Thursday, September 29, 2011

Akhirnya Ke chilis juga

 Aku adalah trauma fobia sebenarnya nak menjejakkan kaki ke chilis. Sebelum nie aku selalu jugak makan di chilis tapi setelah berlakunya satu peristiwa 2 tahun lepas aku mmg x jejakkan kaki di chilis langsung. Tapi hari sabtu hari tue aku kuatkan hati untuk pergi ke chilis untuk lunch sebab aku teringin nak makan chocolate cake. Aku hanya pesan chocolate cake dan ice lemon tea. Mula2 ingat nak minum fruit juice tapi disebabkan fobia aku hanya pesan ice lemon tea. Nampak jer salad lalu terus perut rasa takut...hehe.

Adik punya makanan. Aku hanya makna brocoli dengan mushroom. Gravy tuk mushroom tue sangat sedap!! Daebakla
Yang niela menyebabkan aku kuatkan hati nak makan kat chilis.Kalau x jangan harap aku nk jejak. Tempat lain ada jugak jual tapi x sesedap chilis punya..hehe.
Lepas nie nak g makan kat chilis lagi ke? Mungkin. Tapi untuk makan main course @ appertizer mungkin tidakla. Dessert jer aku berani makan...hehe. Kenapa aku fobia sangat dengan Chilis? Adala sebabnya...huhu

Gaya gedik tengah mencuba cekak ada riben +  tudung. RM5 jer cekak tue, memang berbaloi..huhu
Lots of Love : Maisarah

Wednesday, September 28, 2011

X sakit ke bang tido macam tue?

Renung-renungkan..hehe. Bangun jer dari tido sure kaki dengan bontot mamat nie sakit gila2..hehe
Lots of Love : Maisarah

Tuesday, September 27, 2011

Makan dan makan lagi

Orang cakap nak kahwin nie kena jaga makan, takut berat badan naik mendadak. Tapi aku x bolehla kalau nk jaga makan sebab aku suka makan. Sejak dari sekolah lagi hobi aku makan. Tapi tue waktu sekolahla, metabolisma tinggi makan banyak-banyak pun x gemuk. Tapi sekarang nak makan kena catu boleh buat hidup aku x keruan. X makan nasi waktu malam boleh buat aku mengeletar...hehe. Lagi2 bila tengok mama masak sedap-sedap. Mana boleh tahan beb..hehe. 

Nasib baik ada PB & lactolite..so x payah risau sangat kalau makan waktu malam..hehe. Sorry ek, kalau bab-bab makan nie aku x suka sangat nak kena catu-catu. That is so not me..hehe. 

Mama masak mee sup.. Sangat sedap ok. Makan satu mangkuk.
Ayam masak merah + sambal ikan bilis. Yang nie feveret. Walau dah kenyang mesti makan jugak. Mana boleh tahan, lagi2 mama masak...hehe

Jemput Makan ek..

Ayam 2 ketul +  nasi. Korang rasa aku tambah x nasi tue? Mestilah tambah..hehe. Tp x kisah sebab ada PB + lactolite..huhu
 P/s: Untuk yang berminat nak tahu pasal PB @ lactolite e-mail me at sarahyusof_84@yahoo.com

Lots of Love : Maisarah

Monday, September 26, 2011

Renovation is in progress

Sekarang nie rumah dah macam tongkang pecah.. Bersepah + berhabuk. Hari khamis balik-balik jer rumah terkejut tengok keadaan ruang tamu yang telah hilang tiles + perabot. Boleh x aku tenganga jap. Nak jalan naik ke tingkat atas kena pakai selipar. Dan yang paling x bestnya adalah x boleh tengok TV!! Aku suka tengok Tv!!

Macammana nak jalan kaki ayam kalau dah jadi macam nie? Nak makan pun kena makan dalam bilik stor..isk2

Si Kecik yang suka bila ruang tamu jadi macam nie, mengorek pasir jer kerjanya. Tp nasib baik kecik x membuang dalam rumah kalau x mesti kena sunat dengan mama..hehe
Lots of Love : Maisarah

Sunday, September 25, 2011

Kucing baru dalam hidup kami sekeluarga

Selepas kehilangan kucing kesayangan kitaorng satu keluarga mmg sunyi sangat2 xde kucing nak main. Tapi bila si kecik datang jer terus ceria balik hidup kami melayan kerenah ia. Perangai lebih kurang sama jer, nmpk burung pun lari, bukannya kejar...hehe. Kecik nie adik "Gila" mungkin sebab tue perangai lebih kurang sama...hehe.

Suka betul main dalam bekas kain aku..Nak kena babab nie..hehe.


Lots of Love : Maisarah

Thursday, September 22, 2011

Strategi naik komuter - Part 2

Hari nie kita sambung pulak dengan strategi naik komuter Part 2. Tp kali nie lebih kepada "Do" and "Don't" masa tunggu dan naik komuter.

DO

1.  Jangan segan silu bertanya platform mana dan train yang korang naik tue betul ke x. Ingat!! Mesti bertanya.  Kenapa kena bertanya? Habis tue kalau salah naik train @ tunggu train x ke naya nak tunggu train seterusnya.

2.  X payahla pakai kasut tumit tinggi 5 @ 6 inci masa naik komuter. Okla kalau korang cakap korang x kisah nak berdiri lama tapi menyeksakan orang yang kakinya dipijak oleh kasut tumit tinggi. Sakit woo.. Pernah dulu kaki aku kena pijak, nasib x menangis kat situ.

3.  Nak naik komuter tue boleh x tunggu orang habis keluar dulu. Kesian orang2 yang keluar tapi x dapat. Takut sangat x dapat naik train ek? 

DON'T

1.  Kan dah ada coach khas untuk wanita, kenapa mesti ada lelaki jugak yang masuk. Katalah x faham bahasa melayu @ Inggeris kan ke ada gambar perempuan pakai skirt. Korang lelaki pakai skirt ke? Dahla masuk coach wanita pastue buat2 tido @ baca paper. Macamla kitaorang nie x tahu trick korang tue.
2.  Untuk yang ada couple, x payahla nak mengatal masuk dalam coach wanita tue. Mengada-ngada namanya, biasanya yang mengada-ngadanya perempuan. Nak jugak pakwenya masuk sekali. Masuklah coach campur tue, pakwe kan dah ada xdenya lelaki lain nak raba @ kacau. Yang meraba2 tue pakwe sendiri. :)

 P/s : Itu jerla dulu ek. Xde ideala...hehe


Lots of Love : Maisarah

Wednesday, September 21, 2011

Tutti Frutti datangla padaku

Tutti Frutti
Tutti Frutti dah ada kat kajang!! Kat belakang Hospital. Dah lama x makan. Tengok nie rasa nak makan jer. Sedapnya.


P/s : Gambar tthanks to google image

Lots of Love : Maisarah

Tuesday, September 20, 2011

Salah @ betul pilihanku?

Masa mula-mula pakai PB, aku sama gak macam orang lain sangsi dengan keberkesanan PB. Berhabisan duit tapi pulangan x balik modal. Tapi aku kuatkan hati dan bertekad hanya kerana nak badan cantik sebelum kahwin. First time pakai PB satu badan rasa x kena, nak mengamuk pun ada gak. Dahla first time pakai masa bulan puasa...hehe. Lps sehari pakai PB terus timbang berat badan.. Mmgla x turun dik oi kalau sehari pakai dah terus timbang, ingat London Weight Management ke aper lps treatment trs hilang sekilo. Next week dtg balik treatment naik berkilo..hehe. Ok, balik pada PB untuk aku aku x berapa heran sangat kalau berat badan turun sebab aku palaing pentingkan "inci" @ "cm". 

Kenapa aku lebih pentingkan kurangnya "inci" @ "cm" daripada berat, sebabnya mudah shj. Kalau hilang berat inci x kurang apa maksudnya? Maksudnya lemak kat badan kita nie x hilang tapi yang hilang hanyalah air dalam badan. Berat dah kurang berkilo2 tapi perut mengelebeh.. Sangat x cantik. Itu sebabnya inci penting!! Tp aku sangat2 bersyukur bila diperkenalkan dengan PB oleh my Leader. Berat kurang tapi yang paling penting "inci" @ "cm" kurang. 

Before
Waist : 74cm. Hip : 100 Cm

After

Waist : 69.5cm. Hip : 95 cm
Korang rasa salah @ betul pilihan aku untuk pakai PB? Mmgla pilihanku betul & berbaloi2!! huhu

P/s : Email me kalau nk tahu pasal PB @ sarahyusof_84@yahoo.com

Lots of Love : Maisarah

Duit palsu rupanya


Kalau korang tengok betul2 gambar duit RM10 nie korang nampak x gambar agong yg sepatutnya ada kat situ? Xnampakkan? Aku dapat duit nie masa g makan kat satu restoran. Macammana aku tahu duit nie palsu dan kenapa duit ni tinggal separuh? Time tue aku nak bayar p1wimax kat maybank, bgla duit RM10 nie. sekali akak kat kaunter ckap yang duit nie duit palsu. dan dia kena koyak duit tue. Aku baru jer nak cakap kat akak tue yang aku nk tukar balik duit nie kat restoran tue terus dia koyak. Susahla nk tahu yang duit nie palsu ke x. Xkanla setiap kali dapat duit nak kena tengok satu2. Susahla macam tue.


Lots of Love : Maisarah

Monday, September 19, 2011

Kenangan mengusik jiwa..

NICK CARTER!! I used to SAYANG admire u dulu..haha
Salah satu gambar yang menjadi kesukaan diriku...huhu

Waktu tengah mengemas tiba-tiba terjumpa buku kenang-kenangan. Buku yang pernah dengan bgambar nick carter yo!! Yela, masa zaman sekolah time tue backstreet boys tengah famous, time tue gak New boyz tengah famous gak. Tp haruslah aku minat backstreet boys. Setiap majalah yang ada gambar diaorng mesti beeli. Wajib!! Dulu Nick Carter comei, sekarang dah tembum.. Kena pakai PB nick carter nie, baru elok..hehe

Lots of Love : Maisarah

Sunday, September 18, 2011

Ish2..Sebab niela melayu selalu gagal

Sangat menarik untuk orang-orang melayu zaman sekarang yang berbisnes. Sekarang aku tengah berusaha untuk mencapai apa yang aku impikan. Kena ingat dalam dunia nie rezeki x datag bergolek. Dimana ada usaha di situ ada jalan. 
Copy and paste dari blog my leader. Farihah Hwaiting!! Holland here i come.

Source Dr Azizan Osman 's Marketing Power

Sebab-sebab orang Melayu gagal dalam bisnes

1. Pemberi alasan - "Susah la nak jual corset ni. Ramai dah yang jual. Lagipun aku lelaki kot." "Kat sini TAKDE MARKET la , kawan i dah pernah buat dah"

2. Pemalas - "Malasnya nak pergi ambil stok baru kat gudang."  "Nantilah"

3. Penangguh - "Esok je la pergi ambil stok baru. Sempat lagi. Lagipun bukan ada demand sangat. Hari ni nak lepak-lepak je, dating ke, tengok wayang ke."

4. Perlahan-lahan - "Nak buat bisnes ni kena relax, tak boleh kalut-kalut. Slow-slow la buka kedai. Dorang memang takde pilihan lain dah, area ni aku sorang je buka kedai runcit. Mesti cari aku gak."

5. Penunggu - "Aku rasa kalau aku jual tudung mesti laku, tapi tak de orang la buat lagi. Arghhh! Tunggu je la dulu, kalau dorang buat, untung besar, baru aku jual."

6. Pengikut - "Eh! Jual charkuetiaw macam untung la. Mudah pula nak sediakan. Nak jual juga la. Modal bukan besar sangat pon."

7. Penyibuk - "Agak-agak berapa ye untung kedai depan tu hari ni?"

8. Penuduh - "Ni semua kedai depan tu punya pasal, macam tak boleh jual benda lain je. Tudung juga dia nak jual. Mampus la aku nk survive camni."

9. Pengkritik bukan pelaku - "Ape la dia ni. Tu pon tak reti nak buat, senang je kot. Campur je la air campur dengan batu. Jadilah ABC. Mudah je. "

10. Pertengahan jalan - "Susah la jual baju dalam ni, banyak competition, nak jual baju la pula. Mudah."

11. *Pembiawakan Merujuk kepada sifat sesetengah golongan yang kuat dengki dengan kejayaan orang lain tetapi tidak berusaha untuk lebih berjaya malahan cuba menjatuhkan orang tersebut. Contoh: Seorang lelaki muda memandu kereta Audi meluncur megah disebelah seorang mamat menaiki kapcai. "Eleh! Tu mesti kereta pak dia tu, tak pon kereta company, ataupun dia tu driver VVIP. Jangan harap la muka camtu mampu pakai Audi. Aku yang kerja bertahun-tahun macam nak mati jadi despatch ni pon tak mampu nak pakai. Kerek gila dengan spek hitam segala. Minta-minta dia eksiden kat depan tu. Mati lagi senang. Nyampah aku tengok."

 

With my leader!!


Lots of Love : Maisarah

Musim mengemas rumah dan bilik

Bermula dari minggu lepas lagi parents aku dah start cat rumah dan kemas rumah. Ada lagi 4 minggu 5 hari, banyak lagi benda nak kena buat. Mama dengan abah cat rumah warna peach. Mungkin nak masuk sikit dengan tema, xkan nak cat rumah dengan kaler PINK... X sesuai ok.
 
Rumah dalam proses cat
Rumah tengah dicat dengan warna peach.

 Hari nie pulak aku dengan adik aku kena start kosongkan almari-almari yang penuh dengan harta benda kami sejak sekolah rendah. Almari komik x payah cakapla, x tahu nak letak kat mana. Masa nak kemas nie terbersin-bersin aku mengemas sebab banyak sangat habuk. Waktu kemas niela terjumpa majalah2 sejak tahun 2001 dan buku kenangan aku kat sekolah. Nostalgia sungguh..huhu. Nie baru sikit jer. Next week nak kuarkan almari dgn katil, sebelum tue sesi mengecat bilik.

Proses mengemas tengah dijalankan
Banyak betul barang sebenarnya. Yang nak dibuang kena filter dulu.

Almari yang penuh dengan barang-barang dari sekolah menengah.
Almari komik + novel dah kosong. Almari akan dibuang.
Dah x tahu nak letak kat mana dah barang hantaran, letak atas meja tulis adik buat sementara waktu. 2 almari kat belakang tue akan dibuang.
Adik aku yang sedang membaca komik. Orang suruh kemas baca komik jer lebih. Geram pun ada gak. Barang dia yang banyak sebenarnya,


Lots of Love : Maisarah

Saturday, September 17, 2011

Rasa macam nak menangis pun ada

 Lagi 1 bulan 5 hari jer lagi nak nikah. Masa cepat betul berlalu. Aku dah jadi gila stress tahap gaban dah nie. Ada banyak benda yang aku nak luahkan tapi x terluah. Susah betul nak jaga hati 3 pihak. Kalau jaga hati 3 pihak habis tue hati aku nie saper nk jaga? Persiapan nak cakap dah siap x jugak.. Macam x siap2 jer. Yang paling penting borang nikah pun x hantar lagi. Bila nak hntr pun x tau. Betulla orng cakap dugaan nak kawen nie mmg maha hebat. Kalau x kuat iman boleh merana.. Ya ALLAH, kuatkanla iman dan taqwaku dalam menghadapi semua dugaan dan aku memohon agar permudahkanlah proses majlis perkahwinananku. -Amin-

P./s : Esok aku update blog kisah seminggu ek..huhu.

Lots of Love : Maisarah

Saturday, September 10, 2011

Strategi naik Komuter


Saper kat sini naik komuter? SAYA!!! hehe... Hari nie aku nak bagi tips macammana nak naik komuter iaitu salah satu pengangkutan awam yang ramai orng naik. Nak naik komuter pun kena ada strategi ek? Untuk aku mesti ada strategi...hehe.

  1. Pernah x korang tengok jam yang ada kat setiap stesen tue? Janganla percaya sangat dengan jam tue. Jam tue bukannya betul sangat pun. Ratio jam tue betul adalah 3/10. Yang paling penting setiap kali tunggu train adalah korang kena pastikan korang dengar PENGUMUMAN yang diberikan dari masa ke semasa.
  2. Dekat platform yang kena tunggu train tuekan ada line warna merah, biru dan hijau. Dengar pengumuman, dan kalau diminta korang berdiri di garisan merah, berdiri dekat garisan merah. Janganla berdiri dekat garisan hijau atau biru.
  3. Garisan merah : Train satu pintu, Garisan Hijau : Train 3 pintu dan Garisan Biru : train 2 pintu.
  4. Setiap kali dapat naik train pastikan korang masuk terus ke dalam. Kenapa terus masuk kedalam? Sebab tue kawasan ada aircond. Korang berdiri dekat kawasan pintu tue for sure leh pengsan punyala waktu train ramai orang sebab aircond dah x rasa kat area tue.
  5. Kalau ada yang nk pergi ke midv dan naik train di klsentral x payahla korang berebut nak masuk ke dalam @ nak cari tmpt duduk. Satu stesen jer pun. Dan lagipun nak kuar train kat midv bukan senang. Tunggu jer depan pintu.
  6. Oo.. Yg nie pulak khas utk budak2 sekolah, IPT dan mak bapak yang bawak anak2 kecik. Kalau nak balik dari KL dengan menggunakan komuter pada hari bekerja balikla awal sikit iaitu sebelum masa orang bekerja balik dr pejabat. Waktu puncak komuter tue penuh dan ramai orang bermula dari pukul 5 petang sehinggala 8 malam. Balikla sebelum waktu2 tue. Nie x, dengan anak kecik berebut2 jugak nak masuk komuter. x kesian ke dgn anak tue? Orang yang balik kerja nie pun kdng2 x kesian sbb dah tahu orng balik kerja buat apala nk balik waktu tue.
  7. Waktu puncak train biasa banyak dan datang setiap 15 minit sekali. Waktu biasa 30 minit sekali. Waktu puncak pagi adalah dari pukul 6 - 9 pagi. Petang pula adalah dari pukul 5 - 8 malam.
  8. Selain dari komuter, pihak ktmb juga menyediakan ETS iaitu train 6 koc ke seremban dan KL. Harga tiket sama jer dgn harga biasa komuter. X payah takut naik train nie. Train nie xkan berenti di stesen seputih, salak selatan, labu dan tiroi. Biasanya ets nie waktu pagi adalah pada pukul 8.15 pagi, dan waktu petang 7.20 malam.
Nnt aku sambung lagi ek. Nnt aku bg strategi pulak mcmmana nak baut kalau train delay...huhu. Itupun kalau aku rajin...hehe. Selamat naik Komuter!! hehe...


Lots of Love : Maisarah

Wednesday, September 7, 2011

Ubat nyamuk zaman sekarang


Nyamuk paling suka makan darah. Mcmamana nak bunuh nyamuk? Dulu waktu zaman sebelum adanya ubat nyamuk elektrik kita kena pakai ubat nyamuk lingkaran macam kat bawah nie. Aku nie jenis yang x boleh bau asap ubat nyamuk lingkaran. Kata ada resdung, so senang sensetif pada bau. Bila ada nyamuk xkan nak biarkan jer? Kenala gak pasang ubat nyamuk lingkaran walaupun begitu nyamuk masih lagi ada. Nak tido waktu malam masih lagi x nyenyak sebab nyamuk + bau ubat nyamuk yg menyesakkan hidung.


Pastue ada pulak ubat nyamuk semburan nie, yang nie pun aku xleh hidu. Sangat kuat baunnya dan boleh menyebabkan sakit kepala. Orang hidung sensetif mmg bau-bauan yang macam nie mmg boleh buat sakit kepala. Yang nie pun x tahan lama gak. Kejap jer hilang nyamuknya, pastue dtg balik.

Tapi sekarang aku dah jumpa cara baru untuk menghilangkan nyamuk. Mosquito repellent patch dr tiger balm!! Sangat2 berkesan!! Bau pun x menyegat mcm yang lain. Nak pakai pun senang dan boleh tahan lama. Best!! Dalam satu kotak nie ada 10 keping dan harga dalam RM14++ kot.


Nak guna pun senang, itu yang paling penting. Hanya perlu lekatkan pada baju. Dah siap. Tp satu jer yang kena hati2, pastikan time korang nk basuh baju tue bukak dulu pelekat tue sebab takut nnt terlekat dkt baju terus...huhu.


Lots of Love : Maisarah

Tuesday, September 6, 2011

Kad Kahwin Dah Siap!!


Kad Kahwin dah siap juga akhirnya. Aku dapat kad kahwin nie 3 hari sebelum raya. Mama dengan abah nak kad kahwin siap awal sebab nak bagi kat tetamu masa raya. Sejujur-jujurnya aku kurang berpuas hati dengan kad kahwin aku sebab simple sangat.. Ingat adala kerawang2 rupanya simple jer.. Aish. Tapi yang paling aku x puas hati adalah bila aku buka kad aku tengok peta dengan jemputan salah muka surat. Sepatutnya peta untuk kerumah aku mestilah dicetak bersebelahan dengan jemputan aku, nie terbalik!! Geram gak kat situ, tapi sebab mama dengan abah nak cepat terpaksa jugakla ambik jer.

Dari segi custoner service memang servis kedai nie memang cepat. E-mail hari nie, esok dah dapat tengok artwork cuma masa nak ambik kad nie aku susah sikit nak cari kedainya sebab kedai xde banner! Letakla banner depan kedai tue..


Kad berwarna pink dan hot stamping berwarna silver. Memang pilih warna pink sebab nak samakan dengan tema majlis.


Sampul pun border warna pink.


Lots of Love : Maisarah

Monday, September 5, 2011

Raya Tahun 2011 : Single

Selamat Hari Raya!! Macammana sambutan raya korang tahun nie? Gempak x? Sambutan raya aku tahun nie biasa-biasa jer sebab persiapan lebih banyak ditumpukan khas tuk majlis perkahwinan bulan 10 nie. Waktu balik kampung beraya tue pun adalah sesi untuk menghantar jemputan. Mmgla lambat lagi tapi bila lagi nak jumpa sedar untuk pas kad kahwin. Walaupun sambutan sederhana tapi masih lagi meriah sebab tahun nie last aku sambut raya sebagai "single ladies". Macammanala sambutan untuk tahun hadapan? .

Kami sekeluarga balik kampung belah ayah pagi raya lepas sembahyang sunat hari raya. Selalunya tiap2 tahun kami akan sambut raya pertama di rumah atok belah ayah. Dulu waktu arwah tok mak dgn arwah tok ayah ada kami selalu balik kampung sehari sebelum hari raya, tapi sekarang balik pagi raya. Perjalanan xdela tersangkut dengan kesesakan lalu lintas kecuali masa dekat tanjung karang..Dekat 40 minit kat situ hanya kerana satu traffic light.

Sampai jer kat kampung, kat parit 3 , sungai besar terus terjah dapur nak makan. Sebelum orang baraan sampai kami makan dulu. Menu kat kampung hari tue laksa!! Sedap!! Tapi aku kurang sikit makan masa pagi raya sebab perut terkejut..Makan sikit jer...hehe.

Sufiah yang x boleh duduk diam waktu orang tangkap gambar. Jangan main-main dengan budak kecik nie, baru umur dua tahun dah pandai tangkap gambar. Tue belum lagi main iphone memang daebakla budak2 zaman sekarang nie.


Wawa dina yang nampak sopan tapi kuat nangis..hehe


Tengok tue sufiah tengah buat apa? Main kamera!!


Sungai di depan rumah arwah atok. Kat situ jugak ada orang buat ternakan itik. Best sebenarnya duduk kat kampung nie. Tenang sangat2 dan xde hiruk pikuk macam kat kota. Duduk kat kampung nie x payah pakai air-cond pun xper, malam sejuk giler!! Kipas pun letak no.1 jer..huhu


Raya kedua kami sekeluarga bertolak ke kampung belah mama pulak. X jauh pun, dalam 20 - 30 minit sampai. Kampung mama kat teluk Rhu, dan biasanya kami akan beraya di rumah makcik dan pakcik sedara. Sejak arwah atok dan nenek meninggal setiap tahun kami akan balik beraya pada hari raya kedua dan akan berkumpul ramai2 untuk sesi BBQ di rumah pakcik. Untuk tahun nie bukan sahaja sambutan raya tapi juga sambutan hari lahir ucu..hehe. So, double celebration!!


Kerang bakar!! Tahun nie BBQ xde seafood so x beberapa kick.


Happy Birthday Ucu


Ayam bakar. Gambar gegar sebab tukang tangkap gambar tengah lapar..haha. Mengigil2 tangkap gambar..hehe


Buah - buahan tempatan


Kami kaum wanita tengah sibuk berborak sambil makan. Bersila jer, x perlu meja makan @ kerusi. Yang penting dapat mengeratkan lagi silaturahim.. :)

Lots of Love : Maisarah

Sunday, September 4, 2011

Wordless Sunday #7


Lots of Love : Maisarah

Saturday, September 3, 2011

Selamat Hari Raya

Sticky post sehingga 3/8/2011. New entry dibawah



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Berakhirnya ramadhan dan datangnya syawal. Tahun nie last raya aku sambut solo, tahun depan beraya dengan suami!! hehe...

Lots of Love : Maisarah

Wordless Saturday #5


Lots of Love : Maisarah

Friday, September 2, 2011

Wordless Friday


Lots of Love : Maisarah