Monday, November 19, 2012

Cuti - cuti KL!!

13/11/2012 hari jadi husband sama juga dengam hari deepavali. Memandangkan cuti dan family husband ada kat  sepang kami semua buat keputusaan bercuti di KL. Yup KL, plan asal hanya g berjalan sahaja x tido sana tapi macam x best jer kalau jalan-jalan sekejap pas tue terus balik. Terus booked hotel federal sebalah low yat. Okla hotel federal untuk harga RM230 untuk bilik superior tanpa breakfast. Bilik pun xdela besar mana cuma tandas hotel sangat best. Aku kalau g hotel tengok tandas dulu. Sampai jer terus g makan dekat Rasa Utara Times Square. Lepas makan terus jalan-jalan area Bukit Bintang, dalam pukul 10 kitaorang hantar PIL balik hotel dan kami sambung perjalanan ke Pavilion. Pergi pavilion dari hotel federal jalan kaki jer, bukan jauh manapun tapi yang paling penting dapat menikmati malam bukit bintang. ORang x payah cakapla memang ramai, pusat urut pun ramai. Pelacur dengan pondan pun ramai. AKu macam rasa tengah jalan dalam cerita KL Gengster plk masa tue.

Sejujurnya ini kali pertama aku ke Pavilion. Terkejut gak g Pavilion malam-malam masih lagi ramai orang lepak kat Restaurant. Tapi yang paling aku terkejut tengok ramai betul orang melayu yang minum arak secara terbuka. Diaorang nie x takut dengan azab api neraka? Dahla busuk bau arak tue, macammanala diaorang boleh minum arak yang diumpamakan air kencing setan tue.. Ish2. Kitaorang jalan-jalan pastue lepak kejap kat starbucks. Ramai gak kat starbucks. 

Suasana Pavilion waktu malam. Ramai ok orang walaupun dah pukul 11 malam. 

Kat Starbucks nampak menu baru Fettuccine pasta salad. Nnt nak belila boleh try manala tahu sedap. 


Besoknya dalam pukul 8 kami dah gerak pergi cari breakfast memandangkan hotel x provide breakfast. Gla makan kat coffea club Bukit Bintang. Tengok harga sikit punyala mahalll... Terkedu gak. Nak kata sedap okla, kat situ kalau ambik yang jenis american atau english style baru ok. 

Aku ambik menu nie : Pancake apa tah. RM13.90 berserta english tea. Aku suka sebab pancakenya nipis dan maple syrup x manis sangat. Lawan pulak dengan strawberry. Lagila sedap... 

Lepas habis breakfast sambung jalan lagi g Pavilion. Nak shopping kat sana tapi xde nafsu. Duit bukan xde tapi masa nie aku period. Memang kena PMS yang agak teruk, nafsu shopping terus jatuh. Padahal ada hati nak masuk MNG cari jeans tapi xde mood. Masa aku tengah tunggu PIL shopping mengcangkung kejap sebab sakit perut sangat-sangat, terus kena marah dengan pak guard. Aish, aku tahula Pavilion tue shopping mall mahal, nak sangat jaga standard tapi sediala banyak sikit tempat duduk. 




Us at Federal Hotel


Lots of Love:
Maisarah Mohd Yusof

0 comments:

Post a Comment