Aku x tahula kenapa tv selalu sangat pasang cerita hantu kalau khamis malam jumaat.. Memang hantu kuar khamis malam jumaat jer ek? Hari lain x keluar? Minggu nie aku nak cerita pengalaman aku dengan makhluk nie lagi. Kita mulakan dengan pengalaman masa kecik ek.
Dua-dua kejadian nie berlaku kat rumah pakcik aku kat perak dengan pahang. Kita mulakan dengan kejadian di perak. Rumah uncle aku kat perak nie jenis rumah lama. Rumah utk DO yang lama, banglo papan yang lama... Masuk jer rumah tue xdela perasaan takut ke apa, aku cuma pelik satu benda jer kat rumah tue yang mana ada satu cermin kat dalam satu bilik pakcik aku tutup dengan cermin. Aku tanyala kenapa tutup, pakcik aku senyum jer. Pas jalan-jalan kat rumah tue sambil layan sepupu -sepupu lain borak aku teringin nak g toilet. Toilet nie terletak kat dalam rumah betul-betul kat area tv. Masa nie sepupu aku semua ada, termasukla ayah aku dan pakcik-pakcik aku.
Pintu tandas tue lebih kurang macam niela, kena bukak dua-dua pintu kalau nak masuk tapi xdela pintu tue secantik pintu nie, buruk sikit. Masa aku masuk tandas aku ada satu sikap yang mana kalau aku takut aku takkan tutup pintu tue, tapi entah kenapa masa aku masuk terus aku tertutup pintu tue rapat. Jadi aku panik dan terus bukak pintu dan tengok semua orang xde dan tv tutup. Benda nie berlaku x sampai pun 10 saat. Aku terus tutup pintu tandas balik tapi x rapat dan buang air kecil. Disebabkan takut, aku buat semua tue x sampai 3 minit. Bukak jer pintu tandas aku nampak semua sepupu-sepupu aku ada kat situ tgh tengok tv dan aku tanyala diaorang g mana tadi, diaorng cakap ada jer kat sini tengok tv.
Satu lagi kejadian adalah di pahang, nak g umah pakcik aku nie kena lalu hutan. Aku suka duduk tepi tingkap dan tengok pemandangan dan rumah-rumah kat situ. Aku ingat lagi bila lalu satu simpang ada sebuah rumah besar dengan budak-budak main kat rumah tue. Bila balik jer dari rumah pakcik aku, aku tengok rumah tue xde dan aku terus tanya mak ayah aku mana rumah tue. Diaorang terus senyap dan x bagi aku duduk tepi tingkap dah.
0 comments:
Post a Comment