checkpoint paling last dan paling mencabar, tapi ada kenangan yang x boleh dilupakan.



Mihun yang disediakan oleh pihak DBKL. Xdela sedap mana tapi telan jerla, rezeki jangan ditolak.

Panas ok jaga checkpoint aku tue. Nsb baik ada payung.

Nak tahu apa kenangan yang paling best kat situ? Makan nasi lemak dekat tepi jalan utama!! hehe.. Pedulik apa kami semua. Dah lapar makan jerla. Bentang suratkhabar, beli nasi lemak pastue makan. Nsb baikla ada pili kat tmpt kami tue. Baca doa terus makan. Dah x kisah dah orang ramai lalulalang..hehe.

Menu breakfast kami..huhu.

Sahabat ketika jaga checkpoint..hehe

Wednesday, February 16, 2011

Taylor Swift - Back To December

Bila dengar lagu nie terkenang kisah-kisah lama. Back to December...Tapi nak tukar ke Back to March boleh?


Tuesday, February 15, 2011

Victoria Secret - Pure seduction

Minggu lepas diriku ada membeli victoria secret body mist "pure Seduction"...nak seduce orang kenala pakai nie...haha. Harga? RM60...mahalla. Sebab apa mahal? Sebab one of my friend kat opis rupanya jual dalam harga RM45 jer... Besok dia nak bawak so nak ambik banyak...hehe. Ada saper nak order? hehe

Cubaan Menabung



Azam bulan 2, nak simpan duit dalam tabung. Eh, simpan duit x semestinya nak kahwin ok. Menabung sebab nak g kkorea jumpa SIWON!!! hehe... Xdela, nak menabung sebab sekarang nie perangai membazir makin menjadi-jadi. Untuk mengelakkan sikap itu semakin teruk kita kena menabung dari sekarang. Oh, tabung tue memang takat tue aja sekarang nie, duit syiling jer banyak sebab x suka simpan syiling. Berat!! hehe

Sambal Kicap & Banduan

Bila masuk part nak letak tajuk terus "blank" jap. Susah betul nak fikir tajuk entry nie..hehe. Petang tadi dalam pukul 2.30 petang me & family g melawat makcik di hospital. My makcik was diagnose with cancer. Sampai jer kat hospital g makan dulu sementara menunggu yang lain. Perut waktu tue mmg lapar giler-giler. Last makan pukul 8 pagi itupun nasi lemak separuh..hehe. Buat tawaf dua pusingan nak makan apa, tengok lauk, tengok nasi ayam, ada bihun sup, ada pesembor dan ada roti canai. Niat di hati nk makan roti canai tapi tah kenapa g beli mee sup. Makan mee sup x kickla kalau x letak sambal kicap, aku dengan anadaian sambal kicap x pedas letakla banyak...isk2.

Letak jer makanan kat meja dah x tunggu dah terus kacau sampai sebati sambalnya dengan sup. Hambik ko, suapan pertama dah mengelupur.... PEDAS GILER!!! Pedas + Sup yang panas memang terbaikla... Dah x sampai 10 suapan aku angkat bendera putih, mana leh tahan pedas giler... Duduk termenung jap mengenang nasib. Lapar punya pasal aku gla pulak beli waffle. Nsb baikla sedap, dapatla mengubat hati yang luka..hehe.

Pas makan + solat terus naik ketingkat 4B. Mula-mula ingat kat tingkat 5B sebab wad perempuan sekali dah xde dah wad perepuan start dari 1/2/2011. Masuk jer kat wad tue jumpala makcik aku. Katil makcik kat tepi tingkap, so katil tengah2 kosong. katil sebelah ada orang2. Kami pun dudukla kat tengah2 smbl borak2, time tue aku dah pelik dah. Kenapa ada pegawai penjara kat sini. Kawan dia ke yang masuk hospital. aku pun tengok2la dekat katil tue sekali nmpk tangan bergari, angkat kepala nmpk banduan tue tengah pandang aku. Apa lagi terus lari g kat ayah akula...hehe. Rasanya mamat tue kena belasah dengan orang kot sebab muka dia lebam2...Ngerila.

Lepas jer borak2 dengan makcik dan tengok keadaan dia ok, kitaorang pun balik. Hujan waktu tue memang lebat sangat-sangat. Petir pun sabung menyabung. Tapi sebab nak balik umah cepat punya pasal, kuatkan hati jer drive balik rumah.

Monday, February 14, 2011

45 minit ke 1 jam

45 minit ke 1 jam, apa kebendala tue. Ooo, itu masa perjalanan naik komuter @ ets dari kl sentral ke kajang & vice versa. Biasa kalau aku naik ets pukul 6.46 petang mesti akan sampai pukul 7.18 malam. Lebih kurang 25 minit jer, lajula tue...Kalau komuter biasa dalam 45 minit. Tadi buat pertama kalinya naik ets dalam 1 jam baru sampai kajang. Ada problem apa tah tadi yang aku dengar kerosakan semboyan. Semboyan tue apa? Apa lagi ketensenan berlaku disitu. Nasibla dapat duduk kalau x mahu aku mengamuk kat dalam tue.

Tadi masa tengah train berenti untuk satu tempoh masa yang lama dalam 15 minit "claustrophobia" menyerang. Hambik ko, terus sesak nafas dan leher dan muka rasa panas. Tah mcmmana rasa mcm nak kuar sangat2 dari ets tue sbb panik menyerang. Damn!! Terus relexkan diri dengan bermain game + minum air. Itu jer yang mampu dilakukan.



P/s : Kalau pakai high heels pastue train delay sakit woo kaki nak berdiri lama. Aku tabik springla orang-orang yang boleh berdiri lama pakai heels.

Friday, February 11, 2011

Deria ke-6 Part 2

Ada part-part pulak ek...hehe. Hari tue citer part 1 sekarang kita citer part 2 pulak. Kalau korang perasan kebanyakan hantu yang aku nmpk waktu aku kecik dulu tapi sejak g jumpa bomoh aku dah xleh nmpk apa2 dah cuma perasaan takut yang tiba-tiba tue biasala. Citer pasal bomoh, Masa g jumpa bomoh tue aku g dgn ayah aku, arwah atok dgn kakak aku utk malam pertama. First night g kena mandi bunga ko...hehe. Waktu mandi bunga tue ayah aku dgn kakak akula teman. mandi kat belakang rumah bomoh tue. (aku time tue 6 tahun ek : budak kecik lagi) Rumah bomoh tue mengadap hutan so korang boleh bayangkanla betapa gelapnya tempat tue. Tengah bapak aku mandikan aku, aku tetiba cakap kat ayah aku "Abah, kenapa kakak tue duk atas pokok". Ayah aku pun jawab : "Mana ada", aku pun balas : "Adala abah, tue kat atas tue rambut panjang". Ayah aku apa lagi terus mandikan aku cepat2 pastu terus masuk umah bomoh tue. kakak aku tiem tue dah masuk dalam awal2..hehe. Hari kedua g umah bomoh tue kakak aku dh x ikut sbb dia takut, aku g dgn ayah dan arwah atok aku. Kena pakai gelang macam tangkal ko..haha.

Nanti smabung lagila part 3 sebab aku dah malas nak taip..hehe.

Thursday, February 10, 2011

Tandas Kampung & Tandas Awam

Dah 2 hari x update tetiba update pasal tandas pulak..hehe. X tahu dah nak update pasal apa, pasal kerja xde masa sebab sibuk sgt2. Aku ingat lagi hari yang g johor tue singgah kat R&R ayer keroh. Sebab x tahan sangat-sangat gla tandas. Beratur sikit punya panjang, tandas ada 4 tapi yang boleh guna hanya 2. Masuk jer kat dalam tue terus aku rasa nak termuntah tapi disebabkan dah x tahan sangat-sangat pejam mata jerla lepaskan isi perut. Nak tahu kenapa? Pad yang terlampau2 banyak main longok kat atas tempat sanitari tue. Kalau bersih xper, ini dengan darah x berbasuh, sungguh b***h. Manala R&R nie x berhantu darah banyak sangat. Kenyang makan darah.

Tuela yang menyebabkan aku x berapa suka melepas di tandas2 awam lagi2 bila ramai orang. Mcm2 bau ada. Lagi rela g tandas berbayar. Kalau x bersih tandas berbayar tue boleh marah orng tue sebab kita bayar so kenala pastikan bersih.



Tandas cangkung dengan duduk mana yang selesa? Aku prefer tandas duduk, tapi kalau kat tandas awam lagi rela tandas cankung sbb gelila kat tandas duduk bila mcm2 orang dah duduk kat situ. yucks. Tapi kalau dah terpaksa sgt aku g jugakla tandas duduk tapi letak tisu kat tmpt duduk.

Tandas kampung, gmbr atas nie tandas orng kampung dulu2. Aku ingat lagi kat rumah arwah atok ada tandas nie kat belakang rumah atok. Nak buang air besar kena angkat air sendiri dalam baldi g tandas nie. Tandas nie xde pam ek, so kena pastikan jumlah air yang dibawa cukup utk membasuh toot dengan tandas. Kenangan betul waktu tue. Pernah sekali aku sakit perut sangat2 x tahan nak ke tandas waktu malam, aku paksa ayah aku teman g tandas. Gila ke apa nak g sorang2, dahla kat belakang rumah lampu pun malap2 jer...hehe. Skrng nie rumah arwah atok dah moden sejak pak teh duduk tandas semua kat dalam dan ada pam air. Tandas nie pun dah lama xde dah dekat 20 tahun xde tapi kenangan tuee sampai bila2...


Tuesday, February 8, 2011

Putra vs Komuter vs ERL vs ETS vs STAR vs Keretapi

Tajuk x hengat, tapi itulah hakikatnya semua public transport di atas aku pernah naik. Kenangan manis, pahit macam-macamla ada. Sekarang nie nak g office tiap2 hari mestilah kena naik Komuter tepat pada pukul 7.57 pagi yang kadang-kadang dibatalkan..muahahaha.

ERL : Yang nie aku naik time nak g putrajaya jumpa kekasih hati. Dr kl sentral nk ke putrajaya RM9.50 ek. Kalau nk g tasik selatan RM4.20 padahal kalau naik komuter x smpi RM2. Kelebihan naik erl nie cepat, luas, wangi dan boleh cuci mata tengok mamat2 orng putih yang hensem...muahahaha. Ala, kalau rmi orng dalam erl nie pun korang x kisah sbb bangla & indon xkan naik nyer sbb mahal. Tapi satu jer yang aku x suka dgn erl nie, nak menunggu sikit punya lama. 30 minit ok satu train tapi lajula..


Komuter : 2 gambar dibawah nie pulak kenderaan aku g balik kerja. Dah 2 tahun lebih ok naik. Malas dah nak complain. Macam tue gakla. Kadang-kadang tetiba delayed, train xdela, aircond xde. Aku jadi penyabar kalau tunggu komuter nie. Pernah delay 2 jam ok!! Cuba bayangkan kalau delay 2 jam xke orng RAMAIIIIIIIIIIIIIIIIII tunggu. Disebabkan dah immune naik komuter nie aku dah x heran bila announce train delay.

Setiap kali hari jumaat mesti tarin delay lagi2 kalau budak2 cuti sekolah. Pening wooo... Yang nie bangla & indon mmg banyak naik. Nasib kola kalau ada bau keti...bertahanla menahan nafas..hahaha. Koc Wanita? Kadang2 ada jer jantan x faham bahasa masuk.

Kalau orang ramai macam nie, confirm aku x masuk. kalau dah kat KlSentral ramai, bayangkan kat Mid v dgn tasik selatan. Mahu nangis kepanasan & kelemasan dgn bau-bauan..hehe.

Aku x suka naik train satu pintu nie. Sesak!! Pernah sekali naik time bulan puasa orang rmi trs nak termuntah bila ada bau wangi menusuk dihidung..hehe

ETS : Oooo..yang nie train kegemaran. Setiap hari isnin - Jumaat hanya pada pukul 6.46 petang. Ada 6 Koc dan selesa. Semenjak dah tukar waktu balik kerja tiap2 hari naik train nie...hehe. Price sama jer ko naik komuter cuma train nie hanya berhenti di MV, BTS, Serdang, Kajang, Bangi, UKM, Nilai dan seremban.

Star : Yang nie okla, cuma pernah sekali jer naik yang xde aircond. Panas ok.

Putra : Kenderaan yang menjadi pilihan untuk ke KLCC. Laju dan cepat smpi. x smpi 5 minit next train dtg... Semenjak ada 4 koc boleh pilih tmpt duduk lg. Kalau dulu jgn harap.

Keretapi : Ha, yang ini waktu pagi kalau train dr tumpat @ singapura benti kat kajang bolehla naik nie sbb trs ke klsentral. Tapi yang nie aku x suka sgt naik sbb bau kat dlm tue sungguh x menyenangkan. Mcm bau orng x mandi. Dahla sesuka hati jer merokok. BOngok. Lgpun aku fobia sikit naik yang nie sbb pernah terjatuh kat landasan keretapi. Sangat memalukan ok. Malu dulu baru rasa sakit....hahahah.

Ala, tertinggal lagi satu iaitu monorel. Yang nie pun aku x suka naik sbb rasa gayat...Lagi2 time buat korner baring...Boleh termuntah kat atas tue..

P/S : semua gmbr google..hehe.

Sunday, February 6, 2011

Cadbury VS Magnum

Magnum? Mesti korang ingat nombor ekorkan? hehe... Magnum aiskrim yang sedap tuela. Petang tadi dalam pukul 3 dah bosan-bosan baca komik selepas gosok baju semua tiba-tiba teringat duit dalam dompet tinggal RM1, minyak dalam kereta dah kureng so trs tukar baju g isi minyak dan kuar duit. Kalau dah kuar x singgah membeli sesuatu memang x sahla kan. Niat di hati nak beli makanan tuk bawak kat opis, bajet dalam RM20++ jer sekali RM40++...hehe.

Komik-komik yang ada dalam rak. Oh, itu baru first layer ek. Ada second layer..hehe. Yup, saya suka baca komik. Ada masalah?

Aiskrim yang sangat sedap. Vanilla ek aiskrim coklat x suka, luar coklat xper..hehe

Sedapnya. Dah dekat sebulan lebih x makan aiskrim + minum ais disebabkan sinus yang sangat-sangat teruk. Doktor pesan jangan minum ais + kena aircond. Tapi sekali sekala xperkan doktor? Nak makan nie pun terpaksa ambik rhinocort dulu sebab hidung dh rasa lain macam..hehe.

Magnum aiskrim mini. Ada 6 dalam 1 kotak harga RM10 kot.. X ingat.


Dan disudahi dengan cadbury fingers with chocolate drinks. Sodap. Murah jer cadbury fingers tue dalam RM4 jer kalau x silap. Cicah pulak dengan air cokolat memang mengancamla..hehe.

P/s : Start esok nak diet drastik. Xnk makan nasi waktu kerja lagi dah disamping tue boleh simpan duit. U can do it!! Chaiyok!!