Saturday, September 10, 2011

Strategi naik Komuter


Saper kat sini naik komuter? SAYA!!! hehe... Hari nie aku nak bagi tips macammana nak naik komuter iaitu salah satu pengangkutan awam yang ramai orng naik. Nak naik komuter pun kena ada strategi ek? Untuk aku mesti ada strategi...hehe.

  1. Pernah x korang tengok jam yang ada kat setiap stesen tue? Janganla percaya sangat dengan jam tue. Jam tue bukannya betul sangat pun. Ratio jam tue betul adalah 3/10. Yang paling penting setiap kali tunggu train adalah korang kena pastikan korang dengar PENGUMUMAN yang diberikan dari masa ke semasa.
  2. Dekat platform yang kena tunggu train tuekan ada line warna merah, biru dan hijau. Dengar pengumuman, dan kalau diminta korang berdiri di garisan merah, berdiri dekat garisan merah. Janganla berdiri dekat garisan hijau atau biru.
  3. Garisan merah : Train satu pintu, Garisan Hijau : Train 3 pintu dan Garisan Biru : train 2 pintu.
  4. Setiap kali dapat naik train pastikan korang masuk terus ke dalam. Kenapa terus masuk kedalam? Sebab tue kawasan ada aircond. Korang berdiri dekat kawasan pintu tue for sure leh pengsan punyala waktu train ramai orang sebab aircond dah x rasa kat area tue.
  5. Kalau ada yang nk pergi ke midv dan naik train di klsentral x payahla korang berebut nak masuk ke dalam @ nak cari tmpt duduk. Satu stesen jer pun. Dan lagipun nak kuar train kat midv bukan senang. Tunggu jer depan pintu.
  6. Oo.. Yg nie pulak khas utk budak2 sekolah, IPT dan mak bapak yang bawak anak2 kecik. Kalau nak balik dari KL dengan menggunakan komuter pada hari bekerja balikla awal sikit iaitu sebelum masa orang bekerja balik dr pejabat. Waktu puncak komuter tue penuh dan ramai orang bermula dari pukul 5 petang sehinggala 8 malam. Balikla sebelum waktu2 tue. Nie x, dengan anak kecik berebut2 jugak nak masuk komuter. x kesian ke dgn anak tue? Orang yang balik kerja nie pun kdng2 x kesian sbb dah tahu orng balik kerja buat apala nk balik waktu tue.
  7. Waktu puncak train biasa banyak dan datang setiap 15 minit sekali. Waktu biasa 30 minit sekali. Waktu puncak pagi adalah dari pukul 6 - 9 pagi. Petang pula adalah dari pukul 5 - 8 malam.
  8. Selain dari komuter, pihak ktmb juga menyediakan ETS iaitu train 6 koc ke seremban dan KL. Harga tiket sama jer dgn harga biasa komuter. X payah takut naik train nie. Train nie xkan berenti di stesen seputih, salak selatan, labu dan tiroi. Biasanya ets nie waktu pagi adalah pada pukul 8.15 pagi, dan waktu petang 7.20 malam.
Nnt aku sambung lagi ek. Nnt aku bg strategi pulak mcmmana nak baut kalau train delay...huhu. Itupun kalau aku rajin...hehe. Selamat naik Komuter!! hehe...


Lots of Love : Maisarah

Wednesday, September 7, 2011

Ubat nyamuk zaman sekarang


Nyamuk paling suka makan darah. Mcmamana nak bunuh nyamuk? Dulu waktu zaman sebelum adanya ubat nyamuk elektrik kita kena pakai ubat nyamuk lingkaran macam kat bawah nie. Aku nie jenis yang x boleh bau asap ubat nyamuk lingkaran. Kata ada resdung, so senang sensetif pada bau. Bila ada nyamuk xkan nak biarkan jer? Kenala gak pasang ubat nyamuk lingkaran walaupun begitu nyamuk masih lagi ada. Nak tido waktu malam masih lagi x nyenyak sebab nyamuk + bau ubat nyamuk yg menyesakkan hidung.


Pastue ada pulak ubat nyamuk semburan nie, yang nie pun aku xleh hidu. Sangat kuat baunnya dan boleh menyebabkan sakit kepala. Orang hidung sensetif mmg bau-bauan yang macam nie mmg boleh buat sakit kepala. Yang nie pun x tahan lama gak. Kejap jer hilang nyamuknya, pastue dtg balik.

Tapi sekarang aku dah jumpa cara baru untuk menghilangkan nyamuk. Mosquito repellent patch dr tiger balm!! Sangat2 berkesan!! Bau pun x menyegat mcm yang lain. Nak pakai pun senang dan boleh tahan lama. Best!! Dalam satu kotak nie ada 10 keping dan harga dalam RM14++ kot.


Nak guna pun senang, itu yang paling penting. Hanya perlu lekatkan pada baju. Dah siap. Tp satu jer yang kena hati2, pastikan time korang nk basuh baju tue bukak dulu pelekat tue sebab takut nnt terlekat dkt baju terus...huhu.


Lots of Love : Maisarah

Tuesday, September 6, 2011

Kad Kahwin Dah Siap!!


Kad Kahwin dah siap juga akhirnya. Aku dapat kad kahwin nie 3 hari sebelum raya. Mama dengan abah nak kad kahwin siap awal sebab nak bagi kat tetamu masa raya. Sejujur-jujurnya aku kurang berpuas hati dengan kad kahwin aku sebab simple sangat.. Ingat adala kerawang2 rupanya simple jer.. Aish. Tapi yang paling aku x puas hati adalah bila aku buka kad aku tengok peta dengan jemputan salah muka surat. Sepatutnya peta untuk kerumah aku mestilah dicetak bersebelahan dengan jemputan aku, nie terbalik!! Geram gak kat situ, tapi sebab mama dengan abah nak cepat terpaksa jugakla ambik jer.

Dari segi custoner service memang servis kedai nie memang cepat. E-mail hari nie, esok dah dapat tengok artwork cuma masa nak ambik kad nie aku susah sikit nak cari kedainya sebab kedai xde banner! Letakla banner depan kedai tue..


Kad berwarna pink dan hot stamping berwarna silver. Memang pilih warna pink sebab nak samakan dengan tema majlis.


Sampul pun border warna pink.


Lots of Love : Maisarah

Monday, September 5, 2011

Raya Tahun 2011 : Single

Selamat Hari Raya!! Macammana sambutan raya korang tahun nie? Gempak x? Sambutan raya aku tahun nie biasa-biasa jer sebab persiapan lebih banyak ditumpukan khas tuk majlis perkahwinan bulan 10 nie. Waktu balik kampung beraya tue pun adalah sesi untuk menghantar jemputan. Mmgla lambat lagi tapi bila lagi nak jumpa sedar untuk pas kad kahwin. Walaupun sambutan sederhana tapi masih lagi meriah sebab tahun nie last aku sambut raya sebagai "single ladies". Macammanala sambutan untuk tahun hadapan? .

Kami sekeluarga balik kampung belah ayah pagi raya lepas sembahyang sunat hari raya. Selalunya tiap2 tahun kami akan sambut raya pertama di rumah atok belah ayah. Dulu waktu arwah tok mak dgn arwah tok ayah ada kami selalu balik kampung sehari sebelum hari raya, tapi sekarang balik pagi raya. Perjalanan xdela tersangkut dengan kesesakan lalu lintas kecuali masa dekat tanjung karang..Dekat 40 minit kat situ hanya kerana satu traffic light.

Sampai jer kat kampung, kat parit 3 , sungai besar terus terjah dapur nak makan. Sebelum orang baraan sampai kami makan dulu. Menu kat kampung hari tue laksa!! Sedap!! Tapi aku kurang sikit makan masa pagi raya sebab perut terkejut..Makan sikit jer...hehe.

Sufiah yang x boleh duduk diam waktu orang tangkap gambar. Jangan main-main dengan budak kecik nie, baru umur dua tahun dah pandai tangkap gambar. Tue belum lagi main iphone memang daebakla budak2 zaman sekarang nie.


Wawa dina yang nampak sopan tapi kuat nangis..hehe


Tengok tue sufiah tengah buat apa? Main kamera!!


Sungai di depan rumah arwah atok. Kat situ jugak ada orang buat ternakan itik. Best sebenarnya duduk kat kampung nie. Tenang sangat2 dan xde hiruk pikuk macam kat kota. Duduk kat kampung nie x payah pakai air-cond pun xper, malam sejuk giler!! Kipas pun letak no.1 jer..huhu


Raya kedua kami sekeluarga bertolak ke kampung belah mama pulak. X jauh pun, dalam 20 - 30 minit sampai. Kampung mama kat teluk Rhu, dan biasanya kami akan beraya di rumah makcik dan pakcik sedara. Sejak arwah atok dan nenek meninggal setiap tahun kami akan balik beraya pada hari raya kedua dan akan berkumpul ramai2 untuk sesi BBQ di rumah pakcik. Untuk tahun nie bukan sahaja sambutan raya tapi juga sambutan hari lahir ucu..hehe. So, double celebration!!


Kerang bakar!! Tahun nie BBQ xde seafood so x beberapa kick.


Happy Birthday Ucu


Ayam bakar. Gambar gegar sebab tukang tangkap gambar tengah lapar..haha. Mengigil2 tangkap gambar..hehe


Buah - buahan tempatan


Kami kaum wanita tengah sibuk berborak sambil makan. Bersila jer, x perlu meja makan @ kerusi. Yang penting dapat mengeratkan lagi silaturahim.. :)

Lots of Love : Maisarah