Tuesday, November 20, 2012

Cantiknya

Masa kat Pavilion hari tue sempat gak singgah kat Swarovski. Gilala cantik semua barang kemas kat situ. Tapi aku x beli pun, xde mood nak beli. Meh kita tengok yang mana aku minat. Nanti nak g swarovski nak ambikla satu...hehehe.


Aku suka cincin nie sebab designnya unik dan banyak batu. Harga pun not bad. Tp size tue menjadi masalah pada aku sebab akukan pakai size tujuh. Mana ada size tujuh. Sedih.

Satu lagi yang aku minat gelang tangan bentuk LOVE tue. Lawa giler. Harga pun not bad dalam RM395. Yg ini masih lagi dalam ingaun. Sekali lagi pergi mungkin ambik...hikhik.

MIL ada beli dekat Swarovski so dapatla free giftm speaker @ radio dengan batu swarovski nie. Kitaorang pun tanyala harga satu nie berapa. Rupanya RM750!!! Gila mahal speaker nie.


Lots of Love:
Maisarah

Monday, November 19, 2012

Cuti - cuti KL!!

13/11/2012 hari jadi husband sama juga dengam hari deepavali. Memandangkan cuti dan family husband ada kat  sepang kami semua buat keputusaan bercuti di KL. Yup KL, plan asal hanya g berjalan sahaja x tido sana tapi macam x best jer kalau jalan-jalan sekejap pas tue terus balik. Terus booked hotel federal sebalah low yat. Okla hotel federal untuk harga RM230 untuk bilik superior tanpa breakfast. Bilik pun xdela besar mana cuma tandas hotel sangat best. Aku kalau g hotel tengok tandas dulu. Sampai jer terus g makan dekat Rasa Utara Times Square. Lepas makan terus jalan-jalan area Bukit Bintang, dalam pukul 10 kitaorang hantar PIL balik hotel dan kami sambung perjalanan ke Pavilion. Pergi pavilion dari hotel federal jalan kaki jer, bukan jauh manapun tapi yang paling penting dapat menikmati malam bukit bintang. ORang x payah cakapla memang ramai, pusat urut pun ramai. Pelacur dengan pondan pun ramai. AKu macam rasa tengah jalan dalam cerita KL Gengster plk masa tue.

Sejujurnya ini kali pertama aku ke Pavilion. Terkejut gak g Pavilion malam-malam masih lagi ramai orang lepak kat Restaurant. Tapi yang paling aku terkejut tengok ramai betul orang melayu yang minum arak secara terbuka. Diaorang nie x takut dengan azab api neraka? Dahla busuk bau arak tue, macammanala diaorang boleh minum arak yang diumpamakan air kencing setan tue.. Ish2. Kitaorang jalan-jalan pastue lepak kejap kat starbucks. Ramai gak kat starbucks. 

Suasana Pavilion waktu malam. Ramai ok orang walaupun dah pukul 11 malam. 

Kat Starbucks nampak menu baru Fettuccine pasta salad. Nnt nak belila boleh try manala tahu sedap. 


Besoknya dalam pukul 8 kami dah gerak pergi cari breakfast memandangkan hotel x provide breakfast. Gla makan kat coffea club Bukit Bintang. Tengok harga sikit punyala mahalll... Terkedu gak. Nak kata sedap okla, kat situ kalau ambik yang jenis american atau english style baru ok. 

Aku ambik menu nie : Pancake apa tah. RM13.90 berserta english tea. Aku suka sebab pancakenya nipis dan maple syrup x manis sangat. Lawan pulak dengan strawberry. Lagila sedap... 

Lepas habis breakfast sambung jalan lagi g Pavilion. Nak shopping kat sana tapi xde nafsu. Duit bukan xde tapi masa nie aku period. Memang kena PMS yang agak teruk, nafsu shopping terus jatuh. Padahal ada hati nak masuk MNG cari jeans tapi xde mood. Masa aku tengah tunggu PIL shopping mengcangkung kejap sebab sakit perut sangat-sangat, terus kena marah dengan pak guard. Aish, aku tahula Pavilion tue shopping mall mahal, nak sangat jaga standard tapi sediala banyak sikit tempat duduk. 




Us at Federal Hotel


Lots of Love:
Maisarah Mohd Yusof

Thursday, November 15, 2012

Wah, dah mula tunjuk taring

Untuk3 bulan aku dah mula kena kerja hari ahad. Minggu lepas aku masuk kerja macam biasa, biasanya hari ahad ada staff lain sekali kat opis tapi malangnya hari ahad tue aku sorang. Bukak pintu opis dan lampu macam biasa pastue masuk bilik lecturer. Student pun masuk sekali. Letak-letak barang sekali orang MRCB datang tanya kat komputer mana yang x boleh pakai, blackout area mana. Aku dengar terus tergamam, pastue cakap kat orang MRCB tue "Encik, sy baru jer sampai, Sayala orang pertama yang bukak kolej dengan bukak lampu. Takde pun blackout dr td." 

Orang MRCB tue cakap mmg ada orang kol tadi. AKu terus keluar bilik lecturer tengok department lain xde orang pun. AKu tanyala kat dia saper yang kol. Dia cakap perempuan nama "AZLINA"!! Pastue dia siap tanya kat sini ada hantu ke? Korang rasa aku jawab apa? Sambil senyum aku jawab "ADA"!! Pas jer orang MRCB tue pergi aku dah mula takut dan mintak student teman aku g mana-mana...hahaha. 

Opis aku tue mmg banyak dah kes berlaku, siap ada opismate main kejar-kejar lagi. Ada yang kena kacau dinding kena ketuk kuat-kuat, ada yang dengar perempuan menangis dalam toilet. 

Thursday, November 8, 2012

Suami Tak Romantik

Kalau korang tengok wedding anniversary ticker aku menunjukkan yang dah setahun 2 minggu aku berkahwin. Candlelight dinner? Hadiah? Suprises? Semua xde...hehe. Nak kata aku x kecewa dia x buat apa-apa tipula, ada jugak kekecewaan. Waktu birthday pun dia kena kerja dan wish aku lambat giler... Tp besday tue nasib baik dia belikan iphone jadi xdela marah sangat.

Memang sejak dari azali lagi aku tahu yang suami aku nie bukan jenis suami yang romatik. Dia nak belai ko setiap masa tue memang nan hadola. Nk kol setiap masa macam suami orang lain tue mmg jgn harapla. Kalau nak dicerita masa kami bercinta jarak jauh dan di kerja dengan bank kesibukan dia x payah nak cakapla. Nak kata aku x makan hati dulu tipula tapi makin lama aku dah biasa. Dulu dia yg akan kol aku pagi dan malam. Aku jarang kol dia sbb aku xnk ganggu masa dia bekerja. Mula-mula tue x dpt terima tp lama-lama ok. Tue belum lagi korang tengok facebook dia, gambar aku sekeping pun xde. Apakan lagi gambar kawen kami.  Aku ada gak tanya kenapa dia cakap malu. Status dia mana ada letak status yang loving2...hehehe. Nak like @ komen status aku apatah lagi... Nasib jer kat status fb tue ada tulis married dengan aku...hehe.

Disebabkan suami yang x romantik jadi setiap kali dia baik atau romantik aku akan jadi pelik... Teramat-amat pelik...hahahaha. Aku akan anggap nak sesuatu atau buat salah kalau dia romantik...hahaha. Boleh x mcm tue? Kalau korang dapat suami yang x romantik tue xpayahla nk beza2kan dia dengan lelaki lain atau paksa dia jadi romantik. Kadang-kadang yg x romantik sangat nie baru seronok sebab kita x tahu bila dia nak buat suprise atau romantik dengan kita. 

Salah satu kejutan... haha. AKu bila tengok profile name suami terus terkejut + gelak kuat...So sweetla u sayang..



P/s : Birthday husband dah dekat... Nk buat suprise


Lots of Love : Maisarah