Sunday, July 31, 2011

Makan - makan sebelum bulan puasa


Hari Rabu 27/7/2011 kami ada buat makan-makan bersama dengan mentor masing-masing. Dah lama sebenarnya aktiviti ini tidak dilakukan. Aktiviti makan-makan nie bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi. Seronok sangat masa nie sebab ini adalah peluang untuk para mentor lebih rapat dengan para mentee. Mentee aku telah ditugaskan untuk membawa nasi lemak. Aku pun mintak pertolongan salah seorang menteeku untuk membeli nasi lemak berserta lauk2.


Mentee -menteeku bersama kish tengah menikmati teh o dan nasi lemak. Sedap woo makan nasi lemak dengan sambal telur puyuh.. Nyum2.


Sebahagian daripada staff untuk memeriahkan lagi majlis makan-makan bersama mentee.


Sambal telur burung puyuh. Terbaik woo sambal nie. Dah lama x makan telur puyuh. Sekali dapat makan memang terangkatla..huhu.


Mihun goreng yang dimasak oleh salah seorang staff bujang..hehe. Aku bawak apa? Just bagi duit kat rakan sekerja untuk dia sediakan nasi lemak. Nak suruh aku masak? Aduyai.. X beranila nak masak untuk orang ramai. Masak untuk diri sendiri bolehla..hehe. Kalau sakit perut boleh tanggung sendiri..huhu.


Highlight hari rabu : Ubi kayu rebus!!! Sedap giler!! Yang nie bos masak!! huhu


Entry ini diakhiri dengan gambar kami bertiga. Dari kiri : Isteri orang, tunang orang, makwe orang..hehe.

Saturday, July 30, 2011

Jatuh Cinta Pandang Pertama


Pertama kali aku melihatnya terus aku jatuh cinta pandang pertama. Walau banyak kedai sudah ku redahi dan cuci mata hatiku masih lagi terpaut padanya. Akan tetapi harganya yang sangat-sangat mencengkam jiwa menyebabkan diriku berkata, harus berkerja keras untuk mendapatkannya.. akan aku buktikan bulan 8 ini aku dapat membelinya untuk dipakai di hari raya..


Lots of Love : Maisarah

Friday, July 29, 2011

Wordless Friday #3


Malam nnt baru update blog ek...

Susahnya nak cari Cincin Lelaki

Masa mula-mula berbincang dengan Mr.F pasal cincin untuk pihak lelaki, aku dan Mr.F ingat nak beli cincin yang design biasa jer. Yang xde batu. AKu suka cincin yang simple yang mana lelaki boleh pakai selalu. X beberapa suka cincin yang berbatu besar.

Ingatkan nak beli cincin macam gambar yang kat atas nie pastue ukir nama tapi Mr.F x berapa suka sebab simple sangat2. Tengok pun memang simple. Banyak kedai yang dah kami pergi tapi memang susah nak puaskan hati kami berdua. Lagipun masa kami tengah mencari cincin tue kami sedikit keliru bila ada orang cakap boleh pakai cincin emas putih dalam gram yang sedikit, ada yang cakap x boleh. Last-last kami sepakat ambik cincin suasa jer. Nak ambik paltinum mahal sangat. X termampu aku nak membayarnyer. Xkan nak ambik silver.. X sesuai. Memang pening.

Xkan nak ambik cincin macam gambar kat atas nie..Lagila x sesuai langsung. Nie untuk mamat rockers bolehla..hehe. Last-last kami pergila satu kedai nie dan akhirnya kami berdua setuju dengan satu cincin nie. Dua-dua suka design yang dipilih oleh Mr.F. Yang penting cincin tue boleh dipakai selalu!! hehe..Suka2.


Cincin yang kami berdua pilih ada kat gambar atas nie. Yang mana satu? Tekala sendiri..hehe