45 minit ke 1 jam, apa kebendala tue. Ooo, itu masa perjalanan naik komuter @ ets dari kl sentral ke kajang & vice versa. Biasa kalau aku naik ets pukul 6.46 petang mesti akan sampai pukul 7.18 malam. Lebih kurang 25 minit jer, lajula tue...Kalau komuter biasa dalam 45 minit. Tadi buat pertama kalinya naik ets dalam 1 jam baru sampai kajang. Ada problem apa tah tadi yang aku dengar kerosakan semboyan. Semboyan tue apa? Apa lagi ketensenan berlaku disitu. Nasibla dapat duduk kalau x mahu aku mengamuk kat dalam tue.
Tadi masa tengah train berenti untuk satu tempoh masa yang lama dalam 15 minit "claustrophobia" menyerang. Hambik ko, terus sesak nafas dan leher dan muka rasa panas. Tah mcmmana rasa mcm nak kuar sangat2 dari ets tue sbb panik menyerang. Damn!! Terus relexkan diri dengan bermain game + minum air. Itu jer yang mampu dilakukan.
P/s : Kalau pakai high heels pastue train delay sakit woo kaki nak berdiri lama. Aku tabik springla orang-orang yang boleh berdiri lama pakai heels.
0 comments:
Post a Comment