Waktu kecik dulu korang ada cita-cita x? Aku dulu masa sekolah rendah bercita-cita untuk jadi cikgu. Setiap tahun dari darjah 1 sampaila darjah 6 cita-cita mesti nak jadi cikgu... Kenapa aku nk jadi cikgu? Sebab mama cikgu..hehe. Orang tua2 cakap "mana tumpahnya kuah kalau bukan keatas nasi". Tapi bila naik Form 1 cita-cita aku bertukar...hehehe. Nak tahu apa cita-cita aku masa form 1? Mestilah nak jadi .............. PRAMUGARI!!! hehe.... Serius aku punya cita-cita time tue nak jadi pramugari, nak jadi pramugari sebab seronok dapat terbang seluruh dunia dan yang paling best sekali dapat pakai baju kebaya ketat...muahahhaha.. Disebabkan cita-cita nak jadi pramugari niela aku mls nak belajar sebab masa tue aku dapat tahu yang nak jadi pramugari hanya perlukan SPM dan kena pandai BI..hehe. Budak-budak lagi time tue.
Naik form 3 kesedaran dah mula timbuk sikit, aku mula bercita-cita nak jadi peguam. Kenapa nak jadi peguam? Sebab aku suka loyar buruk kot..hehe. AKu pun x beberapa ingat kenapa aku nk jadi peguam. Tapi bila result PMR kurang memberangsankan 4A dan 4B terus tukar cita-cita. Aku nie jenis yang malas nak membaca dan menghafal, so x sesuaila nak jadi lawyer..hehe.
Masa Form 4 aku ambik aliran akaun sebab aku suka matematik dan mengira duit. Waktu nie xde cita-cita lagi, Tapi masa nie aku mula berjinak-jinak dengan sukan olahraga so angan-angan nak jadi atlet tue memang ada tapi x sedar diri sikit aku nie. Setakat dapat pingat perak mana layak nak jadi atlet..hehe.
Jadi, cita-cita nak jadi atlet tue tinggal angan-angan jerla..hehe.
Dan entah macammana aku mula suka pada subjek akaun sehinggakan masuk matrik ambik akaun. Dekat UUM pun ambik akaun dan akhirnya cita-cita aku adalah untuk menjadi akauntan @ auditor. Minat sangat-sangat tapi apakan daya tidak sampai 7 bulan berkerja aku pun berhenti disebabkan tekanan kerja yang teruk.
So, sekarang aku bekerja sebagai apa? AKu bekerja sama profession dengan mama iaitu mengajar cita-citaku semasa kecil. Aku pun x sangka yang aku akan mengajar kerana aku mengharapkan yang aku akan menjadi auditor sepanjang hidup aku. Tapi, aku bukan hanya nak menjadi seorang tutor sahaja sepanjang hidup aku, aku mahu menjadi seorang ahli pernigaaan yang berjaya satu hari nanti. AMIN.
0 comments:
Post a Comment