Saturday, October 13, 2012

Motif Harga naik?

Sejak aku duduk sepang nak g kerja aku kena naik ERL dari Salak Tinggi. Dah nak dekat 6 bulan aku naik erl tiap-tiap bulan aku bayar RM285 tapi bermula bulan Oktober dah naik harga jadi RM330!!! Naik dekat RM50 tue!!! Yang aku bengang pihak erl hanya keluarkan notis dan tampal dekat papan kecik sebelah kaunter... Hello, ko boleh letak penukaran waktu perjalanan sebesar-besar alam tapi kenapa kenaikan harga x letak banner? Takut pelanggan marah ke? 

Ada jugak orang tanya kenapa nak naikkan harga. Ada orang erl bgathu kenaikan harga adalah disebabkan diaorang nak upgrade internet jadi 4G!! Eh, aku bayar RM50 untuk 4G yang aku hanya guna untuk 27 minit pagi dan 27 minit petang. Dahla kata 4G tapi lembap gak... Geram betul aku. Tapi nk buat mcmmana dah itu sahaja pengangkutan awam yang ada kat situ terpaksala naik... :( 



Lots of Love : Maisarah

0 comments:

Post a Comment