Monday, May 23, 2011

Persiapan perkahwinan yang x siap2

Lama jugak x update blog, ada dekat seminggu. Bukan sengaja x update tapi x berkesempatan nak menaip + malas. Oh, nak update checklist untuk wedding preparetion.

2. Kain nikah (Done)
3. Tukang jahit (X) : X tahula nak hantar kat mana. X dapat nak buat keputusan
4. Catering (X) : Khamis depan br nak g tengok dgn mama...huhu.
5. Butik pengantin (X) : Khamis depan gak dengan mama.
6. Wedding favors (X) : Khamis depan gak.
7. Barang Hantaran (X) : Bulan 6 @ 7
8. Wedding ring for me (DONE!!) : hehehe...yang nie excited t'lebih sgt smpi dh beli. Tp x kecikkan lagi sebab takut smpi bulan 10 size dah lain..huhu. Excitednya. Sangat suka dgn design tue. Simple tapi cantik dah yang paling penting sesuai utk size jari 9 @ 9.5!! huhu.

Apa lagi ek? Adala beberapa benda lagi x settle. Tengok list mcm orng x nak kawen jer sbb banyakkk lagi yang x siap....huhu. Tp seriusla nak kwen bulan 10 nie. Ada lagi 4 bulan, 4 minggu dan 2 hari..huhu. Sekarang nie tengah nak pikir pasal berapa hari nak mintak cuti time kawen nnt...huhu.


Thursday, May 12, 2011

Garden Restaurant, Mid valley

Tujuan asal keluar adalah untuk sesi menonton Fast & furios 5 di GSC midvalley. Sampai jer kaunter tengok seat yang tinggal hanyalah dekat row depan. Terus cancel dan bergerak ke GCS signatures yang terletak di garden tapi hampa sekali lagi sebab dan terlepas waktu tayangan. Tukar plan tengok wayang. Aku ada suggest kat member2 aku nk karaoke, tapi diaorng xnak. So, option paling last adalah window shopping dan makan.

Waktu jalan nak ke mid valley kami singgah makan kat Restaurant Garden. Garden nie ala2 macam fullhouse. Makanan pun lebih kurang sama jer dengan fullhouse. Cuma yang nie ada piano kat tengah2 restoren dan waktu petang biasanya akan ada orang memainkan piano. Garden nie ada cawangan kat alamanda, sunway, the curve, OU.

Pintu gerbang Garden Restoren

Teriyaki chicken : Sedap tapi portion besar. Oh, nie bukan aku punya tapi sempat rasa kawan aku punya. Teriyaki chicken nie set dengan ice lemon tea. Harga RM16.90. Kalau nak soup kena add on RM2.00. (Oh, kenapa kalau set makanan air mesti ice lemon tea? Xde air lain ke?)

Nak tahu apa yang aku makan? Aku minum air jer. Watermelon juice RM9.90. Mahal tapi sedap sangat. Ada jelly kat dalam...huhu.

Tangga untuk naik ke tingkat atas.

Ruang untuk bermain piano

Lampu jalan

Muka yang pucat + mata lebam + kepenatan. Dah berapa hari x cukup tido.

Orang cakap aku kurus tapi aku x rasa kurus pun.

Tuesday, May 10, 2011

Satu hari di zoo negara

Bergerak dari KL sentral tepat pukul 8.00 pagi dan sampai lewat dalam 10 minit di Zoo negara. Hari nie aku kena bawak student g zoo negara jadi sukarelawan bersihkan kandang2 binatang. Oh, itu informasi semua, kalau nak jadi sukarelawan di zoo negara dapatkan borang di laman web dan bawa ke zoo negara. Sukarelawan di wajibkan datang sebelum pukul 8.30 pagi dan dikehendaki untuk membersihkan zoo sebanyak 5 kali sebelum dapat sijil. Nak bersihkan kandang2 binatang nie akan dipantau oleh renjer yang bertugas.

Sampai jer di sana, student dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap satu kumpulan ada 5 @ 6 orang pelajar. Kami diberikan sticker zoo negara volunteer dan harus dilekat setiap masa. Seronok jer tengok budak-budak nie bersihkan kandang zirafah, gajah, badak sumbu, burung dan yang paling best kandang singa!! Oh, diriku hanyalah sebagai pemantau sahaja....hehehe.Kami jalan-jalan dan tengok aktiviti yang dijalankan oleh student sambil tangkap gambar..huhu.

Sticker zoo negara Volunteer

Waktu nie pukul 9.00 pagi, hari masih lagi redup, muka masih lagi bersemangat.

Nasib baik pakai kasut sukan, x macam aktiviti kat bukit gasing pakai sandals jer...huhu.

Makanan waktu lunch

Sedap betul ayam masak merah nie.

Kubis masak lemak

Zon burung

unta tue dah terbaring. Kalau x salah aku, pakcik tram tue cakap umur unta nie 18 tahun @ 8 tahun.. X ingatla plk.

Pertunjukan binatang pada pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang

Ikan apatah tapi besar2...huhu

Dan last sekali kita sudahkan dengan gambar gajah.

P/s : Kualiti gambar adalah sangat sedih sbb guna kamera 4 megapixel. Rindukan samsung 12 megapixelku...

Sunday, May 8, 2011

Ubat Sinus

Sinus @ resdung adalah sinonim dengan aku. Setiap bulan kena demam selsema adalah perkara wajib. Belacan, seafood, aircond, habuk, kucing, ais, aiskrim adalah diantara penyebab sinus untuk dirku. Untuk orang yang ada sinus yang teruk, salah satu simptomnya adalah bersin setiap pagi. Bersin setiap pagi adalah perkara wajib dalah diri. Sebelum aku tahu pasal ubat-ubat sinus aku hanya biarkan diri kena selsema @ sinus. Malas nak g jumpa doktor setiap kali selsema sebab ubat pun kadang2 x bagi kesan apa2. Elok seminggu pastue kena balik.

Kawan aku suggestkan ambik rhinocort aqua untuk hilangkan resdung. Rhinocort aqua nie hanya boleh diambil sekali sehari dan jangan melebihi dos yang dibenarkan. Spray terus dalam hidung. Rasanya mak ai...sangat x sedap dan sangat2 berkesan. Tapi aku berhenti ambil rhinocort sebab aku senang kena cirit birit setiap kali guna. Doktor cakap itu perkara biasa tapi aku yang x tahan.

Sekarang aku pakai beclate untuk gantikan rhinocort. Doktor suggest guna yang nie memandangkan aku xnak teruskan dengan rhinocort. Sama jer cara penggunaan dan kesannya dengan rhinocort cuma yang membezakan adalah aku x kena cirit birit. Beclate nie kena ambi setiap pagi dan digunakan sekali sehari. Sinus dah kurang tapi doktor pesan jangan selalu sangat kena aircond dan elakkan minus ais dan makan aiskrim.



Saturday, May 7, 2011

PICC - Sogo - Masjid Jamek - Jalan Tar

Pagi aku bermula tepat pukul 7.00. Lepas solat subuh x dapat tido balik. Bukan x ngantuk tapi mungkin dah terbiasa dengan keadaan lepas bangun tido terus siap g kerja, badan automatic akan terjaga. X tahu nak buat apa aku on laptop dan terus layan citer korea. Pukul 11 pagi mandi pastue siap2 nak ke PICC tengok pameran pengantin. Xdela pakej yang menarik perhatian sangat. Mahal sangat @ aku yang kedekut? hahaha...

Lepas jer pameran pengantin terus gerak ke Sogo. Oh, nak ke sogo nie aku kena drive sebab bf aku kepenatan. Kami berdua nie mmg teruk sikit jalan2 area KL nie, semuanya berpandukan penunjuk arah @ signboard. Mula-mula aku ada ajak bf naik public transport jer sebab aku x confident jalan KL tapi dia cakap xper, redah jer. Sampai jer kat bulatan depan bank negara terus aku gabra, nk ikut jalan mana. Kawan aku cakap ambik jalan raja laut, aku pun ikut jerla. Pelik jugak, kenapa jalan nie mcm sesak jer, dahla banyak kedai lama2, apsal x jumpa2 sogo. Sekali salah jalan, termasuk masjid jamek. Apalagi pusing balik cari jalan ke sogo.

Sampai jer sogo masuk parking, parking full. Asal ada tempat parking kami park jerla. Survey2 barang jap kat sogo pastue terus berjalan ke arah masjid india dengan jalan tar cari kain nikah. First stop : Gulatis. Pakej yang ditawarkan untuk sepasang kain nikah mahal sangat. Tapi kain untuk bajunya sangat2 cantik. Beadingnya mmg memikat jiwa tapi bila fikirkan amaun yang akan dibayar dan sekali sekala jer pakai terus x jadi beli kat situ.

Second stop : Semua house. Saja jer jalan2 cari kain @ baju siap kat situ. Singgahla kat satu kedai yang ada jual kain untuk nikah pakej sepasang. Murah memangla murah tapi kualiti out. Lacenya x cantik dan nmpk murah. Cancel pembelian dan singgah di pak habib tengok2 cincin nikah. Suka sangat dengan satu cincin nie dan mr BF pun setuju dgn pilihan hati. SA pak habib pun sangat ramah dan sanggup melayan kami dan terangkan setiap satu jenis berlian yang ada kat situ. Mungkin kami akan beli cincin disini.

Third stop : Jakel. Oh, sampai sini terus pergi tingkat 3 @ 4 ( x surela plk tingkat berapa). Sampai2 ada seorang SA nie layan kitaorng dah suggestkan kitaorng ambik pakej untuk baju nikah. SA nie siap pakaikan kain tue atas badan aku supaya aku senang buat pilihan. Design buat aku rambang mata dan kami sepakat ambik design bawah nie untuk baju nikah aku nnt.

Ambik gambar pakai camera laptop sebab tue gambar x berapa sharp. Nnt nak buat kurung modenla...huhu.

Serba satu @ satu jer?

Setiap majlis pernikahan suami akan menghadiahkan kepada isterinya cincin @ serba satu jewellry. Untuk diriku, bf kata nak bagi serba satu tapi masalahnya aku nie bukan seorang peminat @ gemarkan emas. Yea, saya bukan typical perempuan yang akan jadi gila bila tengok jewellry @ akan jewellry. Sampai sekarang pun x pernah pakai barang kemas kecuali cincin risik. Waktu balik kampung masa raya, arwah nenek selalu marah mama sebab x bagi kitaorng pakai jewellry tapi masalahnya kitaorng mmg x suka pakai emas. Arwah nenek ada hadiahkan gelang masa kecik, sampai sekarang aku boleh pakai gelang tue. Yup, sampai sekarang. Menunjukkan betapa keciknya tangan.

Nak cari emas yang sesuai dan betul-betul muat di tangan dan jari adalah amat susah sekali. Size paling kecik ok. Cincin size 9, gelang tangan pulak kena ambik size budak2. Cmner tue? Oh, jam tangan pun aku x suka pakai, sebab nampak buruk sebab tangan kecik sangat. Dah banyak kedai g cari cincin tapi size 9 @ 9 1/2 susah nak dapat. Kalau ada pun design x cantik. Nak mintak kedai kecikkan x boleh. Skrng nie nak cari kedai yang boleh buat custom made design yang kami nak.

Rantai pulak waktu kecik aku pernah pakai tapi bila dah besar nie rasa mcm nak tercekik pulak pakai rantai..hehehe. Lagi satu aku senang kena allergic bila pakai rantai.
Suka sangat design macam nie, nampak simple tapi elegen. Nak g carila design mcm nie. Oh, aku nak emas putih tapi dia cakap ambikla emas. Conflict of interest di situ...hehe. Tapi kitengokla mcmmana nanti.

Update : My parents and i dah buat keputusaan nak buat kat rumah sahaja. senang sikit, parking pun besar kat padang. Sekarang nie nak buat pemilihan catering. Jap lagi nak keluar g beli kain nikah untuk kami berdua. Mama cakap g beli kain lain...hehe.

Tuesday, May 3, 2011

Dewan @ surau @ padang

Semalam berbincang dengan mama & abah nak buat majlis kat mana. Perancangan pertama nak buat dekat dewan GMI tapi x dapat sebab dah ramai orng booking. Mama nak buat kat dewan kat putrajaya tapi abah x setuju sebab takut orang kampung x tahu jalan nak kesana. Abah cakap pilihan terakhir buat kat surau sebelah rumah. Aku bukan x suka buat kat surau sebelah rumah tue, luas memangla luas tapi kalau hujan lebat kawasan tue akan penuh dengan lecak. Mama pun x beberapa setuju sangat buat kat surau tapi kalau dah xde pilihan lain kat situ jerla majlis akan diadakan.

Semalam aku ada dapat info yang dewan di lembaga lebuhraya malaysia boleh disewa untuk majlis perkahwinan. Terus aku bagitahu dekat mama & abah, abah cakap hari nie abah try call untuk buat reservation. Harap2la dapat. Dewan untuk disewa sehari RM1000 fully aircond. Harap-harapla tarikh yang aku kawen tue dewan tue available.

Surau sebelah rumah

Dewan LLM

Update : Baru jer lepas tanya mama pasal dewan. Mama cakap abah ada call person in charge tapi PIC nie cakap dewan tue x disewa untuk setahun. Tapi aku rasa pelik sebab kawan aku ada yang akan buat majlis kat dewan LLM hujung bulan nie, tapi kenapa pulak PIC tue cakap dewan tidak disewa pulak. Dengan penuh kemarahan aku terus tanya kawan aku, dia cakap kalau kol diaorng malas nak layan tapi kalau pergi teru ske LLM senang sikit. Boleh pulak mcm tue.

Sunday, May 1, 2011

Kain (Done) & Design (Not Done)

Yea!! Kain nikah dah ada. Warna putih dan lace. I will upload the photo later. So, sekarang kena cari design baju nikah sebelum hantar ke tukang jahit terpilih. Target nak kena hantar kat tukang jahit bulan nie jugak sebab takut diaorng x nak terima sebab rayakan lagi 4 bulan. Kat bawah nie semua design yang diminati.

P/s : All pics from google image..huhu.

First design : Design baju kurung moden sangat2 sweet. Niat dihati nak buat macam nie. Simple.

Second Design : Design nie pun cantik jugak, cuma untuk leher tue x buat kolar mcm tue. Panas woo, aku nikah nnt kat surau bukan kat umah.
Design ketiga : Cantik tapi simple sangat.