Lepas habis jer kitaorang tengok rumah terus mama ajak g makan ikan bakar dekat Aroma Ikan Bakar yang terletak di Pantai jeram. Aroma ikan bakar nie sangat besar dan terletak kat tepi laut. Ada tiga jenis tempat duduk. Satu yang berhawa dingin, satu yang besar yang mana kita kongsi dengan orang lain dan satu lagi tempat duduk bersila macam pondok kecik. Yang pondok kecik nie kena bayar RM10, memangla kena bayar tapi privasi terjaga sikit. Aroma ikan bakar nie bukan setiap hari isnin hingga jumaat pukul 3pm smpi malam dan hari sabtu dan ahad pukul 12 tengahari sampai malam.
Masuk jer korang akan nampak tempat pilih ikan, pilihan sangat banyak. Ada sotong, udang, ketam, kerang, kepah dan bermacam jenis ikan contohnya ikan kerapu, siakap, pari, merah dan ikan yang aku x tahu nama..hiks. Ikan memang fresh sebab kawasan pantai jeram nie banyak nelayan. Kat sini korang pilih ikan dan terus pilih nak bakar, kukus atau masak jenis apa. Bgtahu tempat duduk korang. Satu peraturan kat sini, kalau dah duduk x boleh dah tukar tempat duduk.
Kitaorang pilih tempat duduk yang betul-betul mengadap laut. Masa kitaorang pergi nie tengah air surut dan panas. Ada kipas tapi masih lagi panas.
Aku order air kelapa sebab tengok banyak sangat kelapa, tapi sayang lupa mintak ais. Kalau sejuk lagi sedap.
Antara lauk yang kitaorang pilih adalah ketam masak sos kot. Sedap sangat kuahnya. Menjilat jari, ketamnya pun fresh.. Habis licin.
Selain ketam, kitaorang order udang jugak. Butter orawn yang sedap jugak. Selain lauk nie ada jugak kitaorang order pari bakar perapan sedap giler, sotong bakar sama jugak sedap, ikan siakap masak stim terbaik dari ladang dan sayur campur. Makan memang x hengat duniala. Nasik sikit tapi lauk banyak.
Selepas makan... Sedap sangat ok. Lupa pulak nak bagitahu harga. Ada kisah sebenarnya bila nak bayar, kitaorang punya resit yang disimpan di cashier hilang so mama cakapla setiap lauk satu persatu dengan bagtahu iakan besar mana, sotong besar mana. Semua sekali orang tue kira RM120 sahaja termasuk air. Memang murah. Mama pun ada citer gak masa g makan dgn abah ambik ikan pari dengan sotong baru RM25 untuk dua orang. So kira murah sangatla tue.
Kalau korang nak makan ikan bakar yang sedap dan murah aku cadangkan makan kat aroma ikan bakar Kuala selangor. Memang sedap dan berbaloi. Daripada korang makan kat sekinchan ikan bakar yang x sedap tue baikla korang makan kat sini. Lagi sedap.
0 comments:
Post a Comment