Monday, December 12, 2011

10 Things I LOVE!!!


10 THINGS I LOVE


1. Menari
Mesti ramai yang x percaya yang aku nie suka menari? Sejak dari sekolah lagi aku suka menari, siap masuk pertandingan cheerleader lagi tapi kalah...hehe. Aku suka gila menari tarian MODERN!! Disebabkan minat dengan menari sampaikan kokurikulam yang diwajikan masuk di UUM pun aku ambik Tarian Melayu...hehe. 4 semester belajar menari. Tapi aku sebenarnya x suka menari tarian melayu tapi dah itu jer yang ditawarkan terpaksala ambik. Salah satu event besar yang aku kena menari masa kat UUM adalah masa Sukan UUM...Kekok wei menari tengah-tengah padang..hahaha, 


2. KPOP 


Kpop merupakan kegilaan aku sejak setahun yang lalu. Tetapi yang membuat aku jatuh cinta dengan dunia kpop adalah sejak aku menonton cerita full house. Sejak dari itu aku dah mula berjinak-jinak dengan dunia korea tapi kegilaan tahap kronik aku terhadap korea adalah sejak tahun lepas. Aku beli hard disk pun sebab nak simpan semua gameshow, variety show, konsert pasal group kpop kesayangan..hehe. 


3. KASUT

Aku suka betul kumpul kasut. Kalau dibilang dan dihitung aku ada dekat 20 pasang kasut. Ada high heels, sandal, wedges, flats, sneakers. Aku nie pulak jenis yang kalau beli kasut suka tengok design bukan keselesaan...hahaha. Lepas tue mulala menyesal sebab kasut jer cantik tapi x selesa nak dipakai...hehe. Dan kemudian dijadikan alasan untuk membeli kasut baru. Abah dan mama pening tengok kasut aku yang berlambak..hehe

4. SHOPPING
Kalau ada duit aku mesti shopping!! Asal ada duit jer mesti cari masa untuk shopping. Kadang-kadang aku saja jer masuk lmn web shoppingnsales nak tengok jualan murah terkini supaya senang cari alasan untuk pergi shopping..hehe. 


5. MAKANAN
Makanan mesti wajib masuk..sebab aku suka makan..hehe. Tapi tengok gak keadaan dan juga lauk yang dihidangkan. Kalau lauk yang dihidangkan tidak menepati selera aku x makan pun.

6. IPAD 2
Aku x boleh hidup tanpa ipadku. Rasa macam x lengkap jer dunia. Dulu aku ada laptop dan dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Dekat 6 tahun laptop tue berjasa padaku tapi akhirnya rosak juga. Lepas tue x pernah beli laptop sampaila sekarang. Ipad 2 tue pun aku dapat sebagai hantaran..huhu.


7. HANDPHONE

Seriously i can't live without a phone. Oh, and my handphone is not as smart as my friend phone...huhu. Yup, aku x pakai smartphone. Aku masih lagi pakai nokia Expressmusic yang telah dibeli 4 tahun yang lepas. Kalau orang lain sanggup mengikat perut nak beli smartphone, aku x termasuk pada golongan itu... Selagi handphone x rosak, aku xkan beli handphone baru..huhu.

9. Movie
Suka tengok wayang tapi xde masa nak tengok. Dulu sebelum kahwin setiap dua minggu mesti g tengok wayang tapi sekarang nie dah dekat 3 bulan aku x tengok cerita terbaru di panggung wayang. Kalau tengok wayang aku suka tengok citer romantic comedy, comedy, action @ cartoons. Kalau citer hantu jangan harapla aku nak tengok. Kat rumah pun x layan citer hantu. 


10. HANDBAG


Aku suka kumpul handbag dan aku suka tukar-tukar handbag kalau g kerja. AKu x kisah jenama bila beli handbag tapi aku x suka beli "fake" handbag. Untuk aku kalau x mampu nak beli handbag berjenama macam gucci, louis vuitton and etc x payahla beli yang tiruan semata-mata nak menunjukkan yang ko mampu beli. 

Lots of Love : Maisarah

Saturday, December 10, 2011

Cita - citaku

Waktu kecik dulu korang ada cita-cita x? Aku dulu masa sekolah rendah bercita-cita untuk jadi cikgu. Setiap tahun dari darjah 1 sampaila darjah 6 cita-cita mesti nak jadi cikgu... Kenapa aku nk jadi cikgu? Sebab mama cikgu..hehe. Orang tua2 cakap "mana tumpahnya kuah kalau bukan keatas nasi". Tapi bila naik Form 1 cita-cita aku bertukar...hehehe. Nak tahu apa cita-cita aku masa form 1? Mestilah nak jadi .............. PRAMUGARI!!! hehe.... Serius aku punya cita-cita time tue nak jadi pramugari, nak jadi pramugari sebab seronok dapat terbang seluruh dunia dan yang paling best sekali dapat pakai baju kebaya ketat...muahahhaha.. Disebabkan cita-cita nak jadi pramugari niela aku mls nak belajar sebab masa tue aku dapat tahu yang nak jadi pramugari hanya perlukan SPM dan kena pandai BI..hehe. Budak-budak lagi time tue. 


Naik form 3 kesedaran dah mula timbuk sikit, aku mula bercita-cita nak jadi peguam. Kenapa nak jadi peguam? Sebab aku suka loyar buruk kot..hehe. AKu pun x beberapa ingat kenapa aku nk jadi peguam. Tapi bila result PMR kurang memberangsankan 4A dan 4B terus tukar cita-cita. Aku nie jenis yang malas nak membaca dan menghafal, so x sesuaila nak jadi lawyer..hehe.



Masa Form 4 aku ambik aliran akaun  sebab aku suka matematik dan mengira duit. Waktu nie xde cita-cita lagi, Tapi masa nie aku mula berjinak-jinak dengan sukan olahraga so angan-angan nak jadi atlet tue memang ada tapi x sedar diri sikit aku nie. Setakat dapat pingat perak mana layak nak jadi atlet..hehe. 
Jadi, cita-cita nak jadi atlet tue tinggal angan-angan jerla..hehe. 


Dan entah macammana aku mula suka pada subjek akaun sehinggakan masuk matrik ambik akaun. Dekat UUM pun ambik akaun dan akhirnya cita-cita aku adalah untuk menjadi akauntan @ auditor. Minat sangat-sangat tapi apakan daya tidak sampai 7 bulan berkerja aku pun berhenti disebabkan tekanan kerja yang teruk. 


So, sekarang aku bekerja sebagai apa? AKu bekerja sama profession dengan mama iaitu mengajar cita-citaku semasa kecil. Aku pun x sangka yang aku akan mengajar kerana aku mengharapkan yang aku akan menjadi auditor sepanjang hidup aku. Tapi, aku bukan hanya nak menjadi seorang tutor sahaja sepanjang hidup aku, aku mahu menjadi seorang ahli pernigaaan yang berjaya satu hari nanti. AMIN. 

Lots of Love : Maisarah

Friday, December 9, 2011

Pertandingan Nasyid

30 November 2011 kolej menganjurkan pertandingan nasyid antara mentor. Satu kumpulan dibentuk melalui 2 orang mentor. Setiap kumpulan dikehendaki untuk menyayikan 2 buah lagu. Kumpulan aku memilih lagu keluarga bahagia daripada kumpulan saujana dan satu lagu wajib iaitu lagu awal muharam. Aku pulak kena baca sajak. Memang menakutkan. Mengeletar tangan first time baca sajak depan orang ramai. Mengajar x sama ek dengan buat persembahan...muahahhaha. Setelah berhempas pulas membuat persembahan kami hanya mendapat tempat ke-4...hehe. 



Nama event adalah "ketika cinta bertasbih". Rasanya dah macam nama citer indon jer..huhu.


Yang diselimuti dengan kain batik itu adalah student ek. Dia menyamar jadi mayat.  Masuk lagu awal muharram terus bangun, mestilah ramai yang terkejut. 

My group!! MAna aku? Ada kat sebelah tengah tue turn nak baca sajak. Time niela mengeletar x hengat dunia. muahahaha.. Tuela, saper suruh tawarkan diri baca sajak..hehe. Kat bawah nie ada lagi gambar-gambar group lain tengah perform. 



 Dan yang paling last sekali adalah gambar tutor tengah interframe sementara menunggu juri kira markah. Gambar pemenang x tangkap sebab bateri habis..hehe(tapi sebenarnya cemburu kalah..hehe)

Lots of Love : Maisarah

Thursday, December 8, 2011

My Wedding Picture : Kajang

Akhirnya, masa yang dinanti-nanti telah pun tiba. Dah dapat gambar kahwin!!! X lama pun aku tunggu gambar kahwin nie. Dan memang berbaloi-baloi. Dapat Dua storybook, 1 album dengan 200 keping gambar, 3 CD dan satu gambar besarrrrrrrrr sebesar aircond...huhu Yeah!! Aku tergelak-gelak tengok gambar kahwin, malu pun ada gak..hehe. Sebenarnya penat gak nak tangkap gambar kahwin nie. Dengan baju yang berat ditambah pulak dengan makeup yang tebal...Penat wooo... 













Gambar yang selebihnya ada di facebook, mls nak upload di sini.. Jurugambar rasmi adalah KameraKapok

Lots of Love : Maisarah