Bergerak dari KL sentral tepat pukul 8.00 pagi dan sampai lewat dalam 10 minit di Zoo negara. Hari nie aku kena bawak student g zoo negara jadi sukarelawan bersihkan kandang2 binatang. Oh, itu informasi semua, kalau nak jadi sukarelawan di zoo negara dapatkan borang di laman web dan bawa ke zoo negara. Sukarelawan di wajibkan datang sebelum pukul 8.30 pagi dan dikehendaki untuk membersihkan zoo sebanyak 5 kali sebelum dapat sijil. Nak bersihkan kandang2 binatang nie akan dipantau oleh renjer yang bertugas.
Sampai jer di sana, student dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap satu kumpulan ada 5 @ 6 orang pelajar. Kami diberikan sticker zoo negara volunteer dan harus dilekat setiap masa. Seronok jer tengok budak-budak nie bersihkan kandang zirafah, gajah, badak sumbu, burung dan yang paling best kandang singa!! Oh, diriku hanyalah sebagai pemantau sahaja....hehehe.Kami jalan-jalan dan tengok aktiviti yang dijalankan oleh student sambil tangkap gambar..huhu.
Sticker zoo negara Volunteer
Waktu nie pukul 9.00 pagi, hari masih lagi redup, muka masih lagi bersemangat.
Nasib baik pakai kasut sukan, x macam aktiviti kat bukit gasing pakai sandals jer...huhu.
Makanan waktu lunch
Sedap betul ayam masak merah nie.
Kubis masak lemak
Zon burung
unta tue dah terbaring. Kalau x salah aku, pakcik tram tue cakap umur unta nie 18 tahun @ 8 tahun.. X ingatla plk.
Pertunjukan binatang pada pukul 11.00 pagi dan 3.00 petang
Ikan apatah tapi besar2...huhu
Dan last sekali kita sudahkan dengan gambar gajah.
P/s : Kualiti gambar adalah sangat sedih sbb guna kamera 4 megapixel. Rindukan samsung 12 megapixelku...
2 comments:
hai! I jumpa your blog masa tengah Google for baju kurung, then interested to read about zoo negara. Hey btw, the Kancil logo on the volunteer sticker tu i yang design. ;) Dulu i trainee at the zoo. *bangga*
Hi. Oh..Sticker tue u yang design? Nice. :)
Post a Comment