Thursday, January 5, 2012

Kerawang Annual Gathering

Tahun 2010 gathering kerawang diadakan di PD untuk, tahun 2011 di Full house Jalan Yap Kwan Seng dan tahun nie di Shogun. Mont Kiara. Setiap tahun tarikh yang sama iaitu 1 Januari. Tetapi yang berubah hanyalah bilangan geng kerawang yang datang. Memandangkan tarikh 1 januari jatuh pada hari ahad dan isnin cuti ramai ahli kerawang yang mengambil peluang bercuti dan balik ke kampung. Jadi daripada 14 orang jadila 4 orang...hehe. Tahun nie sambut di shogun, Mont Kiara dan kurang meriah sebab kerawang x cukup korum kot.. Kalau x mesti tempat tue boleh jadi gamat dengan suara kami ajer..hehe. 



Interior design kat shogun nie okla not bad. Cozy tapi panas mungkin sebab tempat yang kami duduk tue dekat dengan dapurnya. Luas sebab kena tawaf banyak tempat tuk ambik makanan. Tapi yang aku paling x suka kat tempat nie adalah pilihan lagunya. Mak aii, boleh tertido ko sambil makan. Gila lagu mendayu-dayu pasang, orang makan pun jadi lambat sebab ikut rentak lagu. BOSAN kot. Pasang pulak kuat gila, lagila bosan. 
Lampu yang digantung. Cantikkan.. i like. 
Kalau akula kena susun macam tue tah berapa kali buat baru boleh berdiri dengan betul. Xpun terjatuh banyak kali. Eh, nie tempat dimsum tapi disebabkan dah kenyang x makan pun. Terus rasa rugi..Aish.

Yang nie pulak booth tempura @ makanan goreng2. 

Jom kita tengok gambar makanan pulak...hehe. Ada banyak booth makanan. Ada section sushi, makanan goreng, western, dimsum, dessert, ais kacang dan banyak lagila. X semua makanan aku ambik sebab dah kenyang kot. Tempat2 macam nie janganla ambik nasi. Rugi ok. Kena ambik portion sikit-sikit so boleh rasa semua tapi nie pun x rasa semua. Aku banyak ambik dessert sebab biskutnya sangat sedap!!!!!!!!! Panas-panas lagi. Yummy!!!

Pinggan pertama : Salad sotong, salad lobster, ikan dory, udang tempura, garlic bread dan kepah. Sedap woo kepah dgn salad lobster. 

Nie pinggan naba : kepah, ikan masak apa tah dengan telur.

Red bean mochi


Miso soup. Sheera punya. Aku x makan miso sup sebab rasa pelik sangat kot. 




Oreo and chocolate cake. kenyang kot. Sampai x hbs makan. Dessert kat sini sedap. Argh..terbayang-bayang biskut yang sedap tue. 


Green tea untuk mencuci perut yang kanyang...hahaha.


Dan yang akhir sekali mestilah gambar geng kerawang yang x cukup korum itu...hehe. Xper, nnt kita buat makan-makan lagi..hehe. 


Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment