Saturday, September 10, 2011

Strategi naik Komuter


Saper kat sini naik komuter? SAYA!!! hehe... Hari nie aku nak bagi tips macammana nak naik komuter iaitu salah satu pengangkutan awam yang ramai orng naik. Nak naik komuter pun kena ada strategi ek? Untuk aku mesti ada strategi...hehe.

  1. Pernah x korang tengok jam yang ada kat setiap stesen tue? Janganla percaya sangat dengan jam tue. Jam tue bukannya betul sangat pun. Ratio jam tue betul adalah 3/10. Yang paling penting setiap kali tunggu train adalah korang kena pastikan korang dengar PENGUMUMAN yang diberikan dari masa ke semasa.
  2. Dekat platform yang kena tunggu train tuekan ada line warna merah, biru dan hijau. Dengar pengumuman, dan kalau diminta korang berdiri di garisan merah, berdiri dekat garisan merah. Janganla berdiri dekat garisan hijau atau biru.
  3. Garisan merah : Train satu pintu, Garisan Hijau : Train 3 pintu dan Garisan Biru : train 2 pintu.
  4. Setiap kali dapat naik train pastikan korang masuk terus ke dalam. Kenapa terus masuk kedalam? Sebab tue kawasan ada aircond. Korang berdiri dekat kawasan pintu tue for sure leh pengsan punyala waktu train ramai orang sebab aircond dah x rasa kat area tue.
  5. Kalau ada yang nk pergi ke midv dan naik train di klsentral x payahla korang berebut nak masuk ke dalam @ nak cari tmpt duduk. Satu stesen jer pun. Dan lagipun nak kuar train kat midv bukan senang. Tunggu jer depan pintu.
  6. Oo.. Yg nie pulak khas utk budak2 sekolah, IPT dan mak bapak yang bawak anak2 kecik. Kalau nak balik dari KL dengan menggunakan komuter pada hari bekerja balikla awal sikit iaitu sebelum masa orang bekerja balik dr pejabat. Waktu puncak komuter tue penuh dan ramai orang bermula dari pukul 5 petang sehinggala 8 malam. Balikla sebelum waktu2 tue. Nie x, dengan anak kecik berebut2 jugak nak masuk komuter. x kesian ke dgn anak tue? Orang yang balik kerja nie pun kdng2 x kesian sbb dah tahu orng balik kerja buat apala nk balik waktu tue.
  7. Waktu puncak train biasa banyak dan datang setiap 15 minit sekali. Waktu biasa 30 minit sekali. Waktu puncak pagi adalah dari pukul 6 - 9 pagi. Petang pula adalah dari pukul 5 - 8 malam.
  8. Selain dari komuter, pihak ktmb juga menyediakan ETS iaitu train 6 koc ke seremban dan KL. Harga tiket sama jer dgn harga biasa komuter. X payah takut naik train nie. Train nie xkan berenti di stesen seputih, salak selatan, labu dan tiroi. Biasanya ets nie waktu pagi adalah pada pukul 8.15 pagi, dan waktu petang 7.20 malam.
Nnt aku sambung lagi ek. Nnt aku bg strategi pulak mcmmana nak baut kalau train delay...huhu. Itupun kalau aku rajin...hehe. Selamat naik Komuter!! hehe...


Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment